Bab 19

980 43 2
                                    

"Is duduk dekat rumah Mak Cik ya?"

"Boleh Mak Cik jaga kamu buat sementara waktu.Sampai luka bedah kamu tu dah ok"

"Eh,Mak Cik tak payah la susah-susah.Dah la seminggu Mak Cik jaga saya"

"La,biarlah.Tak susah mana pun setakat jaga makan Is ja"

"Mak Cik bosan dekat rumah tu.Anak-anak sibuk bekerja,Pak Cik pula pergi kerja pagi,malam baru balik"

"Jomlah"

"Jomlah duduk rumah Mak Cik buat sementara waktu ni"Mak Cik Yah cuba memujuk Ishtar.

Mukanya sedaya upaya disedihkan.

"Yerlah.Is ikut Mak Cik"Ishtar tersenyum.

"Yeayy"ujar Mak Cik Yah teruja.

"Eh,kamu kenapa Yah?"ujar Pak Cik Mat yang baru masuk wad yang menempatkan Ishtar.

Terkejut dirinya apabila melihat isterinya yang menari keseronokan.

"Eh,abang"Mak Cik Yang tersipu malu.

Ishtar yang melihat hanya ketawa kecil.Pada masa yang sama hatinya sedikit sayu mengenangkan mak dan ayahnya yang sudah tiada.

"Jangan la buat macam tu dah.Bahaya Yah.Kamu tu usia dah meningkat"

"Bukan muda lagi"sambung Pak Cik Mat lagi.

"Ish,apa abang ni?"Mak Cik Yah menampar lembut lengan suaminya.

"Lah,betul apa abang cakap tu?Betul tak Is?"

"Betul"ujar Ishtar tanpa sedar.

"Eh"Ishtar terus menutup mulutnya.Dia terus memandang ke arah Mak Cik Yah yang sudah memuncungkan mulutnya.

"Kan betul apa saya cakap tu.Tengok Is pun kata ya"

"Abang dengan Is sama ja"Mak Cik Yah terus menyilangkan tangan di dada.

"Dah ii la tu merajuk Yah.Kita dah nak kena balik ni.Sekejap lagi orang hospital nak kemas bilik ni"

"Jom Mak Cik"ujar Ishtar.

"Ha,yer ii"Mak Cik Yah terus secara perlahan membantu Ishtar turun dari katilnya.

"Ishtar minta maaf yer tak back up Mak Cik tadi"

"Mak Cik tak kisah pun.Dah tua umur ni.Tapi tetap rasa diri ni muda.Mak Cik kena sedar diri ni"

"Alah Mak Cik tak tua cuma umur meningkat.Muka still macam baby"

"Ish,kamu ni.Malu Mak Cik"

"Malu-malu pulak dia.Hihihi"

"Jangan gelak kuat sangat.Terbuka sekejap lagi jahitan tu.Gelak slow-slow boleh"ujar Mak Cik Yah kemudian ketawa.

"Ok"ketawa mereka berdua bersatu.

"Amboi seronok nampak.Sembang apa tu?"

"Tak payah sibuk.Ini hal perempuan.Abang tak boleh masuk campur"

"Lagi satu jangan cakap dengan saya.Abang kata saya dah tua maknanya abang kata saya dah tak cantik"

"Is,jom kita keluar dulu.Malas layan orang tua ni"Mak Cik Yah menjeling Pak Cik Mat.

"Yah...Yah.Kamu tu walaupun dah tua tapi dekat mata abang ni kamu tetap muda dan cantik"

Mak Cik Yah memberhentikan langkahnya.Dia terus memusingkan badannya memandang Pak Cik Mat.

"Ececeh.Sweetnya"Ishtar menutup matanya sambil ketawa kecil.

"Ehermmm.Jomlah Is.Biar Pak Cik angkatkan beg kamu tu"ujar Mak Cik Yah.

Belum sempat Ishtar berkata,Mak Cik Yah terus menarik tangannya keluar dari bilik.

************************************

"Mama boleh tak Mai nak pergi rumah Is?"

"Mai nak melawat dia.Mai sedih bila dengar mak dan ayah Is meninggal"pinta Maisurah kepada Puan Maimunah.

"Mama tak benarkan"

"Please mama.Mai nak jumpa dengan Is"

"Mai ni kenapa?Mama dah kata tak payah pergi.Duduk dalam bilik tu diam-diam"

"Mama please...."Maisurah sekali lagi merayu.

"Mama tak benarkan Mai ada kaitan dengan si budak Is tu"

"Mai tahu kan dia punca abang Mai keluar dari rumah"

"Bukan salah dia ma.Abang tu yang tergila-gilakan sangat dekat Is"Maisurah sedikit bengang apabila mamanya sering berkata bahawa Ishtar punca abangnya keluar dari rumah.

"Kalau dia terima abang,abang takkan keluar dari rumah"

"Waktu itu,Is dengan Mai masih bersekolah ma.Kami masih belajar"

"Kenapa?Buat sahaja pertunangan dahulu.Kahwin lepas belajar pun boleh"

"Mama ni kenapa?Nak kena paksa kalau dah tak suka"

"Mama cuma nak anak-anak mama bahagia"

"Tak salah ma nak bahagiakan anak-anak.Tapi satu ja Mai mintak mama jangan buat sesuatu perkara yang tak patut"

"Tak patut?Benda apa yang mama dah buat?"Puan Maimunah mula menaikkan suaranya.

"Mama ingat Mai tak tahu yang mama  pernah rancang untuk bomohkan keluarga Is supaya mereka terima lamaran mama untuk abang"

"Mana ada mama pernah nak buat benda macam tu"

"Sudah-sudahlah.Dan untuk pengetahuan mama,Mai lah yang pancitkan kereta dan calarkan kereta mama.Halang mama untuk buat perkara tu"

"Mai tukar alamat rumah bomoh tu"

"Jadi selama ni,Mai la yang buat"

"Ya untuk kebaikan semua"

"Kebaikan Mai kata.....Mai tak tengok kat abang Mai macam mana?"

"Mama,tolonglah....abang tu dah sakit jiwa.Dia terlalu obses dengan Is"

"Tak anak mama sihat.Dia tak sakit"

"Tak mama"

"Sudah Mai!Mai pergi masuk bilik!Atau mama terus kurung Mai dalam bilik!"Puan Maimunah menengking Maisurah.

"Ok,fine.Kalau ada benda buruk terjadi itu bukan salah Mai tapi mama"Maisurah terus berlalu pergi.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now