74

113 23 7
                                    

Sehari berlalu kediaman Shu begitu sibuk menyiapkan alatan dan persiapan untuk Shu Wu Ji bertugas. Sara yang duduk di gazebo selepas lelah menyediakan peralatan perubatan untuk kesihatan Shu Wu Ji memerhatikan sahaja orang ke sana ke mari. 'Andy, semoga kau mengerti perasaan aku. Cukuplah kau tidak membenci diri ini,'keluh hatinya.

"Shu Furen,"kedengaran suara yang begitu biasa di telinganya. Dia menoleh. Ma Shang Wu datang bersama Soo Mi dan Soo Li. "Ah Wu, kau dah balik?" Ma Shang Wu mengangguk. "Liu Li?"

"Ada di sini,"sambut Andrew yang masuk di pintu berlainan. Sara memandang Andrew yang berpakaian seperti lelaki. "Aku tak dapat melindungi kau berpakaian perempuan Shuang er,"usik Andrew tersenyum.

"Aku ingat kau er kau-."

"Sudah pulang ke sana? Someone made me realize i belong here with you."

Sara terketawa kecil. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Da ge ne?"tanya Andrew

"Belum balik lagi. Mungkin sikit masa lagi. Dia akan berangkat esok,"jelas Sara, ada kegusaran di wajahnya. Andrew berjalan menghampirinya.

"Kau jangan risau. Masakan tidak kenal siapa itu Panglima Laut Shu Wu Ji.Zheng gonggong telah melatih da ge dengan baik."

Sara mengangguk.

"Kau semua nanti makan bersama ya. Esok selepas Shu Wu Ji berangkat kita akan ada satu mesyuarat."

"Mesyuarat apa Shu Furen?'tanya Ma Shang Wu.

"Boleh dikatakan rescue mission,"jawab Sara pendek. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

Li Yang Jian mundar-mandir di tepi tasik buatan di halaman kediamannya. Zhu Wu datang membawa beberapa dokumen bersama.

"Zheng Shuang sudah pulangkah?"tanya Li Yang Jian berbisik. Zhu Wu mengangguk. "Aku nak kau beri arahan rahsia kepada ketua lanun Hikada. Shu Wu Ji mesti dihapuskan." Zhu Wu hanya membatukan dirinya. "Kau dengar tak arahan aku ni?"

"Zhu Wu akan memastikan arahan itu diberikan."

Li Yang Jian mengangguk sambil tersenyum.

"Mereka akan ke Kunyang bukan?"tanya Li Yang Jian. Zhu Wu mengiyakan. "Kita juga akan ke sana. Aku ingin memastikan sebenarnya itu adalah Mo Li Hua."

"Apa maksud Hou Ye?"

"Kau pergi mencari Xiao Lian. Aku tak tau bagaimana kau akan lakukan tapi Xiao Lian mesti mengikut kita ke Kunyang." Zhu menerima arahan itu walaupun dia dapat mengesyaki apakah langkah yang seterusnya. Zhu Wu mengundurkan dirinya untuk mencari di mana Xiao Lian berada. "Li Hua kau mesti bersama aku biar apapun,"bisiknya sendiri.

Yuan Yuan memerhatikan sahaja gelagat suaminya di tepi tasik. Sehari dua ini, Li Yang Jian bukan seperti dirinya. Suka bermenung dan tidak terlalu mahu bercakap.

"Furen,"tegur Ah Min pembantunya yang sentiasa bersamanya. Yuan Yuan memandang Ah Min.

"Kau cuba selidik apa yang membuatkan Hou Ye begitu serius dalam kerjanya."

"Furen, Ah Min takut sekiranya Hou ye tahu kita mengintipnya-"

"Rahsiakanlah. Jangan beritahu sesiapapun."

Ah Min terdiam.

"Aku tiada lagi yang boleh membantu. Kau pun tahu bagaimana aku menguruskan 7 orang gundik selama aku berkahwin dengan Hou Ye,"nada Yuan Yuan lebih merintih.

"Ah Min akan cuba membantu,"ucap gadis itu. Yuan Yuan memberikan senyuman manis. Hatinya gundah jika Li Yang Jian berhasrat untuk mengambil gundik yang seterusnya.

Sara menghantar Shu Wu Ji ke pintu pelabuhan dan mereka diiringi oleh Maharaja. Shu Wu Ji yang tidak lena tidur melihat Sara sangat tenang menghadapi semua ini. Hatinya berbelah bagi. Adakah Sara tenang kerana kesabaran atau di fikirannya ada rancangan yang dia tidak tahu. Tidak guna untuk mendapatkan maklumat daripada Pipit atau Ma Shang Wu atau Andrew. Apatah lagi pembantu-pembantunya. Itu kelebihan Sara, dia mendapat kesetiaan penuh orang di sekelilingnya. Selepas mengangkat sembah danendengar perutusan diraja Shu Wu Ji mendapatkan Sara yang berdiri di dermaga.

"Sayang, doakan Fujin pulang dengan selamat,"ucap Shu Wu Ji. Sara dan rombongannya menunduk hormat. Shu Wu Ji mencapai tangan kanan Sara dan mengucupnya.

"Sepatutnya Shuang er yang patut mencium tangan Fujin,"kata Sara tersenyum lalu meletakkan tangan kanan Shu Wu Ji ke pipinya. Shu Wu Ji ketawa kecil dan mencubit pipinya.

"Teng wo?" Kata Shu Wu Ji yang bermakna tunggu aku.

"Wo teng ni! Shuang er berjanji,"balas Sara lembut.

"Tolong jangan bertindak melulu. Ah Wu, Pipit dan Andy tolong ingatkan Shu Furen yang dia punya tanggungjawab untuk menjaga dirinya."

"Haiya, nak berperang pun sempat bebel lagi,"kata Shuang er perlahan.

"Janji!"

"Yalah, aku janji!"balas Sara. Shu Wu Ji memeluk isterinya erat.

"Aku lebih rela mati dahulu dari melihat kau sengsara Shuang er,"bisik Shu Wu Ji.

"Aku takkan mahu melihat kau mati dahulu Wu Ji,"kata Sara. "Jaga diri kau dengan sempurna. Aku cintakan kau Wu Ji."

Shu Wu Ji melepaskan pelukannya.

"Aku lebih cintakan kau Sara,"bisiknya. Semboyan ditiup bermakna kapal sudah mahu berlepas. "Jangan bertindak melulu!" Kata Shu Wu Ji berjalan ke tangga kapal. Sara berdengus memandang Pipit, Ah Wu dan Andy. Mereka bertiga memandang kepada Shu Wu Ji dan melambai selamat tinggal.
"Shuang er!"jerit Shu Wu ji. "Ni teng wo!" Sara tersenyum melihat betapa cutenya Shu Wu Ji berteriak begitu. Sara melambai.

"Aku akan membantu kau dari sini Wu Ji,"bisik Sara masih melambai. Sara melihat kapal-kapal yang pergi. Shu Wu Ji mengetuai armada kali ini. Agak besar tentera laut diraja yang dihantar. Sehingga kapal-kapal itu hilang dari pandangan, Sara bergerak ke arah Ma Shang Wu, Pipit, Andy dan sepasang kembar. "Mari kita semua ke kedai makan. Kita mesti merancang perjalanan ke Kunyang,"ajak Sara.

"Shi..."jawapan serentak mereka.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now