20🪐

2.3K 281 1
                                    

Cologne miliknya disembur ke kawasan ceruk leher untuk kali terakhir. Pakaiannya ditilik di hadapan cermin.

"Wildad,aku nak keluar ni. Duduk rumah diam-diam tau" katanya sambil membetulkan jam dipergelangan tangan.

"Nak ikut boleh?" Wildad mengerdipkan matanya pada Afeef.

Berharap lelaki itu cair dan membenarkan dirinya untuk ikut.

"Tak boleh. Duduk rumah" laju sahaja lelaki itu melangkah ke arah pintu utama.

Wildad tarik muncung sedepa. Kaki dihentak-hentak tanda protes lalu masuk ke dalam bilik. Afeef gelengkan kepala melihat perangai kebudak-budakan Wildad.

Nasib comel je lahai.

Kunci kereta dicapai lalu tubuh kekar itu hilang disebalik pintu. Malam ini ialah malamnya. Malam dimana Afeef akan tamatkan semuanya.

Malam terakhir untuk syaitan bertopengkan manusia itu hidup bebas sebelum mereka jatuh.









Kelab malam dihadapannya dipandang dengan pandangan kosong. Sejujurnya,Afeef tidak sukakan tempat sebegini. Bingit dan sesak.

Tapi,demi lancarkan serangannya,Afeef berkorban. Demi Wildad Sufina,dia sanggup jejakan kaki ke sini.

"Babe,sorry lambat..." Eva bergelayut manja pada lengan kekar milik Afeef.

Afeef meandang Eva yang menempel padanya. Eva mengenakan dress ketat bewarna merah yang hanya menutup dari bahagian dada hingga ke paras paha. Rambutnya blondenya dibiarkan lepas hingga separas pinggang.

Nampak sexy dan mengiurkan dimata lelaki lain,tapi bukan Afeef.

Mereka melangkah masuk. Sudut paling hujung di dalam club itu menjadi tempat mereka duduk.

"Seat,here. I pergi order air kejap" Afeef memaniskan senyumannya pada Eva.

Bar yang berada tidak jauh dari tempat duduk mereka didekati.

"Adheen's order" hanya itu yang disebut oleh Afeef.

Pelayan itu mengangguk faham lalu menyerahkan dua gela kaca bersama satu bungkus paket kecil bewarna putih pada Afeef.

Segelas kaca berisi coke dan segelas kaca lagi berisi wine yang tahap alkoholnya tinggi. Paket kecil itu diambil lalu Afeef mengukir senyum sinis. Dikoyakkan paket kecil tadi dan serbuk di dalamnya dituang ke dalam wine tadi.

Langkah kembali diatur ke arah Eva. Eva yang dapt melihat kehadiran Afeef dibalik cahaya malap club itu tersenyum senang. Baru sahaja Afeef melabuhkan duduk,laju sahaja Eva bangun dan duduk di atas riba lelaki itu.

Rahang Afeef diusap lembut. Sebelah tangan lagi bermain di dada bidang Afeef.

"This is for my beautiful lady" bisik Afeef menggoda betul-betul pada telinga Eva.

Gelas wine tadi dihulur pada Eva. Rakus Eva meneguk air kencing syaitan itu. Afeef tersenyum penuh makna. Sengaja Afeef meramas lembut pinggang milik Eva sehingga wanita itu medesah kecil.

"I'm all yours tonight babe" tangan Eva ditarik ke arah lantai tari yang penuh dengan manusia.

Afeef membiarkan Eva menari sepuasnya. Sehingga satu masa,wanita itu mula memegang kepalanya. Dahinya berkerut seperti sedang menahan sakit.

"What's wrong,babe" bisik Afeef perlahan.

"Sakit..." adu Eva manja.

Tangannya naik melingkar pada batang leher Afeef. Hidungnya digesel pada leher lelaki itu. Afeef gulingkan mata ke atas. Nampaknya ubat tadi sudah mula memberi ransangan.

Afeef membawa Eva masuk ke dalam sebuah bilik VVIP di tingkat atas club itu. Tubuh genit itu dilempar ke atas katil. Iphonenya dikeluarkan dari poket seluar.

"Well,shall we start the show?" Afeef melirik ke arah Adheen yang baru masuk ke dalam bilik itu.

Adheen menjuihkan bibirnya. Butang perakam pada Iphone Afeef ditekan.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now