45

596 16 1
                                    

HAZIQ mengamuk tidak puas hati apabila hampir kesemua rakan niaga Bakti Holding menarik diri dari berurusan dengan Bakti Holding lagi. Salah satu puncanya berkaitan hubungan Syed Abdullah dengan Ruhaila sebelum Ruhaila berkahwin dengan Osman. Dan paling buat Haziq rasa nak meletup adalah Jefri telah menghasut rakan niaga Bakti Holding berpaling tadah dan berurusan dengan JCH Holding pula.

Haziq betul-betul tak berpuas hati. Jefri membalas balik apa yang Ruhaila telah buat dekat Yuhaira sehingga Yuhaira masuk hospital. Cara balas dendam Jefri ini lagi teruk dari balas dendam Ruhaila. Ia telah melibatkan masa depan Bakti Holding yang berada di bawah pengurusan Haziq. Haziq tak mahu pengurusannya membuatkan Bakti Holding jatuh begitu sahaja kerana Jefri puncanya.

Pening kepala Haziq memikirkan cara untuk mengembalikan rakan niaga Bakti Holding itu. Bertambah pening kepalanya apabula beberapa pemenggang saham sudah menjualkan saham mereka kepada Jefri.

Jefri Tan.

Lelaki ini memang berbahaya bagi Haziq. Cara mudah untuk menundukkan Jefri adalah melalui Yuhaira yang menjadi sasaran Haziq dan Ruhaila. Haziq mahu menghapuskan Yuhaira walau apapun caranya. Kali ini Haziq yang buat tanpa mengupah pembunuh. Hanya itu sahaja cara untuk menghentikan kerja gila Jefri. Malah Yuhaira yang menjadi punca kepada semua masalah ini terjadi juga perlu dihentikan.

Macam mana dia mahu menghentikan?

Bunuh Yuhaira!

Yuhaira sangat penting bagi Jefri. Yuhaira adalah isteri yang juga nyawa Jefri jaga selama ini. Kalau Haziq meragut nyawa itu, pasti nyawa Jefri juga diragut pergi kerana meratapi pemergian Yuhaira. Haziq sudah nekad. Dia tetap dengan rancangannya. Biar tangannya yang berlumuran darah.

Seawal pagi lagi, Haziq berada sekitar kawasan rumah agam Jefri. Dia melihat sebuah kereta keluar dari rumah agam itu. Dia kenal kereta itu. Itu kereta Jefri yang selalu dibawanya. Haziq mendekati rumah agam itu. Dia menekan loceng. Datang seorang perempuan ke pintu pagar.

"Saya nak berjumpa dengan Datin Yuhaira." Ujar Haziq kepada perempuan itu. Mungkin perempuan ini adalah orang gaji rumah ini.

"Maaf, encik. Saya tak boleh membenarkan orang yang tak dikenali berjumpa dengan Datin." Ujar Jamilah.

Haziq tak banyak cakap, dia mengeluarkan pisau. Dia mengacukan pisau itu ke leher Jamilah. Hujung pisau itu terkena kulit Jamilah. "Buka pintu pagar ni!"

Jamilah merasa pedih di bahagian lehernya. Pisau itu telah menghiris kulitnya. Mujurlah tidak kuat. Jamilah terpaksa membuka pintu pagar itu kerana tidak mahu nyawanya hilang di tangan lelaki tidak dikenalinya ini. Tanpa dijangka Jamilah, Haziq menusuk pisau ke perutnya beberapa kali. Jamilah rebah dengan berlumuran darah.

Haziq masuk ke dalam rumah.

"Yuhaira!" dia memanggil kuat nama Yuhaira.

Yuhaira keluar dari biliknya di atas. Terkejut melihat Haziq berada di bawah. Yuhaira segera turun ke bawah.

"Haziq? Ada apa Haziq datang sini?" tanya Yuhaira. Masa ini, Haziq menyembunyikan pisaunya.

"Saja nak jumpa dengan kakak kesayangan saya." Haziq senyum sinis.

Yuhaira mula rasa tidak sedap hati. Kedatangan Haziq ke sini diraguinya.

"Duduklah." Pelawa Yuhaira.

Haziq tak duduk sebaliknya dia mengeluarkan pisaunya. Terbuntang mata Yuhaira melihat pisau yang berlumuran darah itu. Dia mendapati Jamilah tiada di dalam rumah ini. Ke mana pula Jamilah pergi? Dia perlukan Jamilah untuk melindungi dia daripada Haziq yang sudah gila ini.

"Haziq, kenapa dengan pisau tu?" soal Yuhaira. Dia mengundur diri bila merasakan dirinya tidak selamat. Haziq seperti mahu membunuhnya dengan menggunakan pisau itu. Haziq semakin menghampirinya.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz