4

522 28 0
                                    

ASHRAF mengetuk pintu ofis Jefri.

"Jef," Ashraf membuka pintu.

"Hah, apa dia?"

"Ni dia yang kau minta semalam. Maklumat pasal Yuhaira." Ashraf masuk ke dalam. Dia meletakkan fail yang mengandungi maklumat tentang Yuhaira, gadis yang diminta oleh Jefri untuk disiasat latar belakangnya. Ashraf tarik kerusi dan duduk. Jefri mengambil fail itu dan membacanya.

Jefri menutup fail dan meletakkannya di atas meja. Dia menyandar di kerusi. Mata memandang Ashraf.

"So, macam mana?" tanya Ashraf.

"Maklumat pasal Yuhaira tak banyak. Berdasarkan maklumat yang tertera, dia anak yatim piatu. Tinggal berdua dengan neneknya. Itu aje yang tertulis. Aku dah jumpa Yuhaira dan neneknya. Mereka berdua nampak baik. Ibu cakap Yuhaira dan nenek ni memang orang baik. Sejauh mana kebaikan mereka tu, aku tak pasti tapi ibu cakap macam tu, aku rasa aku nak ambil Yuhaira sebagai pengasuh baru Haider. Lagipun Yuhaira tu orang susah. Dengan menjadi pengasuh Haider ni, bolehlah dia ada pendapatan."

"Yuhaira sukakan budak tak? Kalau suka, tak apa tapi kalau tak suka, susah. Kau tahukan Haider tu tak suka dekat orang yang dia tak kenal."

"Kau nak tahu tak?"

"Tahu apa?"

"Masa aku bawa Haider berjumpa dengan Yuhaira, Haider panggil Yuhaira mama."

"Pelik tapi tak pelik. Maybe Haider betul-betul nak mama. Sebab tu dia panggil Yuhaira mama."

"Tak, Ash. Haider tak suka bila ada orang yang dia tak kenal. Nak dekat dengan dia, dia menangis sambil melalak. Tapi dengan Yuhaira, Haider senyap dan nak dekat Yuhaira. Haider macam melekat dengan Yuhaira. Aku cuba ambil Haider dari Yuhaira, Haider menangis kuat macam tak nak aku ambil dia dari Yuhaira."

Ashraf garu pelipisnya.

"Agaknya, Haider sukakan Yuhaira."

"Aku rasa macam tu juga. Maybe Haider dah jumpa orang yang dia suka." Jika Haider sukakan Yuhaira, bermakna dia kena ambil Yuhaira sebagai pengasuh Haider.

"Macam mana dengan tawaran belajar sambil bekerja untuk Yuhaira?" tanya Ashraf.

"Kena tanya Yuhaira sama ada dia nak ke tidak."

"Balik nanti kena pergi ke rumah dia jawabnya."

"Hm, aku macam terhidu bau nasi minyak pula."

"Kau merepek apa ni, Ash? Jangan buat lawak eh. Kau tahukan aku tak nak." Ujar Jefri yang faham dengan maksud Ashraf.

Ashraf ketawa.

"Move on, Jef. Sampai bila kau nak membujang macam ni?"

"Hati aku masih pada Hanna."

"Okey. Aku faham kau mencintai Hanna. Kau tak nak mengecewakan Hanna tapi kau perlukan teman untuk teman kau bila dah tua. Kau nak aku jaga kau ke bila dah tua? Tak boleh, bro. Aku tak tahu sampai bila aku boleh jaga kau. Mungkin aku pergi dulu dari kau. Kau nak harapkan adik-adik atau Puan Naurah jaga kau masa tua? Tak boleh juga, bro. Mereka ada life mereka sendiri."

"So, kau rasa dengan ada peneman, masa tua aku ni tak sia-sia?"

"Yup."

"Tak, bro. Susah. Aku tak boleh memungkiri janji aku pada arwah." Dia setia pada arwah Hanna. Mana mungkin dia menduakan arwah Hanna dengan mudah. Walaupun arwah Hanna sudah tiada, dia masih merasai arwah Hanna masih ada di sisinya.

"Kau tak perlu menggantikan tempat Hanna, Jef. Kau hanya perlu mencari peneman sahaja. Peneman yang mencintai kau. Kau juga kena mencintai peneman kau juga. Seorang isteri yang ada di sisi kau setiap masa. Dia menemani kau ke mana sahaja kau pergi."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now