41

242 11 0
                                    

PINTU bilik diketuk.

"Masuk."

Masuk setiausaha Syed Abdullah. Wajahnya ketakutan memandang Syed Abdullah. Hatinya berbelah bahagi mahu memberitahu berita yang dia baca di Facebook sebentar tadi. Dia melihat Syed Abdullah begitu khusyuk melakukan kerjanya. Agaknya majikannya itu masih belum tahu cerita yang sudah tular dalam laman sosial itu.

"Ada apa?" tanya Syed Abdullah, tekun memeriksa kertas di atas meja.

"Tuan tak baca berita tadi?" tanya pula setiausahanya itu.

"Berita apa?"

Dah agak!

"Tuan buka Facebook tuan. Tuan cari page Isu Malaysia." Ujar setiausaha itu.

"Kenapa pula?" Syed Abdullah pandang setiausahanya.

"Tuan, tolonglah buka." Pintanya.

Syed Abdullah membuka Facebooknya. Dia mencari halaman Isu Malaysia. Dia membaca tajuk yang ditulis huruf besar.

PAK SYED ADA ANAK LUAR NIKAH DENGAN ISTERI BARUNYA.

Syed Abdullah membaca habis isi kandungan yang ditulis dalam halaman Facebook itu. Matanya terbeliak besar. Di halaman itu turut menulis kisah hidup Ruhaila yang mempunyai dua orang anak dengan bekas suami pertama. Ada gambar kedua-dua anak Ruhaila. Syed Abdullah menggeleng tidak percaya dengan apa yang dia baca.

Syed Abdullah segera mendail nombor telefon pemilik Facebook Isu Semasa ini. Apabila panggilan bersambung, dia terus menengking orang yang bercakap di talian.

"Kau tunggu surat saman daripada aku!" Syed Abdullah mematikan panggilan. Dia mula tak senang duduk. Rahsianya sudah terbongkar. Nasib baik tak ada gambar Haziq dalam majalah itu. Kalau tidak, bertambah malu dia nak hadap orang yang mengenalinya.

Pintu bilik diketuk.

"Masuk."

Masuk staf syarikat Syed Abdullah.

"Tuan, ibu tuan nak jumpa tuan di bilik mesyuarat." Beritahu staf itu.

Berubah reaksi Syed Abdullah. Puan Faridah sudah tahukah tentang berita ini? Jantung Syed Abdullah berdegup kencang. Kakinya tiba-tiba longgar dan tak gagah nak berjalan berjumpa dengan Puan Faridah. Tetapi, Syed Abdullah tetap kena jumpa juga dengan Puan Faridah.

Di bilik mesyuarat, wanita berusia 85 tahun itu sedang duduk di kerusi. Dia nampak tenang tetapi dalam hatinya penuh dengan api kemarahan. Ia menunggu masa nak meletus. Semuanya gara-gara berita yang di tangkap layar oleh anak-anaknya yang dihantar kepadanya melalui Whatsapp. Sebaik sahaja membacanya, terus Puan Faridah menyuruh pemandunya pergi ke syarikat Syed Abdullah.

"Assalamualaikum." Syed Abdullah memberi salam.

Puan Faridah terus bangun dan menampar Syed Abdullah. Syed Abdullah terkejut ketika ini.

"Patutlah beria-ia nak bernikah dengan perempuan tu, rupa-rupa kamu dengan dia ada anak luar nikah!" merah muka Puan Faridah memandang Syed Abdullah.

"Saya boleh jelaskannya, mak." Ujar Syed Abdullah. Bila Puan Faridah sudah mengamuk, Syed Abdullah tidak boleh berasa tenang. Ibunya ini mampu membuat situasi bertambah tegang.

"Tak perlu jelaskan. Mak tak nak tahu."

"Ruhaila tak bersalah. Saya yang bersalah." Syed Abdullah tidak mahu Puan Faridah mencari salah Ruhaila.

"Sudah! Tak kira siapa yang bersalah, benda dah jadi pun! Kamu berdua dah memalukan keluarga kita! Reputasi keluarga kita dah calar disebabkan berita ini. Semua orang dah tahu kamu dengan Ruhaila ada anak luar nikah. Kalau kamu dengan perempuan lain, mak mungkin tak semarah ini tetapi dengan Ruhaila, bekas isteri sepupu kamu sendiri? Kamu ni menjijikkan! Macam mana kamu berdua boleh menyimpan rahsia ini daripada keluarga kita?! Mak nak kamu bersihkan nama keluarga kita kalau kamu nak mak mati dengan tenang!" hambur Puan Faridah lalu keluar.

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now