40

128 22 2
                                    

Sara, Ma Shang Wu, Andrew and Shu Wu JI menggunakan jalan belakang kota untuk masuk kembali ke dalam rombongan yang hanya Soo Mi, Soo Li dan Pipit yang tahu Sara tiada di situ. Dengan manusia yang ramai berjalan dan memenuhi ruang di atas jalan, mereka senang untuk masuk semula ke dalam kereta kuda yang disediakan. Soo Mi dan Soo LI tersenyum puas melihat tuan mereka selamat bersama kakak besar LIu Li. 

"Kamu semua tak apa-apa?"tanya Sara perlahan. Kedua kembar itu hanya menggelengkan kepalanya. 

"Cempaka," panggil Pipit yang datang menghampiri kereta kuda itu. Sara menyelak langsir dan tersenyum kepada Pipit.

"Pipit ok?"sapa Sara. Pipit mengangguk. Hatinya juga rawan mendengarkan laporan orang Shu Wu JI yang mengatakan Sara terlibat dengan kemalangan.

"Cempaka luka terukkah?"tanya Pipit.

"Aku ok, mari kita teruskan perjalanan,"jawab Sara. PIpit mengangguk dia memandang Shu Wu jI yang berada di hadapan. Dan Shu Wu JI mengerti pandangan itu. Andrew yang berada dalam kereta kuda belakang bersama Ma Shang Wu memberi kerjasama yang baik kepada mereka.   Ma Shang Wu merasa sedikit hairan Andrew agak mendengar arahan ketika itu. Dia dapat merasakan yang Sara mungkin berjaya memujuknya.

Rombongan tiba dan Woo Wei Young sudahpun berada di situ untuk menyambut. Zhen Gugu yang percaya rancangannya berjaya begitu tenang melihat rombongan itu perlahan-lahan menghampiri pintu gerbang. Yi er juga berada di situ untuk menyapa bapanya. 'Kenapa macam tiada apa-apa yang berlaku?' soal Zhen gugu dalam hatinya. Shu Wu JI turun dan terus mendapatkan Sara di kereta kuda utama. Sara keluar dari kereta itu dan itu mengejutkan Zhen gugu.

"Xiao Nai Nai?"panggil Yi er meluru kepada Sara.

"Xiao Nai Nai tu siapa?"tanya Wei Young yang turun mendapatkan Sara dan Shu Wu JI.  Wajah Yi er serba-salah kerana takkan gadis yang menyelamatkannya tadi ialah tuan kediaman ini dan juga bakal ibunya? Sara ketawa.

"Tersalah orang agaknya," balas Sara. "Wei Young, apa khabar?"tanya Sara bersahaja. Tiada perbezaan pangkat di situ. "Shu Xiaoye," tegur Sara menunduk hormat. "Maafkan saya, saya memang suka bergurau," sapa Sara mesra.

"Yi er, ini Zheng Shuang, Zheng Xiaojie," kata Shu Wu jI memperkenalkan. Yi er yang tidak tahu memberi reaksi apa-apa hanya mendiamkan diri. Dia hanya meneliti wajah penyelamatnya. Gadis yang boleh dikira tinggi itu ialah bakal ibu tirinya? Soalan itu berulang dalam fikirannya. Shu Wu JI langsung tidak berkenan dengan reaksi Shu Sheng Yi menegurnya. "Perkenalkan diri sekarang," tegur Shu Wu JI. 

"Shu Sheng YI.  Er, selamat datang er bukan selamat kembali Zheng Xiaojie," sapa Yi er.

"Panggil sahaja Shuang er," balas Sara.

"Shuang er!" tegah Shu Wu Ji.

"Shu Daren, lihatlah Shu xiaoye hanya beberapa tahun muda sahaja dari Shuang er. Lagipun Shuang er merasa bersalah kerana tidak memberitahu identiti Shuang er tadi. Shu Xiaoye, maafkan saya," kata Sara melihat Shu Sheng Yi. Saling tidak tumpah akan Wu JI ketika mereka bertemu di kapal di pengembaraannya yang pertama dulu. "Saya penat,"ujar Sara.

"Mari mari silakan xiaojie,"tegur Woo Wei Young mengalu-alukan kedatangan Sara di situ.

"Mari aku tunjukkan bilik kau,"kata Shu Wu Ji. Sara hanya menganggukkan kepalanya. Dia melihat Zhen gugu yang tidak terkata-kata melihat dirinya di situ. 'Siap kau, aku nak tengok setakat mana kekejaman kau ni,'bisik hati Sara sambil berlalu ke dalam.

Yi er yang masih berdiri di situ masih tidak percaya yang orang yang menyelamatkan dirinya ialah bakal ibu tirinya.

"Xiaoye,"panggil khadamnya. Shu Sheng Yi masih lagi terpana dengan kenyataan itu. Dia termenung sendirian. "Xiaoye,"tegur khadam itu lagi.

"Jing Ji, betulkah penglihatan aku yang tuan punya kediaman ini sangat muda?"tanya Yi er melihat pembantunya yang sudah bersamanya dari kecil. Jing Ji mengangguk.

"Kenapa xiaoye?"

"Tak ada apa-apa,"jawab Yi er.

"Yi er kenapa masih berdiri di situ. Ayoh bersiap kita makan malam bersama Zheng xiaojie sebentar lagi,"gesa ibunya. Mereka berjalan perlaha -lahan dan Sara merasa seperti pertama kali dia sampai di situ di masa jiaofunya masih hidup. Perasaan sebak menyelinap ke sanubarinya. Pipit yang berada tidak jauh dari situ dapat melihat perubahan emosi Sara. Pipit dapat meneka yang Sara yang juga Cempaka Sari sedang mengawal perasaannya sendiri.

Sara menghentikan langkahnya. Itu mengejutkan Shu Wu Ji.

"Kenapa berhenti laopo?"tanya Shu Wu Ji seperti berbisik. Andy merasa sedikit tidak senang dengan panggilan itu. Sara memandang Shu Wu Ji dan beberapa orang di belakangnya. Semua memandangnya kehairanan.

"Wuji setiap inci kediaman ini masih serupa bukan?"tanya Sara lembut. Shu Wu Ji mengangguk. "Na...aku berhak untuk menjejakkan kaki di mana saja di sini bukan?"tanya Sara lagi. Daripada pandangan mata Shu Wu Ji, Sara sedang mengenang sesuatu. "Izinkan aku,Pipit dan Andy menemani aku melawat seisi kediaman,"pinta Sara. Shu Wu Ji mengerutkan dahinya kerana tiada namanya disebut. Ah Chan yang berada di sebelah Shu Wu Ji bersuara.

"Shu Daren, tadi ada nota dari Menteri Pertahanan Laut. Ah Chan letak di bilik bacaan kedua,"beritahu Ah Chan. Shu Wu Ji menggangguk.

"Kalau begitu kau ambillah masa kau melawat kawasan ini,"kata Shu Wu Ji. Sara memberikan senyuman manis. "Tapi hati-hati kita ada manusia kejam di sini,"kata Wu Ji mengingatkan.

"Pipit ada ni Daren,"sampuk Pipit mengangkat hormat.

"Aku yakin dengan kau Pipit,"balas Wu Ji. Dia memandang Sara semula dan memandang rombongan di belakangnya termasuk Yi er dan ibunya dan Zhen Gugu. Kalau hendak diikutkan mahu sahaja dia memancung kepala Zhen gugu. Sara yang perasan dengan tenungan tajam Shu Wu Ji kepada Zhen gugu menyentuh wajah Wu Ji dan mengembalikan pandangan lelaki itu kepadanya.

"Belum masanya,"kata Sara. Shu Wu Ji mengangguk.

"Baiklah, semua boleh beredar. Biarkan Zheng xiaojie bersiar-siar sendiri."

"Mana mungkin!Dia tetamu sahaja,"tiba-tiba Zhen Gugu mengeluarkan bantahan. Shu Wu Ji terasa darahnya menyirap.

"Dan Zhen gugu hanya di sini sebagai dayang!"tempik Shu Wu Ji mengejutkan semua di situ. "Wei Young tolong ajar pembantu kau ni. Kurang ajar!" Woo Wei Young mengeluarkan keluhan perlahan. Dia menjeling Zhen gugu. "Dengar sini semua. Zheng Shuang xiaojie bukan tetamu. Dia ialah waris dan pemilik sebenar kediaman ini dan seluruh perniagaan Zheng. Gaji kamu semua adalah darinya termasuk gaji kau gugu!"

"Ya, Daren!" Sambut semua dan terus menunduk hormat.  "Selamat pulang Zheng Shuang Xiaojie,"kata mereka beramai-ramai. Sara tersenyum kelat. shu Wu Ji naik angin lagi sekali.

"Qing lai,"ucap Sara menyuruh mereka semua menegakkan badan semula. Yi er yang berada di situ terkejut kerana ternyata Zheng Shuang seorang wanita muda yang mempunyai kuasa yang sangat besar. "Soo Mi, Soo Li dan Ma Shang Wu kamu tolong saya kemaskan kediaman kita,"arah Sara.

"Baik Xiaojie,"jawab mereka serentak.

"Wei Young, berehatlah. Kita jumpa makan malam,"tegur Sara. Woo Wei Young mengangguk perlahan. "Yi er kita jumpa nanti." Yi er hanya memandang dan tersenyum. "Bersurai sekarang,"arah Sara. 'Baru sampai menunjuk kuasa,'kutuk Zhen Gugu dalam hatinya.



Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now