3🪐

2.5K 318 4
                                    

Pintu bilik tetamu yang telah menjadi bilik Wildad dikuak dari dalam. Gadis yang mengenakan baggy sweatshirt bersama shawl berwarna hitam dan seluar slack senada dengan shawlnya melangkah keluar. Bau yang menusuk ke dalam rongga hidung membuatkan Wildad berjalan ke arah dapur.

Semakin dekat dengan dapur,semakin jelas kedengaran bunyi sudip dan kuali yang berlaga sesama sendiri. Wildad menyandarkan tubuhnya pada dinding. Tangan dimasukan ke dalam poket sweatshirt.

Mata ralit memerhati belakang badan Afeef yang hanya berbalut jersey tanpa lengan dan seluar pendek. Tubuh tegap itu lincah bergerak menyiapkan sarapan.

"Done eye raping me,little girl?" soalnya tanpa menoleh kebelakang.

Wildad julingkan mata ke atas. Lupa bahawa Afeef dapat mengesan kehadirannya.

"Awak buat apa untuk breakfast?" Wildad melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia di island kitchen.

Kedua tangan ditongkat pada dagu. Masih memerhati lelaki dihadapannya penuh minat. Siapa suruh Afeef Benjamin ni terlalu hot and spicy sehingga Wildad tidak dapat turunkan pandangan?

"Aku buat scramble egg je. Kau nak?"

Afeef meletakkan pinggan yang terisi scramble egg dengan beberapa keping roti dihadapan Wildad sebelum mengambil tempat duduk dihadapan gadis itu.

"Saya mana boleh makan" jawabnya.

Afeef buat muka tidak faham. Tak boleh makan? Dahtu,makan apa je?

"Saya tak boleh makan makanan biasa macam awak makan" terang Wildad apabila melihat wajah blur Afeef.

"Then,kau makan apa?"

"Tak makan"

"Tak lapar?"

Wildad jeda sebentar. Jari telunjuk diketuk pada dagu bagai sedang berfikir.

"Tak. Tak pernah rasa lapar" perut kempisnya diusap kecil.

Sejak menjadi hantu ni,Wildad tidak pernah makan. Ada juga la sekali dia cuba makan,tapi makanan tu tak masuk ke dalam perutnya sekalipun. Wildad juga tidak pernah rasa kelaparan. Maka,Wildad buat konklusi bahawa 'hantu tak lapar'.

"Dah alang-alang kau ada depan aku ni,apa kata kau cerita dekat aku pasal kes kau" kata Afeef sambil menyuap sekeping lagi roti ke dalam mulutnya.

"Yang saya ingat,malam tu lepas saya balik kerja kawan saya datang rumah dengan tunang saya. Kitorang makan-makan lepastu saya letih dan saya tidur. Esok pagi bila saya bangun,saya dah dalam keadaan roh. Saya sendiri tengok jasad saya dikebumikan"

Bila diingat semula kejadian itu,automatik rasa seram sejuk. Bagai semuanya mimpi ngeri.

"Kau cakap apa tadi? Tunang? Kau ada tunang?" dari panjang lebar Wildad bercerita,hanya itu yang menarik perhatian Afeef.

"Tunang tak diiktiraf. Saya bertunang dengan dia pun sebab parents saya yang nak" jawabnya malas.

Tidak suka mengingat tentang pertunangannya dengan lelaki yang tidak dicintainya itu.

"Zaman moden pun ada kahwin paksa lagi eh?" Afeef tarik senyum sinis.

Wildad julingkan mata ke atas. Tahu yang Afeef sedang mengejek dirinya.

"So kau syak dua orang tu yang bunuh kau? Bukti?" pinggan yang sudah kosong ditolak ke tepi.

Fokusnya sekarang tertumpu pada Wildad.

"Sebab diorang bercinta belakang saya. Dah banyak kali kantoi dekat saya. Tapi saya diam. Malas nak cakap"

Afeef terdiam. Drama betul hidup seorang Wildad Sufina.

"Kau baik sangat kenapa? Putus je lah tunang. Senang" Afeef melipat lengan ke dada.

"Dah cuba minta putus. Family tak kasi" Wildad keluhkan nafas kesal.

"So,macam mana awak nak tolong saya?" Wildad ubah topik.

Afeef diam sebentar. Keningnya berkerut sedikit.

The plan start now...

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now