83

106 14 2
                                    

Shu Wu JI bangun dari katilnya dan pergi ke tingkap kapal. Pertempuran yang agak hebat tempoh hari menyebabkan dia tercedera di lengan. Tetapi surat yang dititipkan melalui taiyi mengubat hatinya. Betapa dia mahukan peperangan dengan lanun itu diselesaikan segera kerana apa yang dia mahu ialah menjalani hidup bersama Sara.

"Daren," tegur Ah Chan membawa makanan tengahari.

"Ah Chan kau tidak perlu membawa makanan kepadaku, aku boleh makan bersama-sama tentera kita."

"Ah Chan tahu, tapi taiyi menyarankan Daren supaya berehat sebanyak mungkin. Ini ada nota perisik kita," kata Ah Chan memberikan surat itu kepada Shu Wu JI. Shu Wu JI membuka nota itu perlahan-lahan. Dia menghelakan nafas panjang. "Kenapa Daren?"tanya Ah Chan melihat Shu Wu JI mengeluh begitu.

"Ada maklumat yang mengatakan ada agenda hendak membunuhku,"beritahu Shu Wu JI sambil duduk dan meneguk teh di hadapannya.

"Ha?Siapa?"tanya Ah Chan ingin tahu.

"Bukankah kita memerangi lanun. Sudah tentu lanun-lanun itu mahu membunuh aku," jawab Shu Wu JI ketawa. Di fikirannya bersarang betapa beraninya tindakan Li yang Jian yang sanggup membantu musuh Maharaja hanya kerana Zheng Shuang. "Sudahlah, mari makan bersama aku,hmm?" ajak Shu Wu JI.

"Siapakah yang memberi maklumat itu?"tanya Ah Chan sambil menjamah makanan. Shu Wu JI hanya mendiamkan dirinya.

"Seseorang selain kau yang aku amat mempercayai," jawab Shu Wu JI tersenyum. "Sudahlah mari kita makan."

Kepala Sara ligat mencari jalan menangani pegawai kepercayaan diraja ini.

"Shuang er,"panggil Li Yang Jian lembut ketika mereka sampai di taman yang penuh dengan bunga peonies. Hari yang gelap diterangi oleh cahaya bulan. Sara berpaling kepada Li Yang Jian. "Aku benar-benar mahukan kau me jadi isteriku." Sara memerhatikan sekelilingnya. Tiada orang. Mungkin mereka semua berjudi di salah sebuah bilik di situ.

Sara ketawa besar.

"Kenapa kau ketawa?"

"Hou ye, Shuang er bukan jenis perempuan yang suka berkahwin dengan lelaki yang punya banyak gundik. Shuang er tidak bercadang hendak menjadi "adik" Yuan Yuan."

"Kalau itu syaratnya aku ceraikan dia."

"Apa yang ada pada Shuang er yang boleh membuat Hou Ye boleh menceraikan Yuan Yuan?"

"Ya, Yuan Yuan adalah wanita yang aku cintai tetapi apabila isteri rasmi aku pada ketika itu Mo Li Hua balik dari pergunungan hati aku berubah."

Sara menyembunyikan ekspresi wajahnya dengan baik.

"Apa kaitan Mo Li Hua dengan Shuang Er?"

"Li Hua, maafkan aku kerana aku tidak melayan kau dengan baik."

Sara tergamam. Adakah dia begitu cuai hingga Li Yang Jian boleh menghidu kehadirannya di zaman ini.

"Hou ye. Li Hua? Kenapa ucapkan maaf kepada aku? Aku bukan Li Hua."

"Mo Li Hua...aku tahu Zheng Shuang adalah Mo Li Hua. Kasih sayang Zheng gonggong hanya kepada anaknya Zheng Shuang dan kau ialah Mo Li Hua. Mo Li Hua adalah Zheng Shuang dan sekarang kau ialah pengganti Mo Li Hua."

"Hou ye, Shuang er, tidak mengerti langsung apa maksud Hou Ye. Shuang er ialah Shu Furen. Dan dia sahaja suami Shuang er."

Li Yang Jian merangkul Sara dengan pantas.

"Lepaskan!"

"Tidak. Kau Mo Li Hua atau Shuang Er aku hanya mahukan dirimu."

Sara memijak kaki Li Yang Jian dengan kuat dan dengan terpaksa dia melepaskan Sara.

"Li Hou Ye, untuk seseorang bangsawan kelakuan kau menjijikkan,"tegas Sara.

"Aku menjijikkan? Kalau Shu Wu Ji berkelakuan begini sudah tentu lain pendapat kau."

"Shu Wu Ji dan kau terlalu berbeza."

"Berbeza?"balas Li Yang Jian sinis. "Kau tidak perlukan Shu Wu Ji. pangkat dia lebih rendah dari aku dan dari segi harta, aku lebih kaya."

Sara terketawa.

"Kenapa kau ketawa?!"tanya Li Yang Jian.

"Kau lupa, harta keluarga kau dicampur dengan harta nenek-moyang kau masih sedikit jika dibandingkan dengan harta aku."

"Shuang er!"

"Ei takyah jerit-jerit. Sakit telinga memang betul pun. Jika aku mahukan pangkat aku tidak akan berkahwin dengan Shu wu Ji...lebih baik aku menawarkan diri untuk menjadi gundik maharaja. Li Yang Jian, baliklah ke tempat asalmu. Aku menolak kau sekarang dan selamanya."

"Shu Furen, jangan terlalu sombong kerana tak lama lagi kau akan menjadi seorang balu,"keji Li Yang Jian. Sara terpempan. Sekarang dia dapat menghidu niat Li Yang Jian.

"Li Hou ye, jangan terlalu sombong kerana jika kau menyentuh Shu Wu Ji, bukan kau sahaja yang hanya ada nama di dunia ini, aku akan pastikan kesemua keturunanmu."

"Shuang er, kau akan aku miliki kau suka atau tidak."

"Li Yang Jian, kau jangan menyesal nanti,"kata Sara memandang Li Yang Jian tajam.

"Kau tunggu saja!"

"Uihh...takutnya,"ejek Sara. Dia menjeling dan berjalan meninggalkan Li Yang Jian. Li Yang Jian menahannya dan Sara menumbuk perut Li Yang Jian sekuat hatinya. Dia menarik tubuh Li Yang Jian dan menumbuk wajahnya pula. Sara melompat dan menendang Li Yang Jian dan dia terpelanting ke bangku lalu jatuh ke tanah. Li Yang Jian terpengsan di situ.

"Gongzi!"panggil Pipit yang nampak Sara sedang bergelut dengan Li Yang Jian.

"Pipit, kau pergi tengok Li Yang Jian,"arah Sara membetulkan pakaiannya. Sara memerhatikan sekelilingnya. Dia mengeluarkan nafas lega kerana tiada saksi kecuali Pipit.

"Dia masih hidup. Belakang kepalanya berdarah,"beritahu Pipit.

"Kau bawa dia jumpa taiyi, beritahu Zhu Wu. Katakan sahaja kau nampak dia jatuh sendirian,"arah Sara.

"Baik, Pipit pergi dulu." Dia mengendong Li Yang Jian di bahunya dan terus pergi mencari tabib. Sara menghela nafas panjang. Tiba-tiba dia teringatkan Xiao Lian. Dengan pantas dia berlari ke biliknya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now