25

243 16 0
                                    

JEFRI bernasib baik dia tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia hanya patah kaki dan luka di dahi sahaja. Tak sampai dua jam berada di wad, Jefri sudah sedarkan diri. Dia meminta bantuan daripada doktor yang merawatnya untuk menghubungi Ashraf. Masuk jururawat membawa ubat tahan sakit kepada Jefri. Jururawat itu kemudian memeriksa luka dan kaki Jefri. Dia keluar setelah selesai memeriksa Jefri. Selang 10 minit kemudian, jururawat tersebut masuk semula dengan membawa sejambak bunga ros.

"Encik, ada orang bagi ni dekat encik." Jururawat itu memberikan bunga ros itu kepada Jefri.

"Siapa yang bagi?" tanya Jefri pelik.

"Ada seorang lelaki. Dia kata itu hadiah daripada kenalan lama encik." Ujar jururawat itu lalu keluar.

Jefri mengambil kad yang terselit bunga ros.

Macam mana keadaan you? Sakit tak? Ini baru sedikit, Jefri. Lepas ni, perempuan kesayangan you pula yang menjadi mangsa I. Tunggu tau – Adurah.

Jefri terus membuang bunga ros itu ke lantai.

"Tak guna kau, Adurah!!" Rupa-rupanya dia dilanggar oleh orang suruhan Tengku Adurah. Nasib baik nyawanya tidak melayang tadi. Tengku Adurah semakin berani. Sudah perlahan-lahan mengatur langkah dengan mengambil nyawa orang pula!

Jefri pandang kakinya yang berbalut. Masih terasa sakit akibat patah. Untuk pulih, ia mengambil masa yang agak lama. Dalam tempoh pemulihan itu, Tengku Adurah pasti membuat rancangan lain pula untuk menyusahkan dia dan Yuhaira. Hati Jefri tak tenang bila memikirkan sasaran Tengku Adurah selain dia adalah Yuhaira. Kenapa Tengku Adurah teringin sangat hendak menyasarkan Yuhaira? Sebab Tengku Adurah tahu Yuhaira adalah 'tunang' Jefri, Tengku Adurah mahu menghapuskan Yuhaira supaya Tengku Adurah dapat bersama dengan Jefri?

Ah! Tak ingin dia bersama dengan perempuan jahat itu! Jefri tidak pernah ada perasaan terhadap Tengku Adurah. Tak akan ada ruang hati untuk perempuan yang telah membunuh isterinya itu!

Hari ini hari dia, hari esok dan seterusnya, dia tidak akan membiarkan dirinya dan Yuhaira menjadi mangsa Tengku Adurah. Tengku Adurah tak akan pernah rasa selamat walaupun dia berada jauh dari semua orang. Jefri akan memburu Tengku Adurah sehingga ke lubang cacing!

Masuk Ashraf dengan Yuhaira. Mereka berdua segera pergi ke hospital setelah mendapat tahu Jefri kemalangan. Ashraf dan Yuhaira melihat jambangan bunga ros di atas lantai.

"Siapa bagi bunga ros ni dekat kau?" tanya Ashraf. Dia mengambil sisa bunga ros di atas lantai. Dia letak di meja sebelah jefri.

"Adurah."

"What?!" Ashraf terkejut.

"Nantilah aku cerita. Kau buang bunga tu. Aku tak nak pemberian perempuan tu ada di depan mata aku." Ujar Jefri. Dia tidak boleh cerita depan Yuhaira. Dia tidak mahu Yuhaira berasa takut.

Ashraf mengambil bunga itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah berdekatan katil Jefri.

"Datuk tak apa-apa?" tanya Yuhaira. Hatinya berasa cemas bila dimaklumkan tentang Jefri yang terlibat dalam kemalangan.

"Kaki aku aje yang patah. Lain-lain okey. Kau jangan risau." Jefri senyum.

"Datuk masih boleh senyum sedangkan saya ni risau separuh mati." ujar Yuhaira.

"Sebab aku selamat dari kemalangan tu, aku boleh tersenyum. Aku tak mengalami kecederaan yang serius pun. Setakat patah kaki, apalah sangat. Kalau nak dibandingkan dulu... aku pernah kena tikam, pernah kena tembak. Itu semua aku dah rasa."

"Yalah. Itu dulu Datuk boleh cakap macam tu sebab nyawa Datuk tak melayang lagi. Kalaulah kali ni nyawa Datuk melayang, semua orang akan bersedih tahu tak."

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now