" Benih? Pokok? Tumbuh? " Ayyan menyoal kembali.

" Ayyan baik naw otak kau. Sampai benih tumbuh pokok pun kau tak faham." Ujar Ad.

" Dahlah. Teruskan je. Atau korang nak lawan dengan Hayers? " Shah melompat masuk kedalam gelanggang. Sekali petik sahaja lightersnya menyala dan derapan kaki dari arah belakang sama-sama berdiri dibelakang Shah.

Ayyan tersenyum sinis. Fahmi, Darshen, Izz dan Huyi berdiri tenang merenung ahli kumpulan black bloode.

" Let's go darling..." Ayyan ketawa sambil berlari menyerang Shah.

****

Ain melempar kesemua barang diatas almari soleknya. Dia menjerit sekuat hati. Nafasnya sudah tidak terkawal. Hatinya sakit!

" Sial kau Zahra!! Kau memang betul-betul cabar aku! " Ain merenung tajam dirinya kedalam cermin.

" Aku akan pastikan kau mati Zahra! Tanpa Farid pun aku boleh teruskanlah! Kau ingat, kau dikelilingi dengan orang-orang macam tu, kau akan selamat ke Zahra? Anak kau dah mati, tinggal kau je lagi...tak apa Zahra! Dah tak lama je lagi aku akan pastikan kau lenyap dari bumi ni! HAHAHAHA! " Ain mengekek ketawa seperti hilang akal.

Dendam datang silih berganti, matanya sakit melihat kebahagiaan milik Zahra. Keluarga juga sama berpihak pada Zahra.

Dia akan pastikan Yazis hancurkan Mation dan dia sendiri akan pastikan Zahra lenyap dari dunia ini.

Hafiz menelan air liur apabila dia menangkap bunyi ketawa dari Ain. Sah! Ain dah hilang akal.

Sanggup dia lakukan apa sahaja asalkan Azka jadi milik dia. Hafiz sudah tidak berdaya terkurung dalam bilik ini.

Berdoa didalam hati supaya keajaiban berlaku atas dirinya. Tiba-tiba ingatannya menerjah kepada sebuah wajah lembut yang pernah menjadi kekasihnya.

" Afra.." Wajah lembut Nuna terbayang dimatanya. Wanita yang sentiasa hormat dan sayangkan dirinya walaupun mulutnya selalu mencaci hina keluarga Nuna.

" Aku menyesal sebab tinggalkan kau. Aku menyesal Nuna.." Hafiz menundukkan wajahnya menekur lantai.

Ain membuka pintu bilik itu dengan kasar. Dia menyimpul senyum sinis. Sempat telinganya menangkap ayat yang keluar dari mulut Hafiz.

" Kau menyesal sebab tinggalkan Nuna dan kejar perempuan macam aku? " Ain menarik rambut Hafiz memaksa mata Hafiz merenung matanya.

" Aku dah cakap sebelum ni, jangan kejar aku! Disebabkan kaulah Azka tinggalkan aku setan!! Punca semua ni berlaku disebabkan kau! " Ain menyepak muka Hafiz.

" Kau tu yang gila Ain! Kalau kau rasa cukup dengan apa yang kau ada dulu, kau tak jadi macam nilah! " Hafiz sudah lali dengan kata kesat serta pukulan dari Ain.

" Oh! Sekarang ni kau nak cakap aku gila ke? HAHAHAHA! Memang aku gila pun! Gila sebab semua orang dekat sekeliling aku tak hargai aku pun! Sikit pun tak! Kau tahu punca Azka ceraikan aku? Sebab Zahra! Dan sebab kau! Kau tahu tak aku berkorban untuk tinggalkan Yazis disebabkan cinta aku dekat Azka! Tapi dia?! Pilih perempuan bodoh tu! " Luah Ain sambil menepis kasar airmata yang kian turun lebat.

" Lepas aku diceraikan, Shah buang aku! Dia pun sama! Sayangkan Zahra berbanding dari sepupu sendiri! Habis tu aku ni? Tak ada perasaan ke?! Semua orang bahagia! Semua orang dapat apa yang mereka idamkan! Aku?! " Ain masih lagi melepaskan amarahnya.

Dia sakit! Dia keseorangan!

" Kalau kau terima aku dan apa yang dah terjadi, aku boleh bahagiakan kau Ain. Bukan dengan cara macam ni untuk puaskan hati kau. Percayalah cakap aku, apa yang kau rancang ni akan buat kau menyesal dan makan diri sendiri. " Ujar Hafiz perlahan.

CDTM 2Where stories live. Discover now