10

356 20 1
                                    

AWAL pagi lagi Nek Mah keluar. Sebelum keluar, dia sudah memesan kepada Yuhaira buka warung tanpanya. Nek Mah menaiki bas di perhentian bas berdekatan rumahnya. Bas itu berhenti di bandar. Kemudian Nek Mah menaiki teksi pula untuk pergi ke sebuah rumah besar yang tertera di dalam alamat yang dia dapat daripada Amir. Sebelum dia pergi, dia meminta tolong daripada Amir untuk menyiasat keberadaan Ruhaila. Nasib baik Amir sudi membantunya walaupun Amir bertanyakan siapakah Ruhaila itu. Sampai di rumah besar itu, Nek Mah turun. Dia berselindung di sebalik pokok besar bersebelahan rumah besar itu. Mata tuanya mengecil apabila keluar seorang wanita yang membuang sampah. Wanita itu adalah Ruhaila.

Raut wajah dan susuk tubuh Ruhaila tidak banyak berubah. Dia masih sama seperti dahulu. Keluar pula seorang remaja perempuan berusia dalam lingkungan belasan tahun. Remaja itu memanggil Ruhaila mama. Nek Mah membuat andaian. Remaja itu mesti anak Ruhaila dengan suami barunya. Remaja itu masuk ke dalam. Ruhaila masih berada di luar. Nek Mah sudah nekad. Dia mahu bersemuka dengan Ruhaila.

"Ila." Nek Mah memanggil seraya berjalan ke depan mendekati Ruhaila.

Ruhaila terkejut besar melihat bekas mak mentuanya datang. Dia masih mengenali wanita tua itu walaupun sudah 20 tahun tidak berjumpa. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mahu pitam tetapi digagahkan juga untuk bersemuka dengan Nek Mah.

"Mak?" terketar-ketar Ruhaila saat ini. Nek Mah berada di depannya. Mereka berdua bertentangan mata. Ruhaila tidak pasti bagaimana Nek Mah boleh menjumpainya.

"Terkejut atau tidak suka mak dapat jumpa kamu setelah 20 tahun kamu menghilangkan diri?" soal Nek Mah. Reaksi Nek Mah biasa-biasa sahaja. Tidak terkejut atau tidak menangis mahu memeluk Ruhaila. Yang ada adalah perasaan sakit hati dan marah kepada Ruhaila kerana menghilangkan diri tanpa khabar berita. Nek Mah juga kesal dengan perbuatan Ruhaila yang langsung tidak ambil kisah tentang anak-anaknya.

"Macam mana mak boleh tahu saya ada kat sini?" tanya Ruhaila. Tidak dapat disembunyikan perasaan takutnya itu.

"Kenapa? Mak tak boleh jumpa anak mak?" soal Nek Mah.

"Mak, baik mak balik sekarang juga. Saya tak boleh jumpa mak lama-lama." Ujar Ruhaila. Bukan mahu mengusir tetapi tidak mahu suami dan anaknya tahu tentang Nek Mah.

"Kamu takut suami dan anak kamu tahu siapa mak dan siapa kamu sebenarnya? Dah 20 tahun kamu menghilangkan diri. Mak tak tahu ke mana kamu menghilangkan diri. Kamu biarkan mak tanggung rindu berpanjangan. Kamu langsung tak balik jumpa mak." Luah Nek Mah. Air matanya mula berkolam.

"Mak, bukan saya tak nak balik jumpa mak tapi keadaan memaksa saya untuk pergi tinggalkan mak." Bergetar suara Ruhaila menahan tangisan yang mahu keluar.

"Kamu tak fikirkan anak-anak kamu, Ila? Mereka selalu bertanyakan kamu. Mak terpaksa beritahu mereka yang mak dia dah meninggal dunia. Mujurlah mereka tidak tanya di mana kubur mak mereka."

"Mak!" Ruhaila ingin menjerit bila teringatkan anak-anaknya. Sepanjang 20 tahun ini, dia langsung tidak mempedulikan Yuhaira dan Zaim. Dia sibuk dengan kehidupan barunya ini. Dia telah melupakan masa silamnya termasuk anak-anaknya.

"Atau kamu sudah melupakan anak-anak kamu?" teka Nek Mah.

Laju Ruhaila menggeleng. "Tak, mak. Saya selalu ingat dekat mereka. Tapi... saya tak boleh jumpa mereka. Maafkan saya, mak. Saya tak boleh jumpa mereka walau apapun yang terjadi. Mak jangan beritahu saya masih hidup. Saya merayu dekat mak. Tolonglah," rayu Ruhaila lalu menangis.

"Mak sebenarnya tak sanggup menipu mereka tetapi setiap kali mereka bertanyakan kamu, Ila, mak terpaksa menipu. Kalau mak beritahu kamu masih hidup, mesti mereka tanya kenapa mak mereka menghilangkan diri. Apa yang patut mak beritahu mereka tentang alasan kamu menghilangkan diri? Mak tak tahu, Ila. Mak tak tahu nak beritahu apa. Kamu pergi tanpa sebab. Kamu tak pernah hubungi mak selama 20 tahun ini. Apa yang kamu buat selama tu, mak tak tahu. Kamu sengaja atau tidak, kamu memang seorang ibu yang kejam. Sanggup kamu membiarkan anak-anak kamu hidup tanpa anak mereka? Sanggupkah kamu, Ila?!" soal Nek Mah penuh dengan emosi.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ