4🪐

2.3K 338 16
                                    

File terakhir ditutup. Badan tegapnya disandarkan pada kepala kerusi. Cermin mata yang terletak elok di atas batang hidung diturunkan sebelum pelipisnya diurut.

Afeef melepaskan nafas lega. Akhirnya file untuk perbicaraan kes dalam masa dua hari lagi sudah siap disemak. Jam sudah menunjukkan angka 5. Langit juga sudah mula bertukar warna menjadi kekuning-kuningan.

Airpod yang disumbat pda telinga dicabut. Kaki melangkah keluar dari ruangan kerja peribadi dan bergerak ke arah bilik tidurnya. Bilik air dituju. Selepas beberapa minit,Afeef keluar dengan wajah dan rambut yang basah.

Sejadah dibentangkan. Bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang umat islam. Selesai menunaikan solat asar,Afeef membuat keputusan untuk turun ke tingkat bawah dimana bilik Wildad berada.

Sampai sahaja pada anak tangga terakhir,Afeef kerutkan kening. Suasana rumahnya terasa sunyi dari kebiasaan.

"Wil...." serunya.

"Wildad...." panggilannya masih belum berjawab.

Afeef pejamkan matanya. Berharap deria keenamnya akan lebih peka pada sekeliling. Namun hampa,Afeef tidak dapat rasakan kehadiran Wildad walau sedikit pun. Rambut hitamnya diserabutkan. Iphone yang masih setia ditangan ditatap.

Baru sahaja jari ingin bergerak menekan log panggilan,dahinya ditepuk kuat.

"Bodoh kau Afeef. Wildad mana ada phone" Afeef berdecit sebal.

Kakinya bergerak ke hulur ke hilir di ruang tamu. Hatinya tak tenang selagi Wildad tidak ada dihadapan matanya.

Memang lah,pagi tadi Afeef ada memberitahu Wildad bahawa dirinya tidak mahu diganggu. Tapi ini tak bermaksud Wildad boleh keluar sesuka hati! Kalau jadi apa-apa macam mana? Afeef risaukan Wildad?

Kejap. Afeef risau?!

"Arghhh...What have you done to me,little ghost?" wajahnya diraup.

Jujur Afeef tidak suka dengan dirinya yang sekarang. Seminggu bersama Wildad,buat Afeef rasa sesuatu. Sesuatu yang sungguh mahu Afeef elakkan. Sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi.

Bunyi pintu utama yang dibuka menggunakan kad akses mengejutkan Afeef. Setahunya hanya seorang manusia sahaja yang mempunyai kad akses kedua rumah ini. Wildad.

"Wildad,where have you.... been?" suaranya semakin mengendur di hujung ayat saat terpandangkan wajah pucat yang sudah dibasahi air mata itu.

Wildad tidak mengendahkan persoalan Afeef. Langkahnya laju dibawa ke dalam bilik sebelum bayangannya hilang disebalik pintu. Afeef pula masih terpaku ditempatnya.








Sejak makan malam tadi,Wildad masih mendiamkan diri. Saat menemani Afeef untuk makan sekalipun,Wildad tidak berceloteh seperti selalu.

Afeef bersandar pada dinding dapur. Memerhati belakang badan Wildad yang menerpa retina mata. Gigi diketap kuat. Sungguh Afeef tak suka dengan Wildad yang bisu ini. Dia mahukan little ghost nya yang ceria semula.

Afeef labuhkan duduk di sofa yang berhadapan dengan Wildad. Gadis itu masih tidak menyedari kehadiran Afeef. Satu bantal kecil diambil lalu dicampak ke arah Wildad. Tersentak gadis itu dibuatnya.

"Little girl,come here to papi" Afeef tayang boyish smirk pada Wildad.

Mata bundar itu memincing ke arah Afeef. Bibir dicebikan. Namun kaki tetap melangkah ke arah sofa yang mampu memuatkan dua orang yang diduduki oleh Afeef. Wildad duduk bersila disebelah Afeef. Afeef pusingkan badannya menghadap Wildad.

"Kau pergi mana tadi?" soalnya dengan nada bersahaja.

"Saya pergi jalan-jalan dekat bawah" Wildad tunduk bermain dengan hujung sweatshirt yang dipakai.

"Lepastu kenapa balik nangis-nangis? Ada hantu lain kacau kau ke?" terselit rasa risau dibalik soalannya.

Wildad gelengkan kepala.

"Saya...Saya nampak parents saya tadi. Saya rindukan diorang" suara Wildad sedikit bergetar menahan gelora dihati.

Afeef mengeluh lemah. Nampaknya dia perlu laksanakan rancangannya secepat mungkin.

"Nanti aku bawa kau jumpa diorang. Tapi dengan syarat,lepasni nak pergi mana-mana kena bagitahu aku. Jangan pergi sendiri. Aku risau"

"Sorry..janji tak buat dah. Kalau buat juga nanti Wildad janji balik lagi sekali" katanya dengan nada polos.

Afeef menjeling geram.

"Such a naughty ghost"

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now