Bab 6 - Sentuhan Kecundang

1.6K 11 0
                                    

Adra bingung, tidak tahu reaksi apa yang perlu di berikan setelah membaca pengakuan perasaan Nash padanya. Sebegitu cepat Nash sudah menyimpan perasaan padanya?

Adra baru saja pulih dari kelukaan hatinya dan kini Nash pula datang mengetuk pintu hatinya. Bukan Adra tidak mahu tetapi hatinya masih lagi ragu-ragu kerana takut hatinya terluka lagi.

Bukan Adra sengaja ingin berlaku curang pada suaminya dan mengagung-agungkan cinta suami orang tetapi apabila sudah terlalu lama memendam rasa dengan sikap Daniel yang tidak mempedulikan hati dan perasaannya, akibatnya hati Adra mula memberontak dan mula beralih kepada medium media sosial untuk meluah rasa hati sekaligus membuka peluang kekosongan hatinya untuk diisi lelaki lain yang lebih mengerti dan memahami dirinya, setelah pelbagai usaha dilakukan Adra untuk kembali merapatkan jalinan antara dia dan Daniel menemui jalan buntu.

Faisal meninggalkan Adra ketika dia sedang dalam menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya, Adelyna. Apa yang membuatkan Adra sukar untuk melupakan Faisal adalah kerana mereka bertemu ketika Adra baru disahkan mengandung 6 minggu dan Faisal sedikit pun tidak kisah dengan keadaan Adra yang sedang berbadan dua.

"Soal hati dan perasaan bukan di ukur dari segi keadaan dan status seseorang tetapi dari hati yang ikhlas dan luhur menerima apa jua keadaan seseorang itu. I terima you seadanya, sayang." Itulah janji-janji manis Faisal seawal perkenalan mereka dulu.

Dia sendiri mengaku jatuh cinta pandang pertama pada Adra sewaktu melihat senyuman manis yang terukir dari bibir Adra sehingga timbul lesung pipit yang tampak begitu cantik di pandang. Sejak dari itu Faisal menanam hasrat ingin merapati Adra dan setelah mereka yakin dengan hati dan perasaan masing-masing meneruskan hubungan terlarang mereka biar pun Adra sedang berbadan dua.

Hidup Adra yang sepi dan suram kembali ceria sejak kehadiran Faisal. Lelaki ini menghulurkan kasih sayang tidak berbelah bagi pada Adra. Sepanjang mereka bersama Faisal sentiasa ada di sisi Adra. Setiap hari tanpa gagal, Faisal akan bertanya dan memastikan kesihatan Adra sentiasa baik dan sihat.

Faisal yang bekerja dalam bidang kesihatan sering berkongsi tips pada Adra yang mengalami alahan teruk sewaktu mengandung. Faisal begitu sabar melayan setiap kerenah Adra, apa saja yang Adra idamkan pasti Faisal akan usahakan walaupun itu sebenarnya bukan tanggungjawab dia sebagai suami Adra.

Tetapi kemanisan cinta terlarang ini tidak bertahan lama. Benar seperti apa yang di kata, sedalam mana pun cinta lelaki itu sehingga bersumpah setia hingga hujung nyawa sekali pun, jika si isteri dapat menghidu kecurangan si suami maka kesudahan "fairy tale love story" ini akan berakhir juga kerana dia akan memilih untuk kembali pada yang halal dan pasti.

"Kita bertemu di penghujung rindu." Bisikan Faisal pada Adra di hari terakhir mereka bertemu sebelum isteri Faisal dapat menghidu kecurangannya.

Menitis air mata Adra apabila mengingati detik-detik kemanisan sewaktu mereka berdua bersama satu ketika dulu. Kebahagiaan yang terlalu indah, sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Biar pun hanya cuma seketika, tetapi deritanya cukup perit ditanggung Adra sehingga dia mengambil masa yang cukup lama untuk merawat kembali luka di hati.

Adra menutup aplikasi telegram, dibiarkan luahan isi hati Nash tergantung sepi buat seketika. Sungguh! Adra tidak pasti apakah yang ada di dalam hatinya saat ini. Adra cukup selesa dan gembira dengan kehadiran Nash di dalam hatinya kini, perasaan bahagia yang dirasai bersama Faisal suatu ketika dahulu.

"Tidurlah Ma, dah pukul 2 pagi ni." Tegas suara Daniel menegur isterinya yang masih lagi leka mengadap telefon di tangan.

Adra akur, disimpan telefon bimbit pada celah kepala bantal supaya senang untuk bangun apabila alarm jam berbunyi pada waktu subuh nanti.

Daniel bingkas bangun dari perbaringan, keluar tergesa-gesa dari bilik bersama telefon di tangannya. "Nak hisap rokok la tu." Getus hati Adra.

Semenjak kehadiran puteri kesayangan mereka yang kedua, tiada lagi berlaku sebarang hubungan badan antara mereka suami isteri. Daniel seakan tidak menitik beratkan soal keinginan seorang wanita seperti Adra. Kali terakhir mereka bersama sebulan sebelum Adra disahkan mengandung dan sejak dari hari itu hingga kini Daniel seolah-olah tidak bernafsu pada Adra lagi. Pada mulanya Adra tertanya-tanya mengapa Daniel berubah secara drastik begitu, tiap kali di ajukan soalan pasti Daniel akan menjawab dengan berbagai cemuhan.

"Ma ni kenapa dah gatal sangat?"

"Dah tak ada kerja lain ke nak mengaruk?"

"Memang dalam kepala otak tu dah tak ada fikir benda lain lagi ke? Dah miang sangat?"

"Abang takde mood la".

Begitulah acapkali apabila Adra berkeinginan belaian dari suaminya. Dalam hatinya hanya mampu merintih dengan sikap yang ditunjukkan oleh Daniel.

Adra hanya mampu mendiamkan diri dan bersabar. Ternyata suaminya sudah mula berubah sikap, Adra semakin tidak memahami suaminya yang satu ketika dulu seorang yang sangat bernafsu dengannya. Pantang bersentuhan pasti berakhir dengan kepuasan di ranjang.

Adra tertanya-tanya di manakah silapnya. Apakah tubuh badannya sudah tidak mampu mendatangkan syahwat suaminya? Di manakah kekurangannya? Apakah Adra sudah tidak menarik lagi pada pandangan mata suaminya? Adra tidak mengerti.

Dirinya sudah penat mahu bergaduh berkenaan perkara yang sama. Lama-kelamaan Adra sudah terbiasa dan mampu mengawal nafsu dirinya. Akhirnya Adra banyak menghabiskan masa dengan menulis, di luahkan segalanya dalam cerita yang ditulis.

Di kala Adra dahaga pada belaian seorang lelaki, kehadiran Faisal telah menyebabkan berlakunya satu keterlanjuran. Sebagai wanita, Adra mendambakan belaian dari lelaki untuk mengisi rindu batinnya yang saban hari semakin tidak dipeduli oleh Daniel.

Bermulanya dari perkenalan biasa dengan Faisal, kemudian beralih ke arah bibit cinta akhirnya terjadinya satu episod kecurangan antara dua insan hingga ke ruang ranjang.

Keinginan wanitanya yang sekian lama tidak terusik sepenuhnya akhir tumpas, terkulai, hanyut dan terdampar dalam dakapan Faisal. Adra mengecap kepuasan dari Faisal setelah taman larangan dibiarkan gersang buat sekian lama. Faisal berjaya menggamit hati dan perasaan Adra ditambah pula dengan kemampuannya di atas ranjang benar-benar telah membawa mereka berdua hanyut dipukul badai asmara cinta terlarang.

Rentetan itu, setiap kali Adra mendambakan ia, Faisal akan sentiasa hadir mengisi dan mengubat rindunya. Adra tidak lagi menanggung sepi pada belaian seorang lelaki. Kenikmatan dari hubungan terlarang itu telah menenggelamkan rasa dosa seorang isteri terhadap suaminya. Siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini? Adakah Adra? Atau salah Daniel yang memandang remeh terhadap kemahuan Adra?

Keikhlasan pengakuan dari Nash benar-benar menyentuh naluri Adra. Namun masih ada sisa ragu yang terbit dari hati. Benar-benar ikhlaskah apa yang dituturkan oleh Nash? Tuluskah ia dari lubuk hati atau sekadar kata-kata demi meraih sesuatu dari dirinya?Jujurkah perasaan Nash terhadapnya?

Apa yang membuatkan Adra gusar ialah sebegitu cepat dan mudahnya Nash meletakkan perasaan terhadap dirinya. Dalam masa 24 jam !

Adra belum berani untuk menyerahkan hati dan perasaannya. Adra bimbang jika peristiwa lama berulang kembali meremukkan hati yang baru hendak pulih dari rasa kecewa ditinggalkan lelaki. Dan kini lelaki itu kembali hadir menagih cinta dan rindu padanya. Apa yang Adra harus lakukan?

Dalam pada masa yang sama, Adra turut berasa serba salah kerana ada seperkara lagi yang belum diceritakan pada Nash dan dia juga tidak pasti adakah tindakan nya itu wajar atau pun tidak. Dia, wanita berstatus isteri orang yang curang dengan suaminya dan telah menjalin hubungan intim bersama lelaki lain?

Haruskah Nash mengetahui yang dia bukanlah seorang wanita yang baik seperti yang disangka?

Mahukah Nash menerima dirinya yang sebegitu rupa terpalit dengan dosa-dosa silam?

Pawana Cintaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن