81

121 19 1
                                    

Shu Wu Ji yang sedang dibalut luka di lengan oleh taiyi hanya mendiamkan dirinya.

"Daren, ada baiknya Daren merehatkan tangan kiri ini kerana lagi cepat ia akan sembuh,"nasihat taiyi.

"Terima kasih,taiyi. Bagaimana dengan orang-orang aku yang tercedera?"

"Daren jangan bimbang. Semua telah dirawat dan mana yang cedera parah akan ditempatkan di rumah sakit."

Shu Wu Ji memandang Ah Chan.

"Berapa ramai yang memerlukan rawatan?"tanya Shu Wu Ji.

"Tak ramai, dalam 800 orang."

"800 orang? Cukup bekalan ubat? Di masa lampau angka ini sudah boleh bahagian perubatan hingar-bingar kau kata tak ramai?"tegur Shu Wu Ji. Ah Chan tersenyum. Taiyi bangun dan mengangkat hormat.

"Kali ini Dewan Perniagaan Zheng terutama Dewan Perubatan Zheng membantu dengan jururawat dan juga ubat-ubatan."

Shu Wu Ji menarik nafas panjang. Ah Chan tersenyum.

"Daren, Ah Chan hantar taiyi keluar dulu,"kata Ah Chan. Seberapa ketika Ah Chan masuk semula.

"Kau tahu perkara ini?

"Terus-terang Ah Chan pun baru tahu."

"Shuang er..."panggil Shu Wu Ji berbisik.

"Ah Chan berasa sedikit cemburu kini."

Shu Wu Ji terketawa kecil.

"Maharaja menitahkan kita pergi berperang dengan bekalan yang.kurang termasuk bekalan perubatan semua kerana banyak bencana alam baru-baru ini. Tetapi rupanya-"

"Taiyi memberikan surat ini kepada Ah Chan untuk diberikan kepada Daren,"kata Ah Chan tersenyum. "Ah Chan berdiri di luar,"sambungnya. Shu Wu Ji membuka surat itu yang mempunyai beberapa lembaran.

"Sayangku Daren Zhangfu Wu Ji,

Maafkan Shuang er kerana merancang tanpa pengetahuan Wu Ji menghantar pekerja perubatan dan ubat-ubatan untuk tentera diraja.

Jangan risau Shuang er di sini. Ramai boleh dibuli. :)

Shuang er mengarahkan Dewan Perubatan Zheng membantu 100% untuk misi peperangan ini. Sebab itu Wu Ji nampak Shuang er sibuk siang dan malam bukan?

Qin Ai De, jaga diri baik-baik. Shuang er sentiasa mendoakan keselamatan  Wu Ji. Wo teng ni...ni...teng wo...wo zhende ai ni.

Isterimu,
Zheng Shuang

Shu Wu ji melipat surat itu dan membawa surat itu ke dadanya hampir seminggu lamanya dia lari dari dunia nyata dan kerinduannya kepada keluarganya iaitu Sara semakin menebal.

"Daren, ini makan malam,"kata Ah Chan membawa semangkuk bubur nasi dan lauk pauk.

"Bekalan makanan kita?"

"Semuanya dijaga rapi dan mencukupi untuk sebulan Daren."

"Selepas itu?"tanya Wu Ji menjamah makanannya.

"Zheng Jia, akan menghantar bekalan dua minggu lagi."

"Shu Furen?"

"Zheng Xiaojie,"jawab Ah chan mengusik. Shu Wu Ji meletakkan camcanya ke meja. Dia menuding jarinya kepada Ah Chan.

"Zheng xiaojie ialah Shu Furen!"tegas Shu Wu Ji.

"Ah Chan mendengar ramai pegawai kita yang bercakap mengenai Zheng Xiaojie. Ada yang kata dia seorang yang bijak dan menawan. Wanita muda kaya dermawan. Malah ada yang membawa potret Zheng Xiaojie."

"Apa?!"

"Daren tolong bertenang,"usik Ah Chan.

"Itu isteri aku!"

"Ya Daren, mereka cuma mengagumi. Itu aje,"terang Ah Chan.

"Kau tunjukkan kepada aku mana potret Shu Furen. Siapa yang berani menyimpan potret isteri aku?!"

"Daren, Ah Chan dah tengok. Tak.serupa langsung! Betul!"kata Ah Chan. Shu Wu Ji menjadi tenang semula. Ah Chan menggelengkan kepalanya. Tuannya seorang yang paling bijak tetapi apasaja mengenai isterinya dia akan menjadi begitu cemburu. Tetapi Ah Chan faham, kalau dia tempat Shu Wu Ji dan memiliki wanita seperti Zheng Shuang dia juga akan menjadi sedemikian.

Ma Shang Wu dan Andrew berada dalam bilik Xiao Lian kerana Sara mahu berjumpa mereka di situ.

"Gongzi,"panggil Ah wu.

"Maafkan aku, aku tahu rombongan ini baru sampai dalam beberapa jam lalu tetapi aku benar-benar memerlukan khidmat Ah Wu dan Ah Li."

Andrew menjeling tajam kepada Sara. Sara mengerti jelingan itu. Sudah tentu ada api kemarahan di hati Andrew.

"Mari Ah Wu lihat,"kata Ma Shang Wu pergi kepada Sara. Dia duduk di sisi Xiao Lian. Sara menceritakan segalanya. "Kalau di wad kita akan memberikan IV  drip supaya pesakit hydrated. Di sini..."

"Aku hanya boleh memberinya minum sejam sekali beberapa camca air madu.

"Shu Furen sudahpun menyelamatkan nyawanya,"kata Ma Shang Wu. Sara mengangguk. Dia memandang Andrew.

"Ah Wu kau tengokkan Xiao Lian sebentar. Aku ada benda hendak berbicara dengan Ah Li." Sara berjalan keluar dan diikuti oleh Andrew. Mereka duduk di tepi taman peonies yang cantik berbunga. "I know you're angry,"kata Sara perlahan.

"I am not angry!"balas Andrew.

"Habis tu?"

"I am in love with you,"kata Andrew duduk di sisi Sara. "Sara, pernah ke kau tengok aku naik angin sepanjang kita kawin?"

Sara menggelengkan kepalanya.

"Aku menceraikan kau kerana aku tidak waras Sara."

Sara terdiam.

"Kenapa kau tak begitu bersabar dengan keadaan aku seperti itu? Aku mencintai kau Sara. Aku di sini kerana aku masih tidak dapat melepaskan."

"Aku ialah isteri Shu Wu Ji sekarang Andrew."

"Ini bukan zaman kita Sara. Ini semua tak betul. Aku tahu kau ada tugas di sini tapi selepas ini aku hendak kau pulang bersama aku."

"Tidak Andy, aku di sini kerana Shu Wu Ji. Dan aku akan berada di sini."

"Sara!"

"Andy jika inilah perasaan kau aku rasa baik kau balik ke Qing An."

"Kalau kau boleh berdegil.dengan Shu wu Ji. Aku boleh berdegil dengan kau!"

"Itu hak kau cuma satu yang aku minta. Be my best friend again Andy. Tak ramai yang aku percaya di zaman ini,"rayu Sara. Andrew terdiam.

"Even if I want to go...I can't!"keluh Andrew. "I am here to protect you."

"I dont need your protection but i appreciate you are here with me,"kata Sara. Mereka berpandangan dan Andrew tahu tiada apa yang dapat mengubah cinta Sara terhadap Shu Wu Ji begitu juga sebaliknya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now