34

246 16 4
                                    

RUHAILA melempar gambar semalam ke muka Syed Abdullah. Ketika ini mereka berada di tempat letak kereta. Sengaja Ruhaila mengajak Syed Abdullah berjumpa di situ bagi mengelak pekerja Bakti Holding melihat mereka berdua-duaan.

"Ini mesti kerja you, kan?"

"Kerja apa pula?"

"Gambar ni. Ni mesti you yang editkan? Lepas tu you beri kat Osman pula. You nak kami berdua bergaduh besar disebabkan gambar ni, ha?"

Syed Abdullah mengambil gambar itu. Dia ketawa kecil melihat Ruhaila dan Ghazali berpelukan di dalam gambar.

"Bukan ke you dengan Ghazali ada hubungan rahsia, kan? Kenapa nak takut? Beritahu ajelah Osman perkara sebenar?"

Ruhaila memberikan tamparan kuat di pipi Syed Abdullah.

"You semakin kejam, Abdullah. You tak berhati perut!"

"Lambat-laun, semuanya akan terbongkar. You tak boleh simpan rahsia ni sampai mati, Ruhaila."

"Kalau rahsia ini pecah, ia akan mengakibatkan banyak masalah."

Syed Abdullah mendekati Ruhaila. "Kahwin dengan I. Semuanya akan selesai."

Ruhaila menolak tubuh Syed Abdullah. "Never ever!"

Syed Abdullah ketawa menggilai.

"Untuk pengetahuan you, I dah pun beritahu Haziq fasal kita berdua dekat dia. Dia betul-betul terkejut bila dapat tahu dia adalah anak kita berdua."

Ruhaila mencengkam leher baju Syed Abdullah. "Kenapa you buat macam ni, Abdullah?! You nak hancurkan hidup anak you sendiri, hah? You tak kasihan dekat Haziq ke?"

Air mata Ruhaila laju keluar. Tak dapat dia bayangkan bagaimana reaksi Haziq bila tahu akan rahsia terbesar ini.

"Sebab I kasihanlah, I beritahu dia perkara sebenar. Sampai bila kita nak merahsiakannya? Lebih baik dia tahu semuanya. Kita berdua boleh jadi ibu bapanya tanpa masalah."

Ruhaila menampar lagi Syed Abdullah. Dia bagaikan orang gila di depan Syed Abdullah.

"You dah hancurkan hidup dia!" Ruhaila tidak dapat menahan sabar. Dia menangis sepuas-puasnya. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Haziq selepas ini? Pasti Haziq membencinya.

"Hidupnya akan jadi lebih baik. I dah berjanji dengan you, Ruhaila. I akan jaga dia dengan sebaik yang mungkin. You tak perlu risau fasal hal lain. Just fikir fasal anak kita aje." Syed Abdullah berlagak tenang. Sebetulnya dia berasa amat tenang bila memberitahu Haziq tentang ibu bapa kandungnya. Walaupun Haziq susah hendak percaya dan terimanya, Syed Abdullah yakin Haziq akan perlahan-lahan menerima Syed Abdullah dan Ruhaila sebagai ibu kandungnya.

*

BALIK dari berjumpa dengan Syed Abdullah, Ruhaila melepaskan perasaannya dengan memecahkan barang berkaca miliknya. Fikirannya mula terganggu. Macam-macam benda negatif yang dia fikirkan. Dia berasa takut dan sedih. Semua yang dia rancang bakal terjejas. Dia akan kembali seperti dulu di mana kehidupannya yang begitu menyeksanya.

Dengan pecahnya rahsia tentang Haziq, maka hancurlah semuanya. Haziq yang dia lahir untuk disimpan rahsia terpecah juga akhirnya. Syed Abdullah begitu kejam dan langsung tidak memikirkan perasaan dan akibat yang akan mereka terima nanti.

Telefon Ruhaila berdering. Panggilan daripada Ghazali. Ruhaila angkat panggilan itu.

"You dah gila ke, Ila? Kenapa you tergamak bunuh perempuan tu?" ujar Ghazali.

"Apa you cakap ni, Ghaz? Bunuh siapa?"

"Mak mentua youlah! Sharifah Zanariah. You bunuh dia?"

"I tak bunuh dialah, Ghaz!"

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now