Bab 44

875 41 3
                                    

"Ku punya cinta"

"Hanya untukmu,kau satu tiada yang lain...."

"Berkali-kali aku memandang"

"Gambarmu yang kusimpan dirumah"nyanyi Erdy.

"Seratus persen cintaku"

"Hei hei hei hanya untukmu"sambung Shark.

"Seratus persen cintaku"

"Hei hei hei rela untukmu"Shark dan Erdy bernyanyi sambil berpegangan tangan.

"Ah jujur kuakui"

"Kamu yang paling okey"

"Cintaku seratus persen"

"Wei,cepat simpan tuan dah nak balik"jerit Aman dari luar.

"Aduh potong betul arrr"ujar Erdy.

Shark dan Erdy dengan pantas menyimpan mic di dalam almari kemudian menyusun bantal dan mengemas kesemua plastik makanan ringan yang berterabur di atas lantai.

"Sampah ni nak letak mana?"soal Erdy kepada Shark.

"Kau letak dekat pintu belakang.Nanti aku keluar aku buang"

"Ok"Shark terus menyapu sampah.

Akhirnya rumah itu bersih dan kemas seperti sedia kala.

Sejak Eidlan berkampung di hospital,Erdy,Shark dan Aman membuat rumah Eidlan seperti rumah mereka sendiri.

Berkaraoke,makan keropok setiap hari berlaku.

"Assalamualaikum"ujar Ishtar sambil melangkah memasuki rumah membuatkan seisi rumah itu diam termasuk Eidlan.

Sungguh tiada sesiapa pun berani bercampur berkaitan agama Islam.

Mereka juga sudah lama meninggalkan solat tambahan lagi membaca Al-Quran.

Setelah memasuki dunia mafia, masing-masing leka dalam dunia mereka.

Tanpa melihat reaksi mereka semua,Ishtar terus memimpin tangan Eidlan untuk masuk ke dalam bilik.

Buat sementara waktu mereka akan tinggal di bilik bawah sehingga paha Eidlan betul-betul sembuh.

Eidlan hanya mengikuti Ishtar tanpa bercakap apa-apa.

"Husband rehat lah dulu.Wife nak ke dapur kejap"

"Wife nak buat apa?"

"Aderlah.Husband rehat dulu"

"Ok"Eidlan hanya menganggukkan kepalanya.Tidak mahu soal lebih apa yang mahu Ishtar lakukan.

Setelah perginya Ishtar,Eidlan termenung seketika.

"Boleh ka Allah maafkan atas apa yang aku buat selama ni?"

"Aku dah bunuh ramai orang"

"Aku...."Eidlan terdiam.Terbayang wajah papa dan ibunya.

"Maafkan Eid ibu.Eid dah tersilap langkah"

"Tapi Eid tak boleh tinggalkan dunia mafia"

"Dunia tu dah sebati dalam diri Eid"Eidlan terdiam.

Fikirannya terus melayang jauh.

"Boleh ka aku berterus terang dekat Ishtar apa sebenarnya pekerjaan aku"

"Aku tahu dia sebenarnya masih ragu dengan aku"

"Aku tahu dalam fikiran dia,dia ingin tahu tentang aku"

"Tapi sekarang dia dibawah tanggungjawab aku.Kalau aku tak terus terang,bahaya akan terus mengelilingi dia"

"Abang!"jerit Erdy.Pintu bilik Eidlan dirempuh.

"Apa kau ni?"

"Taklah abang.Akak hilang"

"Kau cakap apa ni?Dia ke dapur tadi"

"Akak hilang.Aku tak tipu"

"Aku nak keluar"Eidlan ingin bangun.Pahanya berasa agak sedikit pedih.

"Eh,biar aku pimpin kau.Berdarah balik paha dengan perut mampus aku"

Erdy terus memimpin Eidlan keluar dari bilik.

"Cepatlah.Kau nak bini aku mati ka, bodoh"

"Kau boleh sabar tak.Kaki kau tu sakit.Ingat sikit"Erdy membawa Eidlan ke ruang tamu.

"Kenapa kau bawak aku dekat sini?Bini aku hilang,kau tahu tak"

"Baik kau diam sekarang,bang.Kau duduk dulu"

"Bini aku....."belum sempat Eidlan menghabiskan ayatnya dia ternampak  wajah Ishtar.

Di tangannya terdapat sebiji kek dan beberapa batang lilin.

"Happy birthday to you....."

"Happy birthday to you"

"Happy birthday to you,abang.Happy birthday to you"Erdy menyanyi dengan sekuat hati.

"Happy birthday, husband"ucap Ishtar di hadapan Eidlan.

Kek yang dipegangnya terus disuakan ke arah suaminya.

"Tiup la"akhirnya Eidlan meniup lilin yang berada di kek tersebut.

"Yeayyy"sorak kesemua anak-anak buah Eidlan.

"Thanks wife.Husband sebenarnya lupa yang harini hari lahir husband"

"It's okay"

"But,how do you know about my birthday?"

"Secret"ujar Ishtar sambil ketawa kecil.

"Eihhh,korang ni.Hormat sikit eh.Kita semua ni single"

"Memang la dah kahwin.Kalau nak sweet-sweet dalam bilik"

"Betul tak kawan-kawan?!"

"Betul"sahut mereka semua serentak.

"Aku potong gaji korang.Bagi tinggal separuh ja"

"Eh,maafkan kami,tuan"

"Aku main-main ja"ujar Eidlan.

"Fuh,takut oiii"ujar salah seorang anak buah Eidlan membuatkan semua orang yang berada di situ ketawa.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum