94

115 15 2
                                    

Andrew mengeluh sendirian. Sara kalau dia berkehendakkan sesuatu hanya Allah dapat menghalangnya dan dalam keterpaksaan dia akui hanya Shu Wu Ji yang boleh melembutkan hati Sara dalam dunia ini. Dia menelan kepahitan kenyataan itu.

"Semua masuk makan!"panggil Sara dari dalam. Dia memandang Andrew yang masih lagi berdiri melihatnya. Apabila semua sudah melangkah masuk, Andrew mengambil keputusan untuk keluar menenangkan hatinya.

'Kenapa kau begitu degil Sara? Aku tahu aku faham kenapa kau bertindak begini..tapi Sara, bukan Shu Wu Ji sahaja yang menyayangi kau. Aku tak terbayangkan kau  dalam bahaya,'rintih hati Andrew. Dia memerhatikan cuaca cerah di bumi purba ini. Dia pernah terkandas di sini beberapa tahun hayatnya. Dia duduk sendirian menenangkan hatinya sendiri. Perlukah dia melepaskan segalanya dan pulang ke dunia nyata atau tetap bersama di sini biarpun hanya sebagai sahabat.

Salina yang setiap hari semakin keresahan menanti kepulangan Sara duduk di meja di bilik Sara yang sarat dengan kotak-kotak dari rumah Andrew. Dia membelek kotak yang masih kelihatan kukuh  beralamatkan kepada Sara. Dia membaca warkah pendek yang dititipkan kepada Sara. Berulang kali dia membacanya.

Mamatok masuk ke bilik itu melihat Salina memegang nota itu sambil bermenung ke luar jendela.

"Sal termenung jauh nampaknya," sapa Mamatok sambil duduk di sisi Salina. Salina tersenyum mendatar melihat ibunya yang biarpun berumur masih kuat. "Mama pun rindukan Sara." Salina memeluk bahu ibunya yang sudah ibarat seorang sahabat sejati. 

"Sal- mama apakata kita ke Beijing mencari Sara?" Lembut permintaan itu kedengarannya. Puan Salmah atau Mamatok memandang Salina dan menghela nafas panjang.

"Kalau kita ke sana sekalipun, mungkin keadaan tidak akan berubah Sal."

"Sal tahu tapi Sal akan rasa lebih lega kalau berada di bawah langit yang sama." Mamatok mengangguk kecil. Hati seorang ibu sememangnya sentiasa merisaukan anak-anaknya.  Lama Mamatok bermenung. "Mama," tegur Salina ingat mendapatkan jawapan.

"Baik, mama juga teringin melihat warisan Zheng He untuk Sara. Mungkin keadaan tidak akan berubah tetapi hati kita berdua akan lebih tenang," jawab Mamatok menepuk belakang Salina. 

"Baiklah, hari ini juga kita minta Along uruskan perjalanan kita."

Shu Wu JI yang banyak bermenung hari itu meninggalkan tanda tanya kepada seluruh anak kapal perang yang diketuainya. Ah Chan yang sedari tadi memerhatikan sahaja gelagat tuannya yang menghampiri Shu Wu Ji yang memandang laut lepas.

"Daren, apakah yang bermain di fikiran. Ah Chan melihat Daren begitu asyik memandang ke lautan," tegur Ah Chan. Shu Wu Ji mengangguk kecil.

"Hari ini laut paling tenang. Sudah lama tidak setenang begini. Ada dua sahaja kemungkinan, satu pertempuran yang hebat akan berlaku atau-"

"Atau?" tanya Ah Chan. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya berkali lalu mengeluh.

"Atau lanun-lanun itu sudah hampir hilang kekuatan." Ah Chan terdiam dengan kata-kata itu. Apa yang Shu Wu JI katakan ada kebenarannya. Hari ini memang tenang sekali, jarang sungguh di medan pertempuran begini, lautan sangat berdiam. "Hati aku agak keresahan sebenarnya, entah kenapa dalam banyak-banyak hari, hari ini aku begitu teringatkan Shu Furen. Ah Chan sudah berapa hari kita bertempur?"

"Sudah lebih sepurnama, Daren. Apa kata kita pulang sahaja selepas pasukan mengintip pulang membawa laporan?"cadang Ah Chan.  Shu Wu JI bersetuju dengan cadangan itu. 

Mamatok dan Salina tiba di Beijing dan pembantu Ma Shang Wu sudah pun berada di situ.

"Madam Salmah, Madam Salina welcome to Beijing," sapa wanita muda berambut pendek yang memegang kad nama mereka. 

"You know us?"tanya Salmah terkejut.

"Yes, Dr Ma ada meninggalkan beberapa pesanan. Saya Ailee. Mari ikut saya. Perjalanan ke rumah warisan adalah lebih kurang 40 minit jika jalan tidak sesak,"beritahu wanita muda itu tersenyum.

"Take your time. Kami tidak tergesa-gesa,"ucap mamatok.

"Kalau begitu kita pergi sekarang. Alan bawa bagasi tu."

"Shi,"balas lelaki tersebut dan membawa bagasi itu ke kenderaan yang menunggu di luar. Hati Salmah dan Salina begitu berdebar.

"Dr Ma dan Sara ada di residen?"tanya Mamatok. Ailee menoleh ke belakang.

"Makanan dan bilik sudah pun menanti Madam Salina dan Madam Salmah."

Salina dan Salmah berpandangan.

"Cik Ailee, kami cuba menghubungi Sara dari dulu tapi-"

"Madam Salina jangan khuatir. Cik Sara selamat. Sampai di rumah warisan nanti semua soalan di fikiran Madam Salina dan Madam Salmah akan terjawab."

Salina dan Salmah tersenyum namun hati mereka masih tidak senang.

"Apa yang sedang berlaku ni?"bisik Salina.

"Adakah Sara merentas masa sekali lagi?"tanya Mamatok perlahan. "Tapi-" mamatok mengeluarkan keluhan berat.

"Madam Salina, Madam Salmah, berehatlah. Nampak dari laporan  lalulintas jalan agak sesak kerana esok hujung minggu."

"Baiklah, hati-hati memandu,"balas mamatok sambil menepuk-nepuk tangan Salina supaya lebih bertenang.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now