27

229 15 0
                                    

TENGKU MONA menghentikan keretanya depan di sebuah kafe yang menjadi tempat pertemuan dia dengan Ikhwan, anak saudara arwah Tengku Zainal. Ikhwan memberitahu Tengku Mona yang dia sudah menyiasat anak kepada pembunuh arwah Tengku Zainal seperti yang diminta oleh Tengku Mona. Ikhwan sama macam Tengku Mona mahu membalas dendam terhadap pembunuh itu melalui anaknya. Mereka sama-sama mahu anak pembunuh itu menerima nasib buruk kerana menjadi anak kepada pembunuh orang yang mereka sayang.

Tengku Mona keluar dari kereta dan masuk ke dalam kafe dan mencari kelibat Ikhwan. Mata Tengku Mona mengecil ke arah seorang lelaki yang sebaya dengan Tengku Lily yang duduk di sudut kafe itu. Bibir Tengku Mona mengukir senyuman lalu berjalan ke arah Ikhwan yang sedang membaca sesuatu di telefonnya. Tengku Mona tarik kerusi dan duduk. Ikhwan sedikit terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya itu. Sudah lama Ikhwan tidak berjumpa dengan Tengku Mona dan Tengku Lily semenjak kematian arwah Tengku Zainal. Dua anak-beranak itu menyisihkan diri daripada keluarga Ikhwan. Beberapa bulan yang lepas Tengku Mona menghubunginya dan meminta dia menyiasat tentang keluarga pembunuh arwah Tengku Mona dan hubungan kekeluargaan mereka yang dianggap terputus terjalin semula kerana mereka sama-sama mahu membalas dendam.

Mereka tahu membalas dendam tidak memberikan apa-apa hasil yang lumayan. Jika mahu membunuh sebagai balas dendam juga akan mengakibat mereka meringkuk ke dalam penjara dan itu akan membuatkan mereka tak ubah seperti pembunuh itu. Mereka bukanlah mahu membalas dendam dengan buat cara yang teruk tetapi mereka mahu anak pembunuh itu turut merasai kesakitan dan kepedihan hati kehilangan orang yang mereka sayang.

Ikhwan mengeluarkan plastik yang mengandungi beberapa keping gambar anak perempuan kepada pembunuh itu. Tengku Mona segera ambil dan mengeluarkan beberapa keping gambar itu. Matanya terbeliak membesar melihat gambar seorang gadis itu. Dia seakan-akan tidak percaya.

"Ini siapa?" tanya Tengku Mona menginginkan kepastian. Dia sukar hendak percaya.

"Inilah anak perempuan pembunuh tu, aunty." Ujar Ikhwan.

Tengku Mona geleng kepala tidak percaya. "Tak mungkin dia. Aunty tak percaya dia adalah anak Salleh." Tengku Mona meletak kembali gambar itu di atas meja. Dia menyandar di kerusi dengan dengusan nafas yang keras.

"Kenapa pula aunty tidak percaya? Berbulan-bulan saya cari dan siasat siapa anak Salleh. Inilah hasilnya. Dia adalah satu-satunya anak perempuan Salleh ada. Kita bernasib baik anak Salleh perempuan. Perempuan banyak kelemahannya dan kita boleh mempergunakan kelemahannya untuk kita balas dendam" Jawab Ikhwan.

Mata Tengku Mona memandang gambar itu tidak berkelip. Masih terasa sukar untuk mempercayai. Orang yang dia cari selama ini rupa-rupanya ada di depan mata malah orang itu sangat rapat dengan ahli keluarganya.

"Perempuan ni... aunty kenal dia. Dia kekasih kepada Jefri, anak tiri abang aunty. Orangnya nampak baik di depan. Tak sangka dia adalah anak perempuan Salleh. Sebab itulah aunty susah nak percaya." Lepas ini tiada lagi lemah lembutnya bila bertemu dengan Yuhaira. Api kebenciannya mula meluap-luap. Rasa ingin cekik leher Yuhaira sampai mati. Kalaulah membunuh itu dibenarkan, orang pertama yang dia akan bunuh adalah Yuhaira. Biar Yuhaira masuk neraka berjumpa dengan bapaknya!

"What? How small this world is." Ujar Ikhwan turut tidak percaya. Dia kenal siapa Jefri itu tetapi dia tidak sangka kekasih Jefri adalah anak pembunuh bapa saudaranya.

"Apa patut kita buat, Wan? Dia dah ada di depan mata kita. Peluang sudah terbuka meluas untuk kita memulakan misi membalas dendam." Mata Tengku Mona bertukar menjadi garang. Emosinya mula menaik kerana misi membalas dendamnya sudah membakar dirinya. Yuhaira yang dia jumpa itu rupa-rupanya adalah anak kepada Salleh, lelaki yang sudah membunuh suaminya. Mujur dia tidak anggap Yuhaira itu anaknya. Kalau tidak, banyak masalah pula yang terjadi.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora