Bab 46

910 40 1
                                    

"Husband,bangun cepat"

"Waktu subuh dah masuk"kejut Ishtar perlahan.

Eidlan dengan drastik ya bangun dari tidurnya.Dirinya berasa sedikit bersemangat.

"Mari wife tolong husband bangun"

Eidlan menyuakan lengannya kepada Ishtar.

Ishtar terus menyambut lengan suaminya lalu dipapah ke bilik air.

Diletakkannya suaminya di atas kerusi yang dia letakkan sebentar tadi.Kemudian mengambil berus gigi lalu meletakkan ubat gigi dan disuakan ke arah Eidlan.

"Terima kasih"ujar Eidlan.

"Sama-sama"balas Ishtar beserta senyuman.

Setelah selesai Eidlan memberus gigi,Ishtar terus meletakkan berus gigi ke tempatnya semula.

"Nah wife nak husband pakai kain pelikat ni"

"Mana wife dapat?"pelik macam mana kain pelikat tu boleh ada di tangan Ishtar sedangkan tadi dia tidak menyedarinya.

"Ni ayah punya.Husband pakai la.Wife tunggu dekat luar"

"Tak mahu teman?"usik Eidlan

"Eee.Tak nak"Ishtar berlari kecil keluar dari bilik air dan kemudian terus menutup pintu.

Tidak lama kemudian,

"Wife!"jerit Eidlan.

"Yer"Ishtar terus masuk semula.Dilihat Eidlan siap memaki kain pelikat itu.

"Ermmm boleh tahan"ujar Ishtar di dalam hati.

"Jom ambik air sembahyang"ujar Ishtar.

"Ok"Ishtar terus membuka paip air.

Lalu mereka bersama-sama mengambil air sembahyang.

"Husband tunggu sekejap tau.Wife nak kena pakai telekung dulu"

"Ok"Ishtar terus berlalu pergi dari situ.

Tidak lama kemudian,Ishtar kembali semula ke arah Eidlan.

Dipapah suaminya ke dalam semula.

"Husband tunggu sekejap yer.Nak ambil kerusi kejap"

"Tak payah susah.Husband boleh solat berdiri"

"Jangan mengada.Duduk sekejap"

"Wife tahu kau dekat mana kerusi dalam rumah ni"

"Tahu ja"ujar Ishtar lalu pergi keluar dari bilik.

"Comel"ujar Eidlan lalu ketawa kecil melihat gelagat Ishtar apabila mengusung kerusi ke dalam bilik.

Dia tahu Ishtar ambil kerusi itu dari dapur.

"Apa gelak-gelak?"Ishtar menjeling tajam ke arah Eidlan.

"Dah cepat.Nanti waktu habis"Ishtar terus memapah Eidlan supaya duduk di atas kerusi.

"Wife tahu husband boleh buat"

"Wife jadi makmum husband yer"Ishtar terus bangun ke arah belakang setelah selesai menghamparkan sejadah di hadapan Eidlan dan juga dirinya sendiri.

Eidlan menarik nafas panjang.

"Allahuakbar"

Jadi ini adalah pertama kali dirinya mengimamkan solat.

Dan pada masa yang sama hatinya berasa tenang.Tenang yang sudah lama dia tidak rasakan.

Akhirnya selesai solat diantara mereka berdua.

"Bismillahirrahmanirrahim.Ya Allah ampunilah hambamu ini.Aku terlalu banyak melakukan dosa dan ingkar akan suruhanmu"air mata Eidlan mula mengalir.

"Kau ampunilah dosaku.Dosa isteriku,dosa seluruh ahli keluargaku,ahli keluarganya.Tempatkanlah mereka dalam syurga-Mu"Ishtar merasa tersentuh apabila mendengar doa Eidlan.

"Amin..amin ya Rabbal Alamin"buat seketika suasana di bilik itu menjadi sunyi.

Perlahan Ishtar bergerak ke arah Eidlan.Dia terus berlutut di sebelah Eidlan.

Dipegang lalu dicium tangan suaminya.

"Maafkan atas dosa saya selama ni dekat husband.Maafkan wife jikalau wife ada buat salah dekat husband"

"Tak wife.Sedikit pun wife tak pernah dikaitkan hati husband"

"Macam yang wife kata...kita sama-sama ada kekurang"

"Tapi ada satu ja yang husband nak beritahu wife yang husband sangat cintakan wife"

"I love you so much"Eidlan mencium ubun-ubun Ishtar.

"Wife pun ada sesuatu benda nak beritahu husband"

"Apa?"

"Wife nak cakap yang wife dah mula jatuh cinta dengan husband"

"I think i already fall in love with you"

"Jap.It's true?"Eidlan seakan-akan tidak percaya.

"Yes"Ishtar menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"Thank you my wife"

"Thank you sebab sudi sambut cinta husband"

"Husband akan cuba bahagiakan wife.Husband akan cuba pertahankan rumah tangga kita walau apapun jadi"Ishtar dapat melihat betapa bersungguhnya Eidlan berkata kepadanya.

Dia tahu Eidlan adalah seorang lelaki yang sudah ditakdirkan untuknya.Lelaki yang akan menjadi imamnya sehingga akhir hayat.

"Itu janji husband"

"You're welcome"Eidlan terus memeluk Ishtar.

Tidak akan melepaskan peluang yang ada.Janji yang dibuatnya akan terus tersemat dalam ingatan.

Tak akan dia lupakan.Jika dia sudah memberi cinta maka sambutlah dan jangan sakitkan hati dia lagi.

Jangan memberi luka kerana ia akan meninggalkan parut.Parut itu akan kekal sampai mati.



Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now