36

137 24 1
                                    

Soo Li dan Soo Mi sudah pun bersiap dan berada dalam bilik Sara pada pagi itu.

"xiaojie, masa untuk berangkat," kejut Soo LI. Sara membuka matanya dan menggeliat. Ubat tidur itu benar-benar memberikan dia faedah pagi itu. Tubuhnya terasa segar dan bersedia untuk menghadapi hari yang panjang.

"Baik," jawab Sara dia terus bangun dan ke bilik air. Selesai solat subuh dia bersedia untuk bertolak bersama Ma Shang Wu dan Andrew. Andrew datang ke bilik segak berpakaian lelaki.

"Kau ni apasal?"bisik Sara.  Soo LI dan Soo Mi berpandangan.

"Da jie kelihatan sungguh gagah seperti seorang lelaki," tegur Soo LI.

"Gadis istimewa memang macam ni. Berpakaian lelaki pun lawa berpakaian wanita lagi lawa," sambut Andrew cuba bergurau. Sara membuat muka sambil berpandangan dengan Soo LI dan Soo Mi. "Kau juga akan berpakaian begini bukan?"tanya Andrew jengkel. 

"Tak, aku akan berpakaian seperti seorang perempuan hari ni sebab aku tak nak serabut kepala. Dah, mari kita pergi sekarang. Ma Shang Wu sedang menanti di kandang kuda. Soo LI Soo Mi ingat rahsiakan ini. Sebentar lagi ada gadis yang akan menyamar menjadi aku," terang Sara.

"Ya Xiaojie. Berhati-hati di perjalanan," ucap dua gadis kembar itu."

"Terima kasih," ucap Sara. Dia dan Sara menyelinap ke kandang kuda. Pagi masih gelap dan dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang rancangan ini. Ma Shang Wu sudahpun menunggu mereka berdua di situ. Mereka keluar ikut pintu arah selatan yang jarang digunakan. Mereka menunggang kuda masing-masing dengan kelajuan penuh. setelah 2 jam menunggang, mereka berehat di tepi sungai.

"Lagi berapa lama hendak sampai di sana Ah Wu?"tanya Sara sambil mengeluarkan bekal dari pelananya. 

"Kurang lebih 4 jam,"jawab Ma Shang Wu membantu Sara dengan bekalnya.

"Kalau di zaman kita perjalanan ini lebih kurang 2 jam tak lebih," keluh Sara. Ma Shang Wu tersenyum. Mereka duduk di sisi Andrew yang sedang melelapkan matanya bersandar di batang pokok. "Andy kau tak apa-apa?"tanya Sara yang kerisauan melihat Andrew yang berpijar pagi tadi sudah banyak mendiamkan diri. Andrew membuka matanya dan mengurut dahinya. "Nah, pau ayam. Makanlah," hulur Sara kepadanya. Tanpa mengambilnya dia menggigit pau itu ketika dipegang oleh Sara. Sara menggelengkan kepalanya dan memandang Ma Shang Wu yang tersenyum.

"Suapkan aku tak nak tangan aku kotor," komen Andrew. Sara menjeling ke atas. Andrew dahulu tidak pernah berperangai seperti budak kecil begini. Baru sahaja Andrew mengangakan mulutnya untuk suapan yang kedua Sara menolak kesemua pau itu ke dalam mulut Andrew. Tersedak Andrew dengan baki pau yang disumbat ke mulutnya oleh Sara. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. 

"Banyak songel tau,!" komen Sara lalu mengambil sebiji pau lagi memberikannya kepada Ma Shang Wu. "Yang kau tersenyum-senyum tu kenapa? Nak aku sumbat pau ni dalam mulut kau,hah?"tanya Sara spontan. Ma Shang Wu menghilangkan senyumannya. Sara menghulurkan pau itu kepada Ma Shang Wu dan dia mengambilnya. 'Garang sungguh,'tegur Ma Shang Wu dalam hatinya. Sara mengambil tempat duduk di atas satu batu yang bersih.Dia menghelakan nafasnya. Dia berasa sangat gemuruh. Kehidupan di zaman ini memerlukan keberanian kerana sesiapa sahaja boleh kehilangan nyawa tak semena-mena. Dia juga berasa kesal kerana Zhen gugu bertindak sejauh ini. Andrew hendak pergi ke tempat Sara tetapi ditahan oleh Ma Shang Wu.

"Kau ni kenapa?"tanya Andrew apabila melihat Ma Shang Wu menahannya daripada mendekati Sara.

"Zheng xiaojie sedang menenangkan dirinya. Dr Tan, please leave her alone for a moment," pinta Ma Shang Wu. Andrew membatalkan hasratnya apabila Sara seperti bertafakur seorang diri.

"Shuang er...." Sara mendengar sayup-sayup ada yang memanggil namanya. Dia membuka matanya dan mencari dari mana suara itu datang. Ma Shang Wu dan Andrew sedang berehat di bawah pokok.  "Jiaofu?"tanya Sara kepada dirinya sendiri. "Kenapa aku teringatkan jiaofu ni?"soalnya lagi.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now