22🪐

2.2K 330 16
                                    

NI LAST CHAP I UPDATE BEFORE I HILANG DALAM LEBIH KURANG SEMINGGU? NI SEMUA SBB ADA ORANG REPORT VID TT I AND NOW ACC I KENA WARNING.

I MALAS NAK AMBIL RISK APA-APA SO YAH. ANGGAP LA I HILANG KEJAP NI SEBAB NAK FIKIR SAMADA NAK BAGI HAPPY OR SAD ENDING.

I BARU BAIK HATI NAK UBAH JADI HAPPY ENDING TAPI HAMBA ALLAH YANG REPORT VID TT I TU DAH BUAT NIAT BAIK I TERBANTUT🥰



Seperti kebiasaannya,Wildad menemani Afeef bersarapan sebelum lelaki itu pergi ke pejabat.

"Afeef,give me your hand" terus terhenti perbuatan Afeef yang sedang mengunyah bihun goreng buatannya sendiri.

"For what?" mulut bertanya soalan,tapi tangan tetap juga dihulur pada gadis itu.

Tiba-tiba sebuah bracelet bewarna hitam diletakkan di atas tangan Afeef. Afeef memandang Wildad dengan pandangan 'apa ni?'

"Pakai tau. Kalau taknak pakai pun,simpan. Saya buat sendiri tau ni. Anggap ni sebagai hadiah pertama dari saya sejak kita kenal"

Tanpa berlengah,Afeef kalungkan bracelet itu pada pergelangan tangan kirinya.

"Thanks,little ghost" Afeef tersenyum manis.

"Aku gerak dulu" katanya selepas mengelap tangan yang basah menggunakan tisu.

Wildad jatuhkan kepala lalu menemani Afeef hingga ke pintu hadapan. Selepas pintu rumah tertutup rapat,Wildad melangkah ke arah balkoni yang berada di ruang tamu. Pintu gelangsar balkoni itu dibuka.

Kelihatan Audi R8 milik Afeef meluncur laju di atas jalan. Wildad melambai kecil. Bibir nipisnya mengukir senyuman tawar. Langit yang mendung dipandang sayu.

"Tuhan,beginikah rasa mencintai seseorang begitu hebatnya dan mengetahui bahawa perasaan ini tidak akan kekal lama kerana waktu yang kian terhad? Ternyata,sesakit ini rasanya saat berharap terlalu tinggi untuk sesuatu yang tidak akan pernah terjadi? Semesta,apa tiada harapan untuk dua insan kesepian seperti kami untuk bersatu?"

Persoalan itu berlegar-legar di dalam neuron kepala Wildad. Hari demi hari,dirinya dapat rasakan bahawa waktunya untuk bersama Afeef semakin singkat.

Wildad yakin,tak lama lagi semua ini akan berakhir. Pasti semuanya akan kembali kepada keadaan normal semula. Dan tak lama lagi,Wildad juga akan pergi dari sini.

Pintu gelangsar itu kembali tertutup saat Wildad sudah menapak ke dalam.








Matanya perlahan-lahan dibuka. Kepala yang terasa dicengkam diurut perlahan. Sedaya upaya badannya cuba disandarkan pada kepala katil.

Beban yang berada diperutnya membantutkan pergerakan Eva. Matanya dikerjip beberapa kali untuk menjelaskan pandangannya. Ada satu tangan kekar yang sedang melingkar pada pinggangnya.

Melihat dirinya yang tidak dibaluti sehelai benang melainkan duvet tebal membuatkan Eva cemas lalu menoleh ketepi. Wajah tenang Afiq yang sedang diulik mimpi menjamah matanya.

Eva bingung sendiri. Setahunya semalam dia bersama dengan Afeef,bagaimana dirinya boleh bersama Afiq pula sekarang? Jujur Eva tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku.

Iphone di atas meja sebelah katil diambil. Jam pada screen Iphone itu sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dengan perlahan Eva mengesot turun dari katil. Bathrobe yang tergantung di dalam almari diambil lalu dibalut pada badannya.

Selepas beberapa minit berada di dalam bilik air,akhirnya Eva melangkah keluar. Sedang dirinya ralit mengeringkan rambut,ketukan dari pintu mengejutkan Eva. Keningnya dikerutkan seribu.

Siapa pula yang datang?

Tombol pintu dipulas lalu pintu bilik itu dibuka luas. Badan Eva mengeras saat mendapati ada dua orang anggota polis dihadapannya.

"Cik Eva Rashila?" tanya salah seorang pegawai polis itu.

Eva jatuhkan kepala.

"Kami mendapati bahawa Cik bersama dengan Encik Afiq Mustakim disini. Betul ke?"

Sekali lagi Eva mengangguk.

Kedua anggota polis itu berpandangan sesama sendiri. Eva sudah gelisah ditempatnya.

"Macamni cik,kami perlukan kerjasama cik dan encik untuk ikut kami ke balai sekarang juga"

"For what?" tanya Eva sedikit cemas.

"Cik Eva dan Encik Afiq didakwa terlibat dengan kes kematian arwah Cik Wildad Sufina yang berlaku enam bulan yang lalu"

Deg!

Masa bagaikan terhenti. Tubuh Eva mengeras ditempatnya dengan mata yang membulat.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now