24

148 22 0
                                    

Andrew sampai ke Beijing dan seperti yang dirancang dia diambil oleh wakil hotel yang telah ditempah oleh Wilson. Dia sampai ke biliknya sudah jam 1 pagi. Dia langsung tidak mengantuk. Sepanjang malam dia mendial nombor Ma shang Wu. Dia hanya memerhatikan malam yang dihiasi oleh lampu neon menjadi cerah siang. Dia cepat-cepat mandi dan bersiap. Jika Ma shang Wu tidak mahu menjawab panggilannya dia sendiri akan ke alamat yang tertera.

Andrew walaupun tidak tidur semalaman dia bertekad untuk memandu ke alamat yang berada di tangannya. Hampir sejam dia memandu dari ibukota Beijing ke kawasan perumahan yang agak ekslusif. Dia memerhatikan sekelilingnya. Pokok-pokok meranti berselang-seli dengan pohon-pohon ginkgo menyejukkan mata yang memandang. Dia menghela nafasnya dan mencari alamat di tangannnya. Jauh dia masuk ke dalam dan di tiba di hujung jalan. Pagar yang sangat tinggi dan cantik berwarna hijau dan merah gelap. Dia melihat nama rumah itu. Villa Warisan Zheng. Kawasan yang terbesar antara banyak-banyak rumah agam di situ. Dia memberhentikan keretanya di situ dan mengenakan kacamata hitamnya. Pagi yang ternyata indah di situ. Sesiapa sahaja yang memiliki harta di situ, bukanlah yang biasa-biasa, bisik hati Andrew. Dia menekan loceng dan seorang pengawal keluar dari situ.

"Zao an, saya ingin bertemu dengan Ma Shang Wu,"beritahu Andrew. Pengawal itu hanya meneliti Andrew di luar pagar. Dia menekan walkie talkienya. 

"Maafkan saya tuan. Dr Ma tiada di sini tetapi setiausahanya berpesan sekiranya tuan ada pesanan bolehlah berikan kepada saya," beritahu pengawal tersebut. Andrew terdiam. 

"Bila Dr Ma Shang Wu akan pulang? Saya boleh menunggu,"ucap Andrew. Pengawal itu memberitahu seseorang dari walkie talkienya.

"Maafkan saya tuan, Dr Ma tidak tahu bila dia akan berada di sini kerana beliau berada di luar kawasan menghadiri konvensyen," beritahu pengawal itu lagi. Andrew menghela nafas panjang. 'Nampaknya tujuannya terhalang.'bisik hatinya.

"Tolong beri Dr Ma ini," kata Andrew, surat Ma Shang Wu kepada Sara. "Katakan padanya saya suaminya," ujar  Andrew lagi. "Saya akan menanti di dalam kereta itu, untuk Dr Ma. Saya sedang mencari isteri saya. Saya benar-benar mengharapkan bantuan Dr Ma." kata Andrew kepada pengawal itu. "Dan ini kad saya. Saya boleh dihubungi di nombor telefon yang tercatat di situ," tambah Andrew lagi. Dia berpusing dan berjalan ke keretanya. 'Aku akan terus mencarimu Sara. Ke mana pun,"janji hatinya. Walaupun sehingga kini ingatannya belum jelas siapa Sara itu sebenarnya dalam hidupnya. Hatinya mahu bertemu dengan wanita itu. Itu sahaja yang dia tahu. Dari pagi ke tengahari, dari tengahari ke malam, Andrew masih di situ menanti. Dia hanya membekalkan dirinya sebotol air untuk menelan ubat. Dia menyandarkan kepalanya dan dia tertidur.

Ma Shang Wu bangun pagi itu dan dia terkejut dia berada di Villa moden bukan bersama Sara lagi. Dia menghela nafasnya dan bangun membuka tingkap. Terdengar ketukan di biliknya.

"Shei?"tanya Ma Shang Wu yang masih keliru bagaimana dia boleh kembali ke sini tanpa Sara.

"Sophia, laoshi,"jawab Sophia Wu setiausahanya.

"Masuk," balas Ma Shang Wu. Sophia masuk dengan setalam minuman dan juga kertas serta kad Andrew. "Bagaimana kau tahu aku di sini?"

"Semalam pintu ini terbuka dan saya melihat laoshi sedang tidur di katil."

"Berapa lama aku hilang?"tanya Ma Shang Wu mengambil teh panas dan meneguknya.

"Tak lagi dalam seminggu begitu," jawab Sophia.

 "Zheng Xiaojie?"

"Zheng Xiaojie? Oh, Zheng Xiaojie kali terakhir kami nampak di sini minggu lepas." Jawapan Sophia membuatkan dia pasti yang masa di sini dan masa di zaman Ming adalah selari. 

"Ini apa?"tanya Ma Shang Wu sambil membuka surat itu. Keningnya berkerut ini suratnya kepada Sara. Dia melihat ada sekeping kad perniagaan di tepi surat itu.

"Who is this Dr Andrew Tan?"tanya Ma Shang Wu.

"Dia mengatakan yang dia ialah suami Sara,"jawab Sophia. Ma Shang Wu terpempan. 'Kenapa bekas suami Sara di sini?'tanya dirinya.

"Di mana dia sekarang?"

"Depan Villa," jawab Sophia.

"Lama dia menunggu di situ?"tanya Ma Shang Wu. Sophia mengangguk.

"Sudah 3 hari 3 malam," balas Sophia. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. 

"Bawa dia masuk ke villa sekarang. Almost lunch time pun. Jemput dia masuk sekarang,"suruh Ma Shang Wu. "Aku juga akan bersiap. Beritahu dapur semua makanan mesti halal," pesan Ma Shang Wu tanpa berlengah pergi ke bilik air. Sophia membawa keluar dulang tetapi meninggalkan surat dan kad perniagaan itu di atas meja. 

Andrew sedang membaca di laptop apabila pengawal mengetuk cermin kereta.

"Tuan, Dr Ma menjemput tuan masuk. Tuan masuk dengan kereta ya," beritahu pengawal itu sopan. Dia sendiri merasa pelik lelaki di hadapannya tidak kemana-mana selama 3 hari 3 malam. Andrew menarik nafas lega kerana dia tidak perlu menunggu lebih lama. Pintu pagar villa yang besar itu terbuka membenarkan kenderaannya masuk. Dia meletakkan keretanya di tempat letak kereta tetamu. Dia begitu terpegun, kerana dari luar nampak begitu moden tetapi di dalam begitu tradisional. Seperti berada dalam set drama purba Cina. Dia keluar dan melihat saujana mata memandang rumah-rumah yang terbina begitu artistik,

"Dr Tan, Sophia Wu. Kita pernah bercakap di telefon," sapa Sophia Wu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Sophia Wu melihat Andrew dan memuji  lelaki di hadapannya sama tampannya dengan tuannya.

"Hi, saya Andrew," balas Andrew.

"Sila ikut saya. Dr Ma menjemput makan tengahari," beritahu Sophia Wu. Mereka menyusuri jalan2 yang berturap dengan bata-bata berliku, taman-taman indah seperti kolam teratai dan bunga-bunga mawar yang memanjat di pagar-pagar batu.  Sampai sahaja di rumah utama, Andrew masuk ke ruang tamu. Ma Shang Wu sudah pun menantinya di situ. Dia bangun dan berjabat dengan Andrew. Tetapi seperti elektrik dirasakan apabila Andrew dan dia berjabat. Ma Shang Wu cepat-cepat menarik tangannya. 'Perentas masa!'jeritnya dalam hati. Seperti juga Sara. Semua penjaga atau guardian akan dapat mengesan keupayaan seseorang untuk merentas masa. Dia terdiam memandang Andrew.

"Maafkan saya menyusahkan tetapi saya perlu bertemu dengan isteri saya," ucap Andrew.

"Bekas isteri is what you mean," balas Ma Shang Wu seperti mengusik. Andrew terpempan. "Apakata kita makan dulu Dr Tan. I'm sure you are hungry menunggu begitu lama untuk berjumpa."

"Terima kasih, tapi-"

"Makanlah dulu. Kita masih banyak masa. Kalau Dr tan tidak keberatan, bermalamlah di sini. Bukan selalu saya menerima tetamu," pelawa Ma Shang Wu. Andrew mengangguk tanda dia bersetuju. "Nak makan dulu, or you want to freshen up?"

"I would like to have a shower first if you don't mind," jawab Andrew.

"The honor is mine," balas Ma Shang Wu. 'This is gonna be interesting,'desis Ma Shang Wu. "Sophie please bring Dr Tan to the guest's dwelling."

Sophie memandang Ma Shang Wu.

"Zheng Shuang," beritahu Ma Shang Wu. Andrew memandang Sophia.

"Nama itu begitu familiar," sebut Andrew. Ma Shang Wu menyimpan ketawanya. 

"Pergilah sekarang Dr Tan. Nanti lauk sejuk tak sedap," kata Ma Shang Wu mempersilakan Andrew ke bilik tamu. Andrew menurut sahaja Sophie ke bilik tamu yang diperkatakan.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now