37

121 22 0
                                    

"Xiaoyu,"panggil Wei Young kepada dayangnya.

"Ya Xiaojie,"sambut gadis itu yang sedang memindahkan pasu-pasu bunga.

"Daren tak sampai lagi?"tanya Wei Young.

"Err..."gadis itu tidak tahu hendak memberi jawapan kerana hari hampir petang dan kelibat Shu Wu ji dan rombongannya masih belum kelihatan.

"Mereka dijangka sampai sebelum makan malam,"tiba-tiba Zhen gugu menjawab dari tepi tangga. 'Datang dengan mayat perempuan penipu itu,'ejek Zhen gugu dalam hatinya. "Jangan risau,gugu sudah mengingatkan bahagian dapur dan persiapan bilik untuk bersedia,"sambung Zhen gugu lagi. Wei Young memberikan senyuman manis.

"Xie gugu. Wei Young tidak tahulah kalau Zhen gugu tiada di sisi,"kata Wei Young memuji penjaganya yang juga pengasuhnya.

"Xie shenme, gugu buat semua ini untuk Xiaojie seikhlasnya,"balas Zhen gugu gembira. 'Termasuklah menghapuskan orang yang merampas kebahagiaan kau Young er,'bisik hatinya.

Sara, Ma Shang Wu dan Andrew sampai ke Nanjing dalam jam 3 petang. Dan Sara pergi melihat semua perniagaan Zheng gonggong dengan ditemani oleh Ma Shang Wu. Dia berpuas hati kerana rata-rata perniagaan Zheng gonggong berjalan lancar dan kehadirannya diterima dengan baik oleh pengurus-pengurus kedai. Sara melihat kemajuan Nanjing dari waktu dia di sini dahulu. LI Yang Jian sudah tentu bahagia dengan anak-anak dari perkahwinannya dengan Yuan Yuan.

"Nanjing berkembang dengan pesat. Terasa tempat ini lebih padat dari masa pertama kali aku di sini,"kata Sara dalam dengar tak dengar. Ma Shang Wu tersenyum. Mereka bertiga berjalan kaki sambil menarik kuda masing-masing. Andrew yang seperti baru pertama kali melihat Nanjing tidak terkata apa-apa kerana semua yang berlaku kepada dirinya sekarang tidak tercapai akalnya.

"18 tahun berlalu Zheng Xiaojie, sudah tentu berlaku perubahan,"sambut Ma Shang Wu. Sara mengangguk. Rumah-rumah kedai lebih banyak Gerai-gerai semuanya rapat-rapat.  "Ini kawasan paling sibuk di sini. Kalau di hujung sana berhampiran pasar dagang tidaklah terlalu sesak begini,"sambung Ma Shang Wu menunjuk ke hadapan.

"Andy, kau sure ke kau nak jadi pondan ni?"tanya Sara menyimpan ketawa. Ma Shang Wu juga dengan susah payah menyimpan rasa hendak ketawa.

"Kau memang suka buat aku macam ni kan?"tanya Andy marah.

"Aku rasa lebih baik kau jadi perempuan sebab orang tak kacau sangat kalau kau adik aku,"balas Sara. Andy memberhentikan langkahnya dan memandang Sara.

"Aku ex husband kau bukan adik kau! Logik ke perempuan setinggi aku?"bentak Andrew. "Aku dan Dr Ma lebih kurang sama tinggi iaitu sekaki lebih dari kau!"

Sara memandang Andrew.

"Baik, aku cakap apa yang aku rasa. Kot kau masih berdegil. Ikut suka!"balas Sara perbualan mereka terganggu apabila mereka mendengar hingar-bingar di hadapan mereka. Ada satu tiang lampu kayu dilanggar oleh sebuah kereta tolak yang membawa beras. Tiang itu kelihatan mahu jatuh dan sekumpulan anak muda sedang berjalan dan berbual dengan asyiknya berhampiran.

"Hati-hati!"jerit Sara. Anak-anak muda itu memandang ke atas dan terus menyelamatkan diri masing-masing kecuali seorang yang terkejut melihat tiang itu sudah terpatah dan akan jatuh mengenai kepalanya. Tanpa berlengah Sara berlari sekuatnya dan menolak anak muda itu dari mengenai tiang berat yang terpatah dua. Sara dan lelaki muda itu bergulingan ke tepi kedai. "Aduh!"jerit Sara apabila tubuh mereka terlanggar sebuah gerai berhampiran.

"Xiaojie!"jerit Ma Shang Wu dan bersama Andrew mereka berlari mendapatkan Sara. Sara mengaduh kesakitan kerana anak muda itu menghempap tubuhnya.  "Xiaojie!" panggil Ma Shang Wu membantu Sara dan anak muda itu bangun. Sara mengibas pakaian yang berdebu. Tapak tangannya tercalar. "Xiaojie, tapak tangan-"

"Wo mei shi, ni fang xin (aku tak apa-apa, jangan bimbang), " sampuk Sara. Dia melihat anak muda itu yang masih lagi dalam keadaan keliru.

"Xiaojie, maafkan saya," ucap anak muda itu.

"Shu Sheng yi! Kau tak apa-apa?"tanya rakan yang berlari mendapatkannya.

"Shu Sheng yi?"tanya Sara. 'Tidak syak lagi, ini anak Wu JI,'bisik hati Sara. Wajah dan tubuh yang serupa. Sara menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka dia akan bertemu dengan anak Wu JI dan Woo Young begini.

"Er, xiaojie, maafkan saya kerana terlalu biadap. Saya terhutang nyawa dengan xiaojie. Saya Shu Sheng Yi dan ini rakan baik saya Si Ming," jawab Yi er sambil mengangkat hormat. Sara melihat dahi Yi er berdarah. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan terus mengesat darah yang mengalir. Yi er, memandang wajah gadis muda di hadapannya. Belum pernah dia melihat wajah yang bukan gadis cina. 

"Tekan di sini, untuk hentikan pendarahan," arah Sara. Yi er mengikut sahaja permintaan itu. 

"Tapi tapak tangan xiaojie juga cedera."

"Sikit sahaja tak ada apa-apa," jawab Sara.  

"Boleh saya tahu nama penyelamat saya?"

"Saya?" tanya Sara lagi. Yi er tersenyum. Sara mengerling kepada Ma Shang Wu. "Ni nai nai," jawab Sara. Ma Shang Wu mengetap bibirnya untuk menghalang ketawanya keluar. Ni nai nai bermakna nenek awak dalam bahasa Melayu.

"Ni nai nai?"tanya Shu Sheng Yi.  Sara mengangguk. Rakan Yi er berkerut dahi mendengarkan nama yang agak pelik itu.

"Panggil saya  Nai Nai," ucap Sara. Andrew tidak memberikan apa-apa reaksi yang berlebihan kerana dia tahu Sara sedang bergurau dengan lelaki muda itu.

"Xiaojie, gongzhi," panggil tuan punya kedai makan dan juga rumah tumpangan itu. "Saya betul-betul mahu meminta maaf kerana kejadian ini boleh menyebabkan kecederaan yang teruk."

"Laoban, mungkin boleh sediakan tempat untuk saya dan rakan-rakan berehat seketika. Saya ingin meletak ubat di tapak tangan," pinta Sara menunjukkan tapak tangannya yang cedera.

"Boleh, boleh, silakan masuk. Shu xiaoye, mari masuk. Saya akan sediakan sedikit minuman," jemput pemilik kedai tersebut. Yi er memandang rakannya. 

"Tak perlu lagipun rumah saya berdekatan. Nanti cari saya untuk bayaran bilik dan makanan," balas Yi er. Dia memandang gadis muda yang dari segi perawakan nampak begitu matang. Tidak menangis atau menjerit kesakitan seperti gadis muda yang lain. Dia meneliti Ma Shang Wu dan Andrew dan dia mengagak, gadis ini bukan gadis biasa. "Ni xiaojie," tegur Yi er. "Mungkin selepas ini saya boleh menjemput Ni xiaojie ke rumah saya."

"Boleh kalau awak memanggil saya Xiao Nai Nai," balas Sara selamba. Ma Shang Wu memandang Andrew kerana jika Sara terus-menerus mengusik Shu Sheng Yi di situ, dia akan ketawa besar.

"Ya, Xiao..Nai Nai,"ucap Shu Sheng Yi.

"Kalau saya masih di sini, saya tentu akan menerima undangan Shu gongzhi," kata Sara. 

"Saya pergi dulu," kata Yi er. Sara menundukkan kepalanya tanda hormat dan mengucapkan selamat jalan kepada Yi er. Dia mengajak Ma Shang Wu dan Andrew ke dalam. Dia melihat tapak tangannya yang bergaris-garis, dia meniup rasa sakit itu.

"Baru rasa sakit, tadi depan lelaki muda tu macam macho sangat," kata Andrew dalam dengar tak dengar. Sara menjeling tajam kepada Andrew.  'Jealous ke tu?'cemuh Sara dalam hatinya.

"Shuang er, bertenang. Di sini ramai orang," bisik Ma Shang Wu memintanya bertenang. 

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now