Bab 4

1.4K 67 11
                                    

"Abang, dah lambat sangat ni...Is tak balik-balik lagi"ujar Mak Piah kepada Pak Rashid.

"Jom lah kita pergi balai buat report"sambung Mak Piah lagi.

Dia mula berasa risau kerana waktu sudah menginjak 12 malam dan masih tiada tanda-tanda yang mengatakan Ishtar akan pulang.

"Baiklah. Awak pergi tukar baju. Abang tunggu dekat luar"ujar Pak Rashid.

Mak Piah terus berlalu ke bilik menukar pakaiannya.

Setelah selesai, mereka terus bertolak ke balai polis.

"Assalamualaikum"ujar Mak Piah dan Pak Rashid serentak sambil melangkah masuk.

"Waalaikumussalam. Silakan duduk"ujar pegawai polis lelaki yang bertugas itu.

"Pak cik...mak cik ada apa-apa yang saya boleh tolong?"sambungnya.

"Mak cik nak mintak tolong. Anak mak cik tak balik dari pagi tadi"ujar Mak Piah.

"Tapi mak cik, belum cukup 24 jam"

"Tolonglah. Saya rasa anak saya kena culik. Saya risau sangat-sangat"Mak Piah mula menangis.

"Tapi mak cik.."

"Tolonglah saya mintak sangat-sangat"pinta Mak Piah lagi.

"Sabar Piah"Pak Rashid cuba menenangkan Mak Piah.

"Baiklah mak cik...pihak kami boleh membantu.Kami mintak mak cik beri sedikit keterangan lanjut tentang anak mak cik ya"ujar pegawai polis tersebut.

"Baiklah"ujar Pak Rashid.

************************************

Terdengar derapan tapak kaki seseorang membuatkan Ishtar terjaga dari tidurnya.

"Siapa pulak kali ni?"matanya dikelipkan beberapa kali supaya dapat melihat dengan lebih jelas.

Dia kemudiannya terus memandang ke arah pintu bilik.

"Klakkk"tombol pintu dipulas dan akhirnya muncul beberapa orang lelaki.

"Cik, sila ikut kami"ujar salah seorang daripada mereka. Terdapat lima orang lelaki yang datang ke bilik yang menempatkan Ishtar.

Masing-masing memakai pakaian lengkap dan kemas.

"Kamu semua siapa?"soal Ishtar.

"Yang itu tak penting. Kami sudah diarahkan oleh seseorang untuk bawak cik pergi dari sini"

"Siapa seseorang itu?"soal Ishtar.

"Kalau cik nak tahu, cik kena ikut kami"

"Saya tak mahu"Ishtar menggelengkan kepalanya.

"Kalau cik tetap tak ikut, kami terpaksa berkeras"

"Korang semua jahat, sebab tu aku tak mahu ikut"Ishtar mengelak apabila disentuh oleh lelaki-lelaki itu.

"Ish"kesemua lelaki itu mula memandang sesama sendiri.

"Macam mana, weh?"soal salah seorang lelaki.

Yang lain hanya mengangkat bahu tanda buntu akan tindakan yang seterusnya.

Dan mereka mula berbisik.Ishtar hanya melihat. Tidak tahu apa yang mereka bincangkan dan dalam masa yang sama dirinya berasa takut dan gementar.

"Ok"ujar mereka serentak secara tiba-tiba membuatkan Ishtar terkejut.

"Baiklah cik. Cik dah memaksa kami untuk melakukan kekerasan terhadap cik. Jadi bersedialah"mereka mula berjalan ke arah Ishtar dan mengelilinginya.

Salah seorang daripada mereka terus mengangkat Ishtar dan meletakkan badannya di atas bahu mereka.

"Eh, kenapa ni? Lepaslah"Ishtar meronta-ronta supaya mereka melepaskannya.

"Kau tahu tak haram kau sentuh aku ni"ujar Ishtar lagi.

"Kami ni dah tak kisah halal haram sebab kami perlukan duit. Duit adalah segalanya bagi kami"ujar lelaki yang mengangkatnya.

"Kau memang lah tak kisah halal dengan haram. Tapi aku kisah. Lepaskan aku lah"jerit Ishtar sambil tangannya yang diikat memukul belakang badan lelaki itu.

"Uishh kau ni nampak kecik jer tapi pukul tu kuat gila"lelaki itu meringis kesakitan.

"Nah kau pegang dia pulak"Ishtar terus diserahkan kepada lelaki yang kedua.

"Kau orang bawak la aku turun ke bawah. Aku boleh berjalan la. Aku janji takkan larikan diri"ujar Ishtar.

"Tak boleh"kelima-lima lelaki itu berkata serentak.

"Haish ya lah"Ishtar mulai mengalah.

************************************

"Mama, Mai risau la dengan keadaan Is"ujar Maisurah kepada Puan Maimunah.

"Mai tak boleh macam ni. Mai nak papa kembali dalam keluarga kita tak?"

"Mai nak bahagia tak?"

"Tapi ma..."Maisurah mengeluh.

"Tak ada tapi-tapi Mai. Mama nak keluarga kita bahagia macam dulu. Sebelum syarikat papa bankrup. Abang mai keluar rumah"Puan Maimunah mula menangis.

"Maafkan Mai, mama. Mai janji takkan sebut benda ni lagi. Mai janji akan bahagiakan mama"ujar Maisurah lalu memeluk Puan Maimunah.

"Terima kasih Mai. Mama tak sabar nak jumpa dengan papa esok"

"Mai pun sama"Maisurah tersenyum apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Puan Maimunah.

"Lepastu kita cari abang Mai, pujuk dia supaya duduk dengan kita semula"

"Baik mama"

"Maafkan aku Ishtar. Aku bukan kawan yang baik untuk kau. Aku terlalu pentingkan diri. Aku cuma nak keluarga aku seperti dulu. Bahagia macam orang lain. Aku jugak nak tengok muka mama aku ceria macam dulu. Aku berharap kau akan selamat dekat sana"ujar Maisurah di dalam hati.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now