Bab 9

1.2K 48 1
                                    

Seminggu berlalu,hidup Ishtar berjalan seperti biasa.Tiada gangguan yang dilalui buat masa ini.

"Is!Mari keluar kejap"jerit Mak Piah dari ruang tamu.

"Kejap mak"Ishtar terus mengemas meja belajarnya dan kemudian melangkah keluar dari bilik.

"Mari sini"ujar Mak Piah menyuruh Ishtar duduk di antaranya dan Pak Rashid.

"Ada apa mak,ayah?"soal Ishtar usai duduk.

"Ni mak dengan ayah akan bertolak buat umrah dua minggu lagi"

"Betul ka ayah?"

"Hurmm,betul"Pak Rashid menganggukkan kepalanya.

"Maknanya,Is akan tinggal sorang-sorang la kat umah"Ishtar mengeluh.

Dirinya merasa sesuatu.Tidak ingin berenggang dari sisi mak dan ayahnya.Terasa dirinya akan kehilangan sesuatu.

"Ish takkan la mak nak tinggalkan kamu sendiri dekat rumah"

"Sebab tulah mak nak cakap sikit ni"

"Apa?"soal Ishtar.

"Mak dengan ayah dah rancang nak bawak kamu sekali.Duit mak dengan ayah dah cukupkan untuk bawak kamu"

"Perbelanjaan kita dekat sana pun dah cukup jadi tak la kami nak tinggalkan kamu sorang ii"

"Kami tak mahu benda buruk dah jadi dekat Is"ujar Mak Piah.

"Ish tak sabarnya Is nak pergi ke sana dengan mak ayah"

"Hahaha"Pak Rashid dan Mak Piah tergelak kecil melihat Ishtar yang kegirangan apabila dapat mengikuti mereka sekali ke sana.

"Alhamdulillah rezeki kita tahun ni dapat pergi ke sana"ujar Pak Rashid.

"Dah pergi la tidur.Esok bangun lewat pulak"

"Baik mak.Good night"Ishtar terus menyalam kedua-dua orang tuanya dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

************************************

"Lepaskan aku lah"jerit seorang lelaki.Dirinya diikat di tiang.Bilik yang didudukinya berbau sedikit hanyir dari darah.

"Kan aku dah pesan jangan ganggu tempat aku.Kau tetap buat"

"Kan dah mendapat"Eidlan sedang bermain dengan pistolnya.

Sekarang dia berada di bilik penyiksaan.Bilik yang menempatkan orang-orang yang menganggu kegiatannya.

"Aku tak buat la.Bukan aku"lelaki itu berkata sambil menggelengkan kepalanya.

"Habis tu ni siapa?Hantu?"sampuk Zack sambil menunjukkan gambar yang berada di telefonnya.

"Jangan nak bohonglah.Tuan kita bunuh ja la dia nih"ujar Shark sambil tangannya dikepal-kepal.Dirinya sudah tidak dapat menahan sabar untuk membunuh lelaki itu.

"Sabar.Aku ketua ka atau kau yang ketua?"soal Eidlan.

"Ehermm.Tuan"

"Terlebih pulak.Heheh"Shark tergelak kecil sambil menggaru-garu kepalanya.

"Aku cuma nak biarkan dia ni terus terseksa.Siapa yang cuba ganggu Dark Devil memang nahas"

Eidlan sudah ditetapkan untuk menjaga dan meneruskan empayar yang dibina oleh keluarganya.Maka dengan itu dia membentuk satu kumpulan.

Dark Devil....nama yang sudah cukup mengerikan bagi sesiapa yang mengenalinya.Nama yang sudah menjadi bualan di Itali.Dan tidak ada sesiapa yang berani menggangu.Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan,pasti ada yang akan cuba berbuat sesuatu untuk menghancurkannya.

"Aku takkan biar dia mati dengan senang.Kita kena bunuh perlahan-lahan.Hahhaha"

"Tapi sebelum tu"

"Apa tuan?"soal Zack.

"Aku nak korang pergi serbu tempat di nih...ambil semua senjata kita semula"Eidlan menunjal kepala lelaki itu.

"Senang cerita bunuh saja semua orang yang halang korang and ambil semua senjata termasuk senjata diorang.Jangan tinggalkan kesan"

"Boikkk tuan.Uishh tak sabarnya nak ada baby baru"ujar Shark.

"Weyh Alip...Anak kita akan bertambah"jerit Shark kepada Alif yang berada tidak jauh darinya.

"Hurmm"Alif mengabaikan apa yang dicakapkan oleh Shark.

"Huh,hurmm ja.Maleih aku"

"Tuan,keluar dulu"Shark berura-ura ingin keluar dari situ.

"Hurmm"gumam Eidlan.

"Eh,memang semua orang tak nak cakap ka?"

"Zack?"

"Apa dia?"soal Zack.

"Kita tanya dia,dia tanya kita balik.Ada ka patut"

"Kau tanya apa dekat aku bodoh?"soal Zack.

"Tak da apa pun"balas Shark.

"Dah ii.Nak gaduh tempat lain.Macam mana aku nak fokus kalau kau dua orang bising"

"Sorry...sorry"Shark terus berlari kecil keluar dari bilik itu.

"Maaf tuan"ujar Zack sambil menundukkan sedikit badannya atas tanda minta maaf kepada Eidlan.

"Tak apa"Eidlan menepuk lembut bahu Zack.

"Dah la.Dia ni kau buat ja la apa-apa dulu.Tapi jangan sampai mati pulak.Aku nak dia mati atas tangan aku sendiri"

"Baik tuan"

"Alif,Aman ni angkat jantan ni.Letak dia dalam sangkar tu"arah Zack.

"Ok"Aman dan Alif terus melepaskan tali yang diikat kemudian meletakkan lelaki itu di dalam sangkar besar yang terdapat di dalam bilik penyiksaan.

Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now