Bab 17

1K 48 1
                                    

"Aikkk,takkan tak datang dah?"

"Marah mungkin"

"Hurmmm"Ishtar menganggukkan kepalanya.Mungkin Eidlan marah akan dirinya yang masih tidak memberi keputusan tentang lamaran yang diberi.

"Eh....eh"

"Kenapa aku nak fikirkan perasaan dia pulak?"

"Hey,Ishtar Hasna kau boleh tak jangan fikirkan mamat tak guna tu?Dia dah bunuh mak ayah kau tahu tak?Tolonglah"ujar Ishtar sambil mengetuk perlahan kepalanya.

Kang kalau tepuk kuat,kepala sendiri kan...sayang.

"Ha!Is.Kamu ok tak?Yang diketuk kepalanya sendiri tu kenapa?"soal Mak Cik Yah yang baru keluar dari bilik air.

"Heheheh tak ada apa pun"

"Saja"Ishtar menggaru perlahan kepalanya.

"Jangan dibuat main dengan kepala tu.Nak dipakai lama"

"Nak buat sambung belajar lah,apa lah"

"Baik Mak Cik.Saya tak buat dah"

"Ok"

"Kelmarin,Mak Cik ada nampak lelaki keluar dari wad Is"ujar Mak Cik Yah.

Ishtar terkejut.Dirinya menelan air liur dengan perit.

"Siapa?"soal Ishtar.

"Entah?Is tak kenal ka lelaki tu?"

"Is tak tahu pun ada orang masuk.Is terus tidur lepas makan makanan yang Mak Cik masak"

"Ouh...tak pa lah macam tu.Mungkin dia salah masuk bilik"ujar Mak Cik Yah.

"Ahhh...yer ii"

"Fuh...selamat"ujar Ishtar di dalam hati.

"Is..."

"Ya,Mak Cik"

"Is ada apa-apa yang nak diceritakan dekat Mak Cik?"

"Mak cik tak kisah kalau kamu tak cerita.Itu hak kamu"Ishtar terkedu.

Sumpah hatinya agak tersentuh apabila jirannya sanggup membantu dirinya.

Dia merasa terhutang budi kepada mereka.Sudah dianggap mereka sebagai orang tuanya.

Ya,dia perlukan seorang untuk dia luahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

Jika dulu dia ada mak dan ayahnya.Sekarang dia sudah tiada siapa-siapa.

Dirinya hanya sebatang kara.Seorang anak yatim piatu.

"Mak Cik"panggilnya.

"Hurmm"

"Is ada sesuatu yang Is nak cerita.Mak Cik sudi nak mendengar?"

"Dan boleh saya mintak sesuatu?"

"Apa?"

"Mak Cik boleh tak rahsiakan perkara ni?Jangan beritahu sesiapa pun apa yang akan saya ceritakan dekat Mak Cik"

"Boleh.Ini aib kamu.Kalau Mak Cik buka memang tempah neraka la"

"Terima kasih"

"Sama-sama"Mak Cik Yah tersenyum.

"Mak Cik tahu kan Is kena culik beberapa bulan lepas?"

"Tahu"

"Sebenarnya,Is dibawa pergi oleh beberapa orang lelaki ke suatu rumah.Ada seorang lelaki jugak ketua kepada orang yang bawa Is tu dia buat sesuatu dekat Is"

"Sampai sekarang Is masih rasa jijik dengan badan Is"Ishtar terus-menerus menyapu badannya.Seperti ingin membuang sesuatu yang tidak diingini.

"Dia rogol Is ja?Maaf kalau buat kamu tak selesa"

"Betul Mak Cik.Is betul-betul tak rela.Dia jadikan Is sebagai pelampias nafsu"

"Dan sampai sekarang,mak dan ayah tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.Is malu dan takut.Is tak mahu mak dan ayah benci Is"

Ishtar mula menangis.Mak Cik Yah cuba menenangkannya.

"Dah la Is.Mak Cik minta maaf sebab buat Is ungkit balik apa yang pernah Is lalui"

"Is kena sentiasa ingat Allah akan sentiasa ada dengan kita.Jangan tinggal solat dan kena selalu baca Al-Quran"pesan Mak Cik Yah.

"Baiklah Mak Cik"

"Kalau dia nak bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan dekat Is,Is boleh terima tak?Mak Cik cuma bertanya.Jangan terasa ya"

"Haish...Is tak tahu Mak Cik.Dia jugak lah yang bunuh mak dan ayah"

"Betulka?"

"Ya Mak Cik.Dia yang ugut Is kata kalau Is lari dari rumah dia,dia akan bunuh mak dan ayah.Dan sekarang...Mak Cik boleh tengok sendiri apa jadi dekat Is"

"Kamu ada bukti yang mengatakan dia bunuh mak dan ayah Is?"

"Ada sebelum beberapa hari mak dan ayah meninggal ada kertas bertulis ugutan"

"Balik nanti Is akan tunjukkan dekat Mak Cik"

"Kamu yakin dia yang tulis?"

"Ya Mak Cik.Dia sahaja yang berdendam dengan Is.Dah tak da orang lain"

"Kamu nak buat laporan polis?"

"Itu Is akan fikirkan.Sebab polis yang uruskan kes mak dan ayah ada beritahu kalau mak dan ayah kena langgar lari"

"Hurmm,baiklah kalau macam tu.Ikut kamu lah mana yang terbaik"

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now