2🪐

2.5K 346 9
                                    

Afeef masih lagi merenung Wildad yang duduk di sofa bertentangan dengannya. Afeef tak gila lagi nak bincang hal macamni dekat tempat awam. Jadi,keputusan paling selamat adalah dengan bawa Wildad pulang ke kondominium miliknya.

Pelipisnya diurut sedikit. Pening? Sudah tentu. 25 tahun Afeef hidup,baru ini kali pertama dia dapat melihat makhluk lain selain manusia yang berlegar-legar di atas muka bumi. Serak pun ada juga.

"So,macam mana kau boleh ada dekat sini?" Afeef berbunyi setelah lama mendiamkan diri.

Wildad angkat bahu tanda tidak punya jawapan. Wajahnya diangkat merenung wajah tampan milik Afeef.

"Mungkin sebab roh saya belum tenang?"

"Belum tenang? Maksud kau,kematian kau tu bukan kematian mengejut seperti yang orang ceritakan?"

Wildad jatuhkan kepala.

"Macam mana kau tahu?" soal Afeef lagi.

"Sebab saya rasa macam kematian saya ni dirancang dengan teliti dan halus sampai nampak macam kematian tu kemalangan atau nengejut"

"Ada orang lain cuba bunuh kau?" mendapat anggukan dari Wildad buatkan Afeef diam.

Seram tapi dalam masa yang sama menarik.

"Kau tahu siapa yang cuba bunuh kau?" Wildad diam sejenak.

"Saya....ada syak beberapa orang. Tapi itulah,saya tak boleh nak tuntut bela atas kematian saya" jawabnya perlahan.

Afeef sandarkan badannya pada sofa. Jatuh kasihan pula melihat hantu dihadapannya ini.

"Kenapa kau tak cuba minta tolong orang dari sekeliling kau?"

Entah mengapa dipagi hari yang masih gelap ini,mulut Afeef ringan untuk berbicara dengan Wildad. Wildad garu tepi kepalanya yang dibaluti shawl berwarna hitam.

"Erk...Awak manusia pertama yang boleh nampak saya" Wildad tayang sengih yang menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Tiba-tiba rasa teruja sebab pertama kali dapat bercakap dengan manusia. Maklumlah,Wildad kan bukan dikategorikan sebagai manusia lagi?

Tiba-tiba mata Wildad membulat besar. Laju sahaja dirinya berdiri dari duduk di atas kerusi.

"Apa kata awak tolong saya?" penuh semangat Wildad menutur kata.

"Aku? Tolong kau?" laju Wildad mengangguk.

Sangat bersetuju dengan idea sendiri.

"Aku dapat apa kalau tolong kau?" Afeef menatap Wildad dengan tatapan malas.

Dia dah mengantuk sebenarnya.

"Dapat pahala sebab dah tolong tegakkan keadilan untuk insan yang teranaiya"

Afeef kedipkan mata mendengar jawapan Wildad. Tak sangka jawapan sebegitu yang akan keluar dari bibir munggil itu. Afeef berdecit kecil saat melihat mata bundar hazel yang sedang memandangnya penuh berharap.

Entah mengapa Afeef rasa senang untuk tewas dengan anak mata hazel itu.

"Fine. Kita bincang esok. Aku dah penat ni. Kau stay je lah sini. Buat macam rumah sendiri" rambut hitam pekatnya dikuak kebelekang.

"Eh boleh ke tinggal sini? Kita berdua je kot?" ragu-ragu pula Wildad dibuatnya.

"Kau nak siapa datang? Pejabat agama? Memang diorang boleh nampak kau pun kan?" perli Afeef.

Wildad tayang muka tak bersalah pada Afeef. Tapi wajahnya yang puat itu berubah cuak saat Afeef semakin mendekat ke arahnya.

"A-awak nak buat apa....jangan macam-macam eh" mencerlung mata Wildad memandang Afeef.

"Kau boleh sentuh semua barang kan?"

"Haah,kenapa?" walaupun agak pelik ditanya begitu,Wildad tetap memilih untuk menjawab.

"Then,can we touch each other?"

Wildad pandang Afeef dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Ish,janganlah fikir benda negatif. Aku tanya je" Afeef yang seperti faham akan pandangan Wildad terus mencantas pemikiran cetek gadis itu.

"Hm,entah. Tak pernah cuba. Awakkan manusia pertama yang nampak saya? Lupa dah ke Encik Afeef Benjamin?"

"Why not kita try physical touch?" ajak Afeef.

Tangannya dihulur ke arah Wildad. Dengan perlahan-lahan Wildad turut menghulurkan tangannya ke arah Afeef.

Tembus. Tak bercantum.

"So,that's it. Kita tak boleh bersentuhan tapi kau boleh pegang semua barang lain?"

Wildad melihat ke arah tapak tangannya. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku tadi.

"By the way,nice to meet you. New housemate" kata Afeef sebelum masuk ke dalam biliknya.

Serumah dengan hantu? Ini bakal jadi kisah yang panjang.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now