Bab 43

927 48 1
                                    

"Meh,husband suapkan"Eidlan sudah bersiap sedia ingin menyuapkan nasi ke dalam mulut Ishtar.

"Kesian dia tak makan sebab risaukan kita"

"Tak payah la.Biar wife yang suapkan.Husband yang sakit,bukan wife"ujar Ishtar.

"No,for you husband sakit tapi for me wife yang perlu disuap sebab selama dua hari ni wife sanggup jaga husband"

"Tak pernah mengeluh.Pada husband wife dah lakukan pengorbanan yang besar"

"Mesti wife lapar kan?Biar husband yang suap"Ishtar akhirnya mengalah.

Buat waktu ini hanya kedengaran bunyi sudu dan pinggan.

"Abang!"jerit seseorang itu sambil menerjah pintu bilik Eidlan.

"Abang, akhirnya kau dah sedar"

"Aku rindu dekat kau"Erdy terus memeluk Eidlan.

"Eh,akak pun ada dekat sini"ujar Erdy apabila melihat wajah Ishtar.

"Habis tu,dah dia bini aku.Memanglah dia ada dekat sini"

"Betul jugak"

"Dah,kau boleh keluar sekarang"

"Eh,abang aku rindu kau tau.Kau boleh halau aku"Erdy memeluk tubuh.Wajahnya dimasamkan.

"Aku ni adik kau tau.Satu-satunya adik kau.Sejak kau dah berbini kau dah lupa aku"

"Aku bukan tak...."belum sempat Eidlan menghabiskan ayatnya Erdy ingin keluar dari situ.

"Apa husband ni?"ujar Ishtar sambil merenung tajam Eidlan.

"Erdy"panggil Ishtar.

"Erdy"panggil Ishtar sekali lagi.

Erdy mengabaikan panggilan Ishtar.

"Aku mintak maaf sebab aku nampak macam dah lupa kau.Aku sayang kau sebenarnya.Aku sayang adik aku"

"Aku suruh kau keluar sebab aku tak nak kau tengok aku sakit"

"Aku tak suka.Bila aku sakit,aku nampak lemah dekat mata kau"

"Kalau aku nampak lemah macam mana aku nak pertahankan adik aku"

"Bini kau boleh ja tengok kau sakit"Erdy bersuara.

"Kau lain dia lain.Dia isteri,kau adik.Papa dan ibu dah amanahkan aku supaya jaga kau dengan baik"

"Sebabtu aku sebagai abang aku rasa, aku tak sesuai untuk nampak lemah depan mata kau"

"Eihhh kau ni kenapa abang?Kau buat aku rasa sedih la"Erdy terus berlari memeluk Eidlan buat kali kedua. 

Eidlan ketawa kecil,juga Ishtar apabila melihat gelagat Erdy.

"Aku saja berlakon,tapi bila kau dah kata macam tu terus buat aku sedih"

"Aku happy bila tengok kau dah makin berubah sejak kenal dengan akak"

"Kau tak macam dulu.Keras,muka kau macam orang kejung"

"Tak senyum tak ketawa macam masa kita kecil"

"Arghhh,senang cerita aku gembira bila tengok ada keceriaan dekat wajah kau"

"Ok la.Aku ni singgah kejap ja.Dah Shark bagitahu kata kau dah sedar"

"Aku ada kerja sedikit dekat syarikat.Dah la aku cau dulu.Apa-apa roger"

"Hurmmm"Eidlan menganggukkan kepalanya.Erdy terus berlalu pergi.

************************************

Empat hari berlalu,

"Kita nak ke mana ni?"soal Ishtar.

Eidlan terus mengajaknya ke suatu tempat setelah keluar dari hospital.

"Husband ada sesuatu yang nak ditunjukkan dekat wife"

"Kita dah nak sampai"kereta yang dibawa Alif akhirnya memasuki kawasan perkuburan.

Hati Ishtar mulai berdebar.Dia dapat mengagak apa yang ingin ditunjukkan oleh Eidlan.

"Kita lawat anak kita ya,wife"ujar Eidlan.

"Anak...."Ishtar terus memegang perutnya.

"Wife nak jumpa tak?"

"Nak.Wife nak lawat dia"mata Ishtar mula berkaca.

"Mari"Eidlan terus memimpin tangan Ishtar dan dibawanya ke suatu timbunan tanah yang berukuran sedikit kecil.Ada juga pokok kecil yang berada di situ.

"Sini sayang"ujar Eidlan.

Ishtar bergerak perlahan-lahan ke arah kubur tersebut.Hatinya luluh melihat kubur anaknya itu.

Walaupun anaknya tidak diketahui kewujudannya,tetapi anaknya pernah berada dalam rahimnya.

Sebak yang dirasakannya sekarang.Dia terus duduk bersimpuh dan kemudiannya menguis sedikit tanah.

"Sayang,ibu datang ni"

"Maafkan ibu sebab tak jaga awak dengan baik.Kalau tak mesti awak dah membesar dalam perut ibu"

"Maafkan ibu sayang"Ishtar mula menangis.

Eidlan terus memeluk tubuh Ishtar tatkala kedengaran suara tangisan yang keluar dari mulut isterinya.

"Tak,wife tak salah"

"Kalau tak berpunca dari husband, wife takkan jadi macam ni"

"Maafkan husband"Eidlan melepaskan pelukannya.

Perlahan disentuhnya batu yang dipacakkan di kubur anaknya.

"Maafkan daddy sayang.Daddy akan sayang ibu dengan sepenuh hati.Daddy takkan sia-siakan ibu lagi.Itu janji daddy"

"Semoga tenang dekat sana,sayang"

Mrs.Eidlan Laurenzo©Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ