9

208 25 0
                                    

Andrew termenung di tingkap. Madam Tan datang bersama orang gaji untuk mengganti apa yang patut di bilik itu. Dia masih termenung  ke luar jendela.

"Son, why are you staring outside the window?"tanya Madam Tan lembut lalu pergi mendapatkan Andy atau Andrew yang tercegat di situ.

"I don't know Ma. I can't stop thinking about that woman,"jawab Andrew. Madam Tan melepaskan keluhannya.

"You were so in love with her and she was a perfect partner and a daughter in law. Biarpun berlainan agama, she never treated me differently.'

"I can't live with someone I don't even know,"kata Andrew seumpama berbisik. Madam Tan mengusap belakang anaknya. Jahitan di dahi nampak sedang zembuh sikit demi sedikit.

"Then,just forget her. Focus on your life."

"Betul ke I married her?"tanya Andrew memandang ibunya. Madam Tan mengangguk lembut. "Kejam ke Andy mama?'tanya Andrew. Madam Tan menggelengkan kepalanya.

"Andrew tak ingat semasa di mahkamah betapa tenangnya Sara menerima lafaz cerai itu?"tanya Madam Tan.

"Kenapa dia begitu mama? Kalau betul dia sayangkan Andy kenapa she is not here to make me believe her?"tanya Andy dengan nada kesal.

"A woman has her pride and dignity Andy. Mama tak salahkan dia."

"Dia tipu Andy! Dia kata dia sayang Andy! Kenapa dia terima saja semua ini?! Kenapa?! Kenapa?!"bentak Andy menumbuk tingkap kaca itu dengan kuat.

"Andy!"jerit Madam Tan. Andy menumbuk sekali lagi tingkap itu tapi dihalang oleh ibunya. "Stop it!'

"Dia tipu. Dia tipu. Dia tak sayangkan Andy. Dia tipu!!"jerit Andrew meronta untuk dilepaskan. Pembantu rumah-pembantu rumah meluru kepada Madam Tan menghalang Andrew dari mencederakan dirinya sendiri.

"Call Dr Wan sekarang!"arah Madam Tan. Salah seorang pembantu mencapai telefon bimbitnya dan memanggil Dr Wan ke rumah itu. Andrew masih meronta-ronta. Dia menjerit,dia menangis seperti orang gila. Madam Tan hampir tidak dapat menahan Andrew meronta-ronta sendiri di situ.

"Lepaskan, lepaskan!"Andrew meronta-meronta. Dr Wan yang tinggal di kejiranan itu muncul selepas beberapa minit. Dia terus mencucuk sesuatu di lengan Andrew dan Andrew terduduk di lantai. Dr Wan dan dibantu oleh Madam Tan memapah Andrew ke katil. Andrew yang masih airmatanya berjuraian terlena di katilnya. Madam Tan juga menitiskan airmatanya. Belum pernah Andrew begitu.

"Is he gonna be all right Dr Wan?"tanya Madam Tan mengesat airmatanya.

"His memories are fighting to come back. He knows it,"jawab doktor 30an itu. "Apa yang trigger dia jadi begini Madam?"

"He divorced his wife yesterday. Pagi ini dia murung begini."

"Pelik tu. Selalunya orang amnesia akan cuba merapatkan diri dengan orang yang dia rasa tidak akan mengkhianatinya."

"He was so yakin even the doctor at the hospital kata, he has a sound judgement."

Doktor itu mendengus.

"Kalau he was so decisive kenapa histerikal begini,"balas Dr Wan perlahan. "Saya akan bagi prescription, Madam boleh beli ubat di farmasi. He needs counselling. Find him a therapist,"nasihat Dr Wan lagi. Madam Tan mengangguk.

"Adakah dia akan terus bertindak melulu seperti tadi?"tanya Madam Tan. Dr Wan menggelengkan kepalanya.

"Sehingga therapist memberi set ubat yang baru. Continue ubat yang saya sarankan. Ubat-ubat itu ialah ubat penenang dan dia akan tidur dengan lebih nyenyak. Ini nombor therapist yang saya kenal. She is one of the famous therapists in KL. Nanti saya suruh dia prioritize kan kes Andy ini,'jelas Doktor Wan.

"Thank you doctor,"ucap Madam Tan mengambil kad nama dari tangan Dr Wan.

"Saya minta diri. Anything, don't hesitate to call,"pesan Dr Wan. Madam Tan mengangguk tanda dia memahaminya.

"Sharon, tengokkan tuan muda,"arah Madam Tan. "Mari Dr Wan I will walk you to your car,"ajak Madam Tan. Mereka keluar dari bilik itu. "What's the cure of his amnesia?"tanya Madam Tan sebelum Dr Wan masuk ke kereta.

"He was hysterical bila dia fikirkan ex.wife dia kan?"tanya Dr Wan. Madam Tan mengangguk. "Then, maybe she could help him."

"But he gets so angry when he sees her,"balas Madam Tan. Dr Wan tersenyum.

"Maybe because he really wanted to remember her and he is actually angry at himself,"kata Dr Wan sambil masuk ke keretanya.

"Should I get her here?"tanya Madam Tan.

"Ask Dr Surina. She will give you better advice,"jawab Dr Wan. Madam Tan mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada Dr Wan. Dia melihat kad nama di tangannya. Dr. Surina Kaur MD MRCPscyh. Tanpa berlengah dia mendail nombor tersebut.

Sara yang pengsan sedar setelah diberi akupuntur oleh tabib Song. Dia membuka matanya dsn melihat Ah Chan dan Shu Wuji di situ.

"Apa yang telah terjadi?"tanya Sara cuba untuk bangun.

"Zheng xiaojie jangan bangun. Tubuh xiaojie masih lemah,"saran tabib Song. Sara baring semula.

"Kau pengsan tadi,"beritahu Shu Wu ji yang berada di hujung katil.

"Zheng xiaojie perlu berehat untuk dua tiga hari ni,"kata Tabib Song. "Nah minum ni dulu,"kata Tabib Song menghulur semangkuk ubat.

"Shi shenme?"tanya Sara.terbatuk-batuk.

"Teh hijau dari beberapa pucuk untuk hilangkan sesak nafas,"jawab Song Taiyi. Sara mengambil mangkuk itu dan meminum teh hijau yang terasa payau di tekaknya. "Zheng xiaojie mesti minum ini 3 kali sehari. Bangun pagi selepas makan tengahari dan sebelum tidur,"kata Song Taiyi lagi. Sara mengangguk. Taiyi berdiri dan meminta diri daripada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji memberikan tunduk hormat. Ah Chan yang terbatuk-batuk mengikuti Song Taiyi keluar. Shu Wu Ji meniti katil itu dan duduk di sebelah Sara.

"Bagaimana? Rasa lebih ok?"tanya Shu Wu Ji. Sara melihat Shu Wu Ji yang begitu lemah merisaukan dirinya buat dia terharu. Beginilah Shu Wu Ji sejak dari mula.

"Maafkan Sara membuat Wu Ji risau begini,"ucap Sara perlahan-lahan.

"Apa yang kau buat begitu lama dalam bilik tu?"

"Aku terlena dan sedar-sedar separuh bilik terbakar,"terang Sara.

"Kau bawa keluar beg dan buku lejer!"

"Buku tu penting, beg itu juga penting. Mana semua tu?"tanya Sara terbatuk-batuk kecil. Shu Wu menunjukkan di sudut bilik. Sara bangun.

"Nak ke mana tu?"tanya Shu Wu Ji.

"Nak ambil beg."

"Biar aku yang ambilkan,"kata Shu Wu Ji. Perlahan-lahan berjalan mengambil beg. "Ada apa dalam beg ini?Berat macam batu!"

Sara menjeling dan membuka beg itu. Dia mengeluarkan ubat asmanya yang jarang digunakan. Dia mengambil berapa picitan sehingga dadanya terasa ringan.

"Apalagi dalam beg itu?"tanya Shu Wu Ji.

"Nah! Snickers kegemaran kau!"kata Sara tersenyum. Tanpa berlengah Shu Wu Ji mengoyak coklat itu dan memakannya. "Sedap?" Shu wu Ji mengangguk. "Aku masih berfikir bagaimana aku boleh datang ke mari dan jika benar bilik bacaan itulah yang akan membawa aku kembali ke zaman aku,"bisik Sara. Shu Wu Ji tiba-tiba beremosi.

"Kau mahu balik?"

"Aku cuma fikir. Bukan hendak balik."

"Selagi aku hidup kau jangan pergi,"pinta Shu Wu Ji. "Aku mahu menghabiskan sisa hidup aku dengan kau Sara. Aku tak sanggup lagi hidup keseorangan."

"Woo Wei Young kan ada,"usik Sara.

"Hanya kau,"balas Shu Wu Ji. Sara tersenyum.

"Ok. Aku takkan fikir mahu kembali ke sana kerana aku ke mari pun kerana kau."

"Jangan tinggalkan aku lagi,"bisik Shu Wu Ji. "Wo ai ni."

"Wo aiii aiiii aiiii aiiiii niiiiiie,"panjang jawapan Sara. Mereka berdua tertawa.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now