Bab 10 - Unstoppable

644 14 4
                                    

Sejak Nash meluahkan perasaanya pada Adra tempohari, hati Adra sentiasa tidak sabar menanti Nash menyapa di chat Telegram. Jiwanya terasa kosong jika Nash senyap walaupun untuk 5 minit.

Apakah itu tandanya rindu? Adra tidak pasti.

Handphone Adra berbunyi, tertera nama si pemanggil, Nazreen. Adra membiarkan saja tidak menjawab, dia malas mahu melayan. Adra mengharapkan chat dari Nash sebenarnya tetapi entah kenapa 'mamat bengang' senyap saja hari ini. Setelah beberapa kali deringan, panggilan masuk sudah tidak lagi berbunyi, mungkin Nazreen penat mendail.

"Lantaklah!" Adra mengumam sendiri.

Ping..

Nash: Sayangggg..

"Baru sebut dah muncul, macam tahu-tahu pula Nash ni kita tengah fikirkan dia." Adra senyum lebar bila membaca chat yang di hantar menerusi telegram padanya.

Gara-gara "confession Nash" juga, Adra sudah menukar nama yang disimpan dari mamat bengang kepada nama Nash. Walaupun dia belum memberi apa-apa reaksi pada lamaran Nash, hati Adra sedikit sebanyak berasa gembira dengan pengakuan ikhlas Nash.

Adra: Sejak bila pula I ni jadi your sayang? I belum beri kata putus atau declare apa-apa tau.

Nash: Eh? Itu hari you call panggil I sayang boleh pulak?

Adra tersipu malu.

Adra: Haritu darurat, terpaksalah panggil sayang. Kalau tak memang tak kuaser I nak panggil orang macam tulah..perasan!

Adra cuba menegak benang yang basah. Lantaklah, perempuankan selalu betul!

Nash: Perempuan memang bukan mahkluk bumi..haha!

Berkerut dahi Adra, apa maksud Nash ni? Perempuan dari planet Marikh? Perempuan ni makhluk asing? Jarinya pantas menaip ingin berdebat tetapi terhenti kerana ada panggilan video yang masuk, tertera nama Nazreen.

"Ish, mamat ni tak faham bahasa ke? Kalau dah tak angkat tu faham-faham sajalah." Rengus Adra.

Kakinya melangkah ke smoking area. Sana lebih senang untuk berbicara tanpa gangguan rakan sepejabat. Sebaik sampai di lokasi, Adra menyalakan sebatang rokok lalu disedut sedalam-dalamnya, nikmat nikotin yang masuk ke dalam paru-paru membuatkan Adra sedikit lega. Lantas panggilan di jawab, tertera wajah si jejaka di dalam skrin handphonenya.

"Abang dah transfer duit dalam akaun sayang, nanti buat belanja untuk minggu ni. Kalau tak cukup bagitau, abang transfer lagi." Begitu lancar kata-kata yang meluncur dari bibir kepunyaan si mata sepet ini.

Adra mengangguk, senyum terukir di bibir tanda terima kasih.

"Dah lunch?" Si lelaki bermata sepet bertanya dengan senyuman lebarnya.

"Belum lagi, kejap lagi sebab ada kerja nak siapkan sikit." Jawab Adra sambil menghembus berkepul asap rokok ke udara.

"Dah berapa batang rokok sayang hisap hari ni?" Berkerut dahi si lelaki mata sepet ni menyoal.

"Setiap kali video call, mesti soalan wajib ni keluar. Letih nak jawablah." Adra buat muka bosan. Tangan yang sudah mulai lenguh memegang handphone hampir terlucut ke bawah.

Lelaki mata sepet hanya tersengih. Tangannya mengaru dahi yang tidak gatal.

"Abang minta maaf kalau buat sayang bosan dengan soalan yang sama setiap hari. Abang risau kalau sayang sakit sebab sayang masih menyusukan baby." Mengendur suaranya.

Adra diam, dia sudah hafal jawapan lelaki bermata sepet yang terpampar dalam skrin telefonnya ini. Lelaki ini pasti akan membuat video call setiap hari, semata-mata ingin melihat wajah Adra.

Pawana CintaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora