Bab 10

1.3K 57 1
                                    

"Is,cepat siap.....kita dah nak bergerak ni"jerit Mak Piah dari luar rumah.

"Kejap mak.Tudung tak jadi ni"balas Ishtar dengan jeritan.

"Sambung la dalam kereta.Dah lambat tahu"

"Tak boleh mak"

"Ish tudung ni pun.Pantang betul aku.Kalut ii lah kau tak jadi.Ni malas ni pakai tudung bawal"ujar Ishtar.

Beberapa minit berlalu,

"Fuh,siap jugak"Ishtar terus mencapai beg tangannya dan berlari keluar dari bilik.

"Anak dara siapalah yang lambat sangat nak siap?"ujar Mak Piah sambil menjeling Pak Rashid.

Pak Rashid hanya tersenyum sambil melihat Mak Piah.

"Sorry la mak.Tudung ni buat hal"

"Dah tak payah salah tudung.Mak dah kejut tapi tetap cakap'sekejap mak' lepastu sambung tidur balik"ujar Mak Piah sambil mencebik.

"Heheheh"Ishtar tergelak kecil.

"Sudah... sudahlah tu Piah.Tadi kata suruh cepat.Ni dia membebel pulak"

"Ya lah.Abang pun sama ja.Tak masuk lagi dalam kereta"

"Aku bukan apa,kalau tak disuruh lagi tu la kamu tu duk membebel"

"Is masuk kereta"arah Pak Rashid.

"Baik ayah"Ishtar terus memasuki kereta.

"Jom Piah"ujar Pak Rashid.

"Hurmm"akhirnya Mak Piah akur.Kalau berterusan memang tak bergerak la diorang ke lapangan terbang.

Ya,mereka akan bertolak ke umrah pada hari ini.Mereka akan berada di sana selama dua minggu.

************************************

"Kenapa?"

"Tuan,cik Ishtar dan keluarga dia pergi ke lapangan terbang"ujar Zack.

"Dia ke mana?"

"Ermmm"Zack sedikit ragu-ragu untuk memberi tahu tuannya soal ke mana perginya Ishtar.

"Ke mana?"Eidlan menaikkan sedikit suaranya membuatkan Zack terkejut.

"Umrah tuan"Zack terus menutup mulutnya.

"Ehermm"Eidlan tersentak.

"Ouh,baiklah kalau macam tu.Kalau tak ada apa kau boleh la keluar sambung buat kerja kau"

"Ok tuan"Zack dengan cepat keluar dari situ.

"Aishh,kenapa mulut aku ni cepat sangat lepas"ujar Zack kemudian menampar perlahan mulutnya.

Kalau dekat orang lain,mungkin dia tampar kuat sikit.Terutama author....

Entahlah apa salah author yang buat dia berdendam dengan author.....(sedih)

"Umrah"ujar Eidlan perlahan.

Perkataan itu sudah lama tidak dia dengari....

Perkataan yang sering diucapkan oleh seorang ibu kepadanya.

Ibunya amat-amat berhasrat ingin ke sana tetapi tidak kesampaian.

Dan dirinya yang sudah tidak lama sujud kepada maha pencipta.Sibuk dengan dunia.Sibuk dengan kerja membunuhnya.

Buat waktu kali pertama setelah sekian lama akhirnya....hatinya sedikit tersentak apabila terdengar perkataan yang keluar dari mulut.

"Eh,lantak pi la perempuan tu nak ke mana pun"

"Yang penting nanti dia akan jatuh dalam tangan aku juga"

Nah ini dia Eidlan Laurenzo...seorang yang keras kepala.Semoga dia berubah la kan.

************************************

"Abang!Abang boleh tak pergi cari kerja!"

"Jangan la duduk saja.Abang tahu tak kita ni dah nak habis bekalan makanan.Kita nak makan apa lepas ni?"bebel Puan Maimunah.

"Eh,kau boleh diam tak.Memekak ja dari tadi.Aku penat kau tahu tak?!"jerit Tuan Fakhrul.

"Abang buat kerja apa yang penat?Saya ni bekerja pagi petang siang malam cari duit untuk kita makan,faham tak?"

"Abang boleh tak tolong ringankan beban saya.Saya ni sepatutnya duduk di rumah bukan bekerja"

"Tolonglah kali ni ja"

"Hey,kau pernah tak fikir waktu kau buat macam ni dekat aku dulu.Pernah tak?"

"Tapi tu dah tanggungjawab abang sebagai seorang suami dengan ayah untuk bagi hidup yang senang untuk kita sekeluarga"

"Masalahnya kau tu jenis pemboros.Duit tak pernah cukup bagi kau.Setiap hari kau akan habiskan beribu-ribu duit yang aku bagi dekat shopping mall"

"Ni aku nak tanya kau,kesemua beg tangan kau tu dah jual atau belum?Kau nak suruh aku kerja kan..."

"Serah semua beg tu dan kemudian aku akan jual dekat orang"

"Tak boleh.Itu semua barang saya"

"Lah kau suruh aku kerja kan?Ni ja caranya"

"Eihhh,menyesal la saya gunakan kawan anak kita untuk dapatkan abang balik"

"Aku tak suruh pun kau jaminan aku dari samseng tu"

"Saya ni nak beri kebahagiaan dekat anak-anak saya"

"Tolonglah abang.Sekali ni ja"

"Tak sekarang aku tak mahu bekerja.Kau tahu tak aku ni malu nak keluar.Orang dah tahu syarikat aku ni dah bankrup"

"Kenapa nak kena pikirkan orang lain?Kita yang nak makan bukan diorang"

"Ish, bisinglah"Tuan Fakhrul terus beredar dari ruang tamu dan terus bergerak ke arah biliknya.







Mrs.Eidlan Laurenzo©Where stories live. Discover now