26🪐

2.4K 359 8
                                    

Tidak terasa enam bulan berlalu begitu cepat. Hidupnya benar-benar kembali normal seperti sediakala. Cuma,kini hidupnya terasa lebih sunyi dari sebelumnya.

Afeef lebih banyak habiskan masanya dipejabat dan diluar dari duduk di rumah. Berada dirumah membuatkan dirinya terasa sesak. Terlalu banyak kenangannya bersama Wildad disitu. Afeef masih dapat rasakan kehadiran gadis itu bagai dekat dengannya.

Bayangan Wildad selalu terlintas difikiran. Wajah comel itu,bersama senyuman manisnya dan mata bundar yang selalu bersinar indah. Jujur,Afeef rindu. Rindukan Wildad Sufina. Semestanya.

Deruman enjin kereta yang cukup dikenali oleh Afeef membuat lelaki itu menoleh ke sebelah. Lelaki yang memakai t-shirt Polo bewarna cream itu melangkah keluar dari kereta kesayangannya. Kaki melangkah mendekati Afeef.

Punggungnya disandarkan pada bahagian hadapan kereta Afeef. Matanya ikut memandang pemandangan kota Kuala Lumpur dihadapan mata yang terbentang luas. Angin sepoi bahasa menampar lembut wajah dua orang lelaki itu.

"Asal muka kau macam baru lepas hilang something precious?" Que menyebak rambutnya kebelakang.

"Now i know. Betapa sakitnya rasa bila kita hilang orang yang kita sayang" matanya masih lurus memandang ke hadapan.

"You lost someone you loved?" Que mengerling Afeef disebelahnya.

Afeef mengangkat kedua bahunya. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.

"Hurt isn't it?" cincin kahwin yang masih dipakai pada jari manisnya diputar.

Afeef menahan diri dari menumpahkan cecair jernih berharga dari kelopak matanya.

"How i wish i can turn back the time and jumpa dia lebih awal" suaranya kedengaran sangat lirih.

Bagai sedang merindukan seseorang yang sudah pergi jauh dari hidupnya. Que hanya diam. Tidak mahu komen apa-apa kerana dia pernah berada di fasa ini suatu masa dahulu.








Enjin keretanya dimatikan. Sejambak bunga tulip putih yang berada disebelah seat pemandu diambil. Kawasan luar kereta dipandang dengan seribu satu perasaan. Matanya dipejam rapat. Mencari kekuatan sebelum melangkah keluar.

Semakin hampir kakinya dengan tempat dituju,semakin kuat hatinya dicengkam rasa sakit. Afeef duduk bertinggung di tepi satu batu nisan. Diusap lembut permukaan batu nisan tadi. Jambakan bunga tadi diletakkan di atas pusara yang serba bersih itu.

Surah Yaasiin dibuka dan mula dibaca. Hidungnya sudah mula memerah menahan rasa sebak di dada.

"Sayang,aku datang lawat kau ni..." benteng air matanya pecah untuk kesekian kali.

"Aku rindu kau,Wildad. Kau rindu aku tak? Aku rasa sunyi bila kau takde. Sakit Wildad. Sakit bila kita rindukan seseorang yang dah takde ni. Aku rindu suara kau. Rindu semua tentang kau. Aku dah redha dengan semua. Apa kau dah buat dekat aku ni sampai aku tak boleh nak buang kau dari hidup aku? Takpe,aku tak marah. Aku suka. Sebab kau sorang je boleh duduk dalam hati aku. Tunggu aku dekat sana sayang. Satu hari nanti aku datang jemput kau jadi bidadari aku,okay? "

"Sorry sebab aku jarang datang. Aku busy kerja. Lepasni aku janji aku selalu datang lawat kau. Haritu aku jumpa parents kau. Jangan risau diorang okay. Alhamdulillah,diorang sihat. Aku dah nak gerak ni. Nanti aku datang lagi tau sayang"

Suaranya serak menahan tangisan. Batu nisan itu dikucup syahdu sebelum Afeef bangun dari duduknya. Mengemas apa yang patut lalu mula beredar untuk pulang ke rumah.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now