35

132 24 3
                                    

Ma Shang Wu muncul setelah berehat seberapa lama. Dia terus berjumpa dengan Sara di biliknya.

"Xiaojie, Ah Wu lai le," sapa Ma Shang Wu.

"Kau tutup pintu itu. Aku ada sesuatu hendak dibincangkan,"perintah Sara sambil duduk di meja besarnya. Setelah menutup pintu, Ma Shang Wu cepat berjalan ke tempat Sara. Sara mengisyaratkan supaya dia mengambil tempat di kerusi di hadapan Sara.

"Ah Wu tahu apa yang Xiaojie cuba sampaikan," ucap Ma Shang Wu. Sara terkejut. Dia tersenyum.

"Oh ya?"

"Tuan Pipit meminta pertolongan Ah Wu tadi," jawab Ma Shang Wu.

"Dr Ma, adakah Dr Tan berkeupayaan untuk perjalanan yang sederhana jauh ini?'tanya Sara. Ma Shang Wu mengangguk.

"Dr Tan mestilah sentiasa memberitahu kita yang dia ingin berehat. Saya takut perjalanan yang jauh itu akan membuat diri dia stress." Sara menggeliat membetulkan urat belakang.

"Kau tahu siapa yang mengupah penjahat-penjahat itu?"tanya Sara.

"Tak susah untuk mencari punca," jawab Ma Shang Wu.

"Siapa yang begitu sakit hati dengan aku ni Ah Wu? Sedangkan aku di sini baru beberapa minggu,"tanya Sara sambil menguap.

"Xiaojie kelihatan memerlukan rehat," tegur Ma Shang Wu.

"Badan aku penat tetapi I can't shut off my brain," terang Sara. Ma Shang Wu berdiri. "Ei nak ke mana tu? Aku tak habis bercakap lagi ni," kata Sara.

"I will make a herbal drink for you to sleep a bit better tonight," jawab Ma Shang Wu. Sara ketawa. "Kenapa Xiaojie ketawa?"tanyanya lagi.

"Tak payah nak susah-susah aku dah makan sebiji ubat tidur," balas Sara. 

"Makan bila perlu sahaja Shuang er," kata Ma Shang Wu mengingatkan.

"Tahulah. So siapakah pendengki itu?"

"Zhen gugu," jawab Ma Shang Wu.

"How certain are you?"

"Pembunuh upahan Bayang hitam adalah orang suruhan gundik diraja."

"So what's your plan tomorrow?'tanya Sara.

"Perlukah saya memberitahu Daren?"

"Lagi sikit yang mengetahui rancangan ini lebih baik," balas Sara. Ma Shang Wu terdiam sebentar.

"Yang kau lambat sangat ni kenapa? Aku mengantuk ni," kata Sara masih menguap.

"Shuang er dan Dr Tan bersama Ah Wu akan bertolak lebih awal dari jadual. Soo MI dan Soo LI akan mengiringi kereta yang disediakan untuk Shuang er."

"Tak mengamuk Shu Daren kalau dia tahu kita membuat rancangan tanpa memberitahunya?"

"Lebih sikit yang tahu peluang untuk sampai ke ibukota lebih selamat," jelas Ma Shang Wu. 

"Ok, let's do that. Sekarang ni kau beri pesanan kepada Pipit untuk bersedia mengikut kita."

"Tapi-"

"PIpit itu sudah menjadi seperti adikku. Jangan khuatir," kata Sara menyakinkan.

"I don't think it is a good idea," kata Ma Shang Wu.

"Kenapa?"

"Shu Daren akan mengesyaki dan pihak musuh juga akan merasakan ada sesuatu yang tak kena."

"Apa kau cakap ni Ma Shang Wu?'

"Zheng xiaojie, untuk mengelirukan musuh, Shu Daren juga mesti mempercayai yang Xiaojie ada mengikuti rombongan ini," jawab Ma Shang Wu. Sara memberikan jelingan kepada Ma Shang Wu. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Ma Shang Wu ada kebenarannya.

"Na, upah seseorang yang dari jauh menyerupai aku," saran Sara. Ma Shang Wu tertawa kecil. "Kenapa kau ketawa?" tanya Sara. Ma Shang Wu tersenyum.

"Zheng xiaojie, buat masa sekarang tiada yang dapat menyerupai Zheng xiaojie," jawab Ma Shang Wu. Sara membalingkan sebuah buku ke arah Ma Shang Wu tetapi disambut oleh lelaki muda itu.

"Kau mengeji aku?"

"Bukan Shuang er, just look at you. Orang Melayu. Selain Shuang er dan Tuan Pipit, tiada lagi orang Melayu di sini," terang Ma Shang Wu.

"Kau nak kata aku berkulit gelap bukan?"

"Bukan Shuang er, maafkan Ah Wu."

"Aku mengusik aje," kata Sara tertawa sambil menguap.

"Shuang er, apa kata masuk tidur dahulu dan Ah Wu akan memberitahu Soo Mi dan Soo LI. Ah Wu akan datang mengambil Shuang er sebelum ayam berkokok dan Ah Wu akan memberitahu Dr Tan supaya bersedia untuk berangkat bersama."

"Ok," kata Sara berdiri dan terus ke katilnya. Tanpa menunggu sesaat dia terus menyembam wajahnya ke tilam dan tertidur di situ. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya dan tersenyum. 'Unik sungguh Zheng Shuang ini. Seorang yang langsung tidak pedulikan anggapan orang lain. Mungkin inilah kualiti yang Zheng gonggong begitu menyayangi sehingga beratus tahun,'bisik Ma Shang Wu lagi. Dia pergi ke katil dan membetulkan kedudukan Sara yang tertiarap. Dia menyelimutkan Sara dengan selimut.

"Kau buat apa ni?"tegur Shu Wu JI dengan nada yang keras. Itu mengejutkan Ma Shang Wu sebentar. Ma Shang Wu mengangkat hormat.

"Ah Wu menyelimutkan Zheng Xiaojie, Daren," jawab Ma Shang Wu. Shu Wu Ji menjengah Sara yang sudah pun terlena.

 "Barang-barang sudah dikemaskan?"

"Semua sudah dibawa ke kereta kuda Daren," balas Ma Shang Wu.

"Kau aku beri peringatan terakhir. Kalau tak kerana kau ada kunci rentasan masa Zheng Shuang sudah lama aku menghantar kau ke sempadan."

"Ya, Daren," jawab Ma Shang Wu masih menundukkan kepalanya. Hatinya berkata bahawa kehadirannya tidak begitu disenangi oleh Shu Wu JI.

"Pastikan kau dan dia tidak terlalu rapat. Aku kenal Shuang er. Dia menganggap semua sebagai kawan. Walau kau datang dari masa yang sama. Dia masih tuan kamu."

"Xiaoren faham Daren. Apa yang Daren katakan benar belaka. Xiaoren akan lebih berhati-hati lain kali." 

Shu Wu Ji menghela nafasnya. Dia tahu dia kedengaran sedikit keras tetapi kali ini, dia tidak mahu kehilangan Sara kepada sesiapa pun. Selagi Sara bukan bergelar Shu Furen hatinya takkan senang.

"Kau tunggu di luar," arah Shu Wu JI.

"Baik, Daren," jawab Ma Shang Wu terus beredar dari situ. Shu Wu Ji pergi ke katil Sara dan melihat Sara terlena. Dia menurunkan kelambu dan meninggalkan Sara. Sara yang berpaling ke dinding membuka matanya. Dia menarik nafas panjang. Perangai Shu Wu JI inilah yang paling mencabar kesabarannya. Terlalu cemburu. Dia memejamkan matanya kembali dan kembali terlena. Dia perlukan tidur yang cukup untuk perjalanan awal pagi keesokan harinya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now