5🪐

2.2K 324 10
                                    

Senyuman di wajahnya mekar hingga ke telinga. Langkahnya semakin dilajukan ke arah pejabat miliknya. Bahagia? Tentu.

Siapa sahaja yang tak bahagia bila menang kes?

Pintu pejabatny dibuka dan terpancullah susuk seketul Wildad yang sedang ralit duduk di atas kerusi berhadapan meja kerjanya. Mata gadis itu masih tertumpu pada Ipad yang sedang memaparkan home screen aplikasi Netflix.

Wildad yang mendengar bunyi tapak kaki semakin mendekat mengambil keputusan untuk mengangkat kepalanya. Wajahnya berkerut seribu.

"Asal awak senyum macamtu?"soalnya pada Afeef yang masih lagi tersenyum.

"Salah ke aku senyum? Senyum kan sedekah" jawabnya sambil mengambil tempat duduk di sofa berdekatan.

"Tak salah. Tapi,awak kan jarang senyum? So,it's creepy"

Afeef menjeling tajam selepas mendengar balasan Wildad. Gadis itu pula hanya tayang barisan gigi putihnya pada Afeef.

"Cerita la apa jadi sampai awak happy nak mampus ni?" tangan sudah ditongkat pada dagu.

Kakinya yang tidak mencecah tanah akibat kerusi yang sedikit tinggi digoyang-goyangkan.

"Aku menang kes tadi" laju sahaj bibir Afeef mengungkap kata.

"Wahh,congratulations!!!" Wildad sudah bangun dari duduknya.

Tangan ditepuk-tepuk tanda bangga dengan Afeef.

"Thank you. Okay now,since mood aku tengah baik,aku nak bawa kau pergi somewhere"

"Pergi mana?" Wildad sengetkan kepalanya sambil memandang Afeef yang mendekat.

Soalan itu dibiarkan berlalu sepi. Afeef melangkah keluar setelah mengambil kunci kereta dan dompetnya dari dalam laci meja.

Wildad hanya mampu pasrah dan mengekori Afeef dari belakang.








"A-apa kita buat dekat sini?...." rumah banglo dihadapannya dipandang dengan perasaan bercampur baur.

"Nak lepaskan rindu kau lah" jawab Afeef selamba.

"T-tapi...."

"Ni sebahagian dari plan nak tuntut bela kematian kau. So,trust me my little girl"

Jarinya bergerak menekan loceng rumah banglo besar itu. Selepas beberapa saat kelihatan seorang perempuan paruh baya berlari anak mendekati mereka.

"Ye encik,cari siapa?" soal wanita itu ramah.

"Dato' Qhadir dengan Datin Izara ada?"

"Ada, encik. Kenapa ya,cari Dato' dan Datin?"

"Cakap dekat mereka saya nak jumpa. Atas urusan penting. Ini berkaitan anak perempuan mereka"

Wanita paruh baya itu terdiam sebentar. Pintu pagar rumah banglo itu dibuka dan Afeef dibenarkan melangkah masuk. Wildad pula masih diam di belakang Afeef.

Kawasan sekelilingnya dipandang sayu. Air mata yang tidak dialu-alukan kedatangannya mula tumpah. Rindu.

Wildad rindu rumah banglo ini. Rumah banglo yang banyak menyimpan memori manisnya selama 25 tahun hidup sebagai seorang manusia. Andai sahaja dia dapat menghabiskan lebih banyak waktu di dalam banglo ini bersama orang yang dia sayangi.

Sedar tak sedar,mereka sudah tiba di ruang tamu tingkat bawah rumah banglo itu.

"Encik duduk lah dahulu. Saya panggilkan Dato' dan Datin dekat atas sebentar" Afeef jatuhkan kepalanya.

Wildad duduk diam disebelah Afeef. Kepalanya juga tunduk merenung lantai. Entah mengapa hari ini lantai itu kelihatan lebih menarik dari muka handsome milik Afeef.

Derapan tapak kaki dari arah tangga memaksa Afeef dan Wildad untuk menoleh. Kelihatan kelibat sepasang suami isteri sedang menuruni anak tangga dan mendekat ke arah mereka.

Pasangan itu mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Afeef. Hati Wildad kembali dicengkam rasa sebak. Melihat wajah penat ayahnya dan wajah tanpa seri ibunya cukup membuat hatinya terluka.

"Ada apa ya awak datang jumpa saya dan isteri saya? Apa kaitan awak dengan anak perempuan kami?" soal Dato' Qhadir selepas berjabat tangan bersama Afeef.

"Saya,Afeef Benjamin. Teman lelaki arwah Wildad Sufina"

HIS UNIVERSEDove le storie prendono vita. Scoprilo ora