Bab 23

1K 46 1
                                    

"Mak"panggil Is perlahan.Mak Cik Yah terus pergi ke arah Ishtar yang dibaringkan di biliknya.

"Is"ujar Mak Cik Yah sambil menggerakkan sedikit tubuh Ishtar yang masih tidak sedarkan diri.

"Erghh"perlahan-lahan Ishtar membuka matanya.

"Alhamdulillah,Is dah sedar"

"Mak Cik"Ishtar terus bangun dari pembaringannya.

"Eh,kamu dah ok?"terkejut dirinya.Ishtar bangun seperti spring.Meloncat bangun dari katil.

"Mak Cik mana Eidlan?Is nak jumpa dengan dia"ujar Ishtar.

"Ermmm,dia dah balik.Mak Cik dengan Pak Cik suruh dia balik sebab tengok macam kamu tak suka nak jumpa dengan dia"

"Tak Mak Cik.Is nak jumpa dengan dia.Is ada sesuatu nak cakap"

"Sabarlah Is.Sekejap lagi Mak Cik suruh Pak Cik telefon dia"

"Baiklah.Tapi kan Mak Cik boleh tak Is nak tanya sesuatu?"

"Apa ya?"

"Macam mana Mak Cik kenal dengan Eidlan?"

"Ouh itu...Sebenarnya Mak Cik kenal dia sejak dia datang rumah kamu waktu mak dan ayah kamu meninggal.Dia ada waktu hari pengebumian mak dan ayah Is"

"Dia ada?"

"Ya,dan dia jugalah yang angkat kamu ke hospital sewaktu kamu pengsan di tanah perkuburan"

"Dan....."Mak Cik Yah seperti ragu dengan keputusannya untuk memberitahu perkara sebenar.

"Dan apa Mak Cik?"

"Mak Cik,Is tanya ni?Dan apa Mak Cik?"Ishtar mendesak.

"Mak Cik dan Pak Cik sudah tahu lebih awal tentang kandungan kamu"dengan sekali nafas Mak Cik Yah sudah memberitahu apa yang disimpannya selama ini.

"Dia yang ceritakan semuanya apa yang terjadi antara kamu berdua.Dia juga ada menyatakan hajat kepada Pak Cik untuk mengahwini kamu"sambung Mak Cik Yah lagi.

"Jadi selama ni Mak Cik dah tahu.Tapi kenapa Mak Cik tak berterus terang dengan Is?"soal Ishtar.

"Mak Cik tahu tak hati Is ni sakit sangat bila tahu kebenaran dari semua ni"Ishtar menepuk dadanya berkali-kali.

"Apa yang keluar dari mulut Mak Cik buatkan hati Is ni sakit untuk terima kenyataan bahawa ada orang rahsiakan sesuatu yang penting dari Is"

"Mak Cik tahu tak Is berhak untuk tahu semua ni?"

"Mak Cik tahu kan apa yang Is lalui selama ni.Kenapa Mak Cik tipu Is?"

"Maafkan Mak Cik Is.Mak Cik tak ada niat nak tipu kamu.Mak Cik cuma takut kamu tertekan kalau kamu dengar tentang semua ni"

"Maafkan Mak Cik Is"Mak Cik Yah menangis.

Sumpah dia tidak ada niat untuk mendiamkan diri soal ini.Tetapi dia sudah berjanji untuk tidak berterus terang kepada Ishtar.

Dia juga takut Ishtar akan tertekan.Dia tidak mahu sesuatu yang buruk bakal berlaku lagi.Dia amat sayangkan Ishtar seperti anaknya sendiri.

"Mak Cik"panggil Ishtar perlahan.

"Is maafkan Mak Cik"Ishtar terus memeluk Mak Cik Yah.

Dia memaafkan Mak Cik Yah kerana dia tahu mesti ada sebab Mak Cik Yah menipunya.Dan Mak Cik Yah seorang yang sangat baik kerana sudi menjaganya.

Dia tahu dia tidak berhak untuk marahkan Mak Cik Yah atas apa yang berlaku.

Yang sepatutnya disalahkan ialah Eidlan bukan Mak Cik.

Eidlan yang membuatkan Mak Cik dan Pak Cik menutup mulut dari memberitahunya perkara sebenar.

"Terima kasih Is.Mak Cik rasa bersalah sangat sebab dah tipu kamu"

"Sama-sama"

"Dah la ehhh.Kamu pergi sambung tidur.Baru pukul 4 pagi ni"

"Takpa la mak cik saya nak solat tahajud dulu.Mak Cik pergilah sambung tidur"

"Baiklah.Kamu tu kalau ada apa-apa terus call Mak Cik.Risau kalau jadi macam tadi lagi"

"Baik Mak Cik"

"Ok.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"balas Ishtar.Dia terus menyalam tangan Mak Cik Yah dan kemudiannya Mak Cik Yah berjalan pulang ke rumahnya.

************************************

"Kau jumpa jantan tu tak lagi?"soal Eidlan kepada Zack.

"Belum tuan"

"Haishhh,bangsat betul jantan tu.Tak guna"Eidlan bengang.

Gila apa jantan tu.Tiba-tiba tumbuk dia.Memang tempah maut la.

"Sabar tuan"ujar Shark.

"Kita kena cari dia.Dia mungkin akan bahayakan Ishtar"

"Baik,tuan"Zack,Shark dan Alif berkata serentak.

"Kau Zack.Aku nak kau terus pantau Ishtar.Aku ada sedikit hal yang nak diuruskan"

"Shark,Alif kau orang ikut aku.Pagi ni kita nak pergi melawat seseorang"

"Siapa?"soal Shark.

Haihhh si jerung ni.Banyak tanya pulak.Ikut jerlah.Meluat aku.(kata author)

"Kau akan tahu"

"Tapi masalahnya tuan,..."belum sempat Shark berkata lagi,mulutnya sudah ditutup dengan tangan Alif.

"Maafkan saya tuan.Shark ni dia kena bagi pengajaran sikit"

"Kalau tidak dia tak dapat nak mendisiplinkan diri dia"

"Ikut korang lah"ujar Eidlan. Matanya terus tertumpu ke arah jalan semula.

Zack akan menghantarnya kembali ke rumah bersama dengan Shark dan Alif.

Dan kemudiannya keesokan paginya dia akan bergerak ke rumah seseorang.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Onde histórias criam vida. Descubra agora