18🪐

2.1K 301 16
                                    

Jam pada dashboard kereta sudah menunjukkan jam 11:00 malam saat Adeef selesai memarking kereta. Langkahnya diatur hingga ke hadapan pintu rumah selepas keluar dari perut lift. Sebaik sahaja pintu utama ditutup,Afeef bergerak ke dapur.

Sebotol air sejuk diambil dari peti ais. Halkummya turun naik menegup setiap titisan air yang masuk ke dalam rengkung. Butang baju kemeja satin bewarna hitamnya dibuka satu persatu sambil berjalan ke arah ruang tamu. Kini bahagian atas tubuh Afeef terdedah tanpa sebarang benang. Harraz tak menipu bila dia cakap malamni Malaysia panas nak mampus.

Nampaknya waktu sungguh menyebelahi Wildad. Baru sahaja keluar dari bilik,sudah disajikan dengan pemandangan sexy tahap langit ayah pin.

"Woooo..." Wildad kaku di tempatnya.

Diperhatikan badan tegap Afeef yang berada di hadapannya sekarang ini. Dari dada bidang ke biceps akhir sekali berhenti di perut yang mempunyai hampir 8 ketuk roti sobek kegilaan ramai wanita.

"Done cuci mata,my little naughty ghost?" suara Afeef kedengaran sangat dalam pada halwa pendengaran Wildad.

Wildad tersengih manja. Wajahnya turut ikut membahang. Malu sebab kantoi usya anak teruna orang.

Entah berapa lama Wildad berangan hingga tidak sedar Afeef telah meletakkan kedua belah tangannya rapat ke dinding. Mengurung hantu kecil itu diantaranya.

"A-awak buat apa ni...?" gugup Wildad jadinya.

Afeef tidak menjawab. Anak mata hitam merenung dalam ke dalam anak mata bundar milik Wildad.

Afeef nampak semestanya di dalam mata Wildad. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Damn it,Wildad. What have you done to me?"

"What have i done?" soalnya kembali.

"You're driving me crazy" Wildad kaku.

"Afeef...you know you can't right? You shouldn't have that kind of feelings for me. It's forbidden"

"I know. But i can't control my heart,my universe"

Jarak diantara Wildad dan Afeef semakin terkikis. Afeef jatuhkan tubuhnya separa dengan telinga Wildad.

"The more forbidden it is,the more i want to taste it. If you're a human,i'll make you become mine in any ways,little universe. If i can touch you,i'll never let you go from my embrace. And one day if i lost you,just know that i'll keep chasing you even in another universe"

Gemersik suara Afeef bersenandung di tepi telinga Wildad.

Badan gadis itu menggigil kecil saat Afeef meniup telinganya yang dibaluti tudung. Tubuh kekar itu perlahan-lahan menjauh sebelum naik ke atas.

Wildad memegang kuat meja kopi disebelahnya. Menjadikan meja itu sebagai sokongan untuk berdiri. Lututnya terasa sangat longgar untuk menampung badan. Hampir sahaja Wildad jatuh terduduk di atas lantai kerana ulah Afeef.

Wajahnya panas dan memerah. Perutnya terasa sebu bagai dipenuhi dengan rama-rama. Jantungnya bekerja dua kali lipat dari kebiasaannya.

Wildad tidak pernah rasakan perasaan ini bersama orang lain. Hanya Afeef. Hanya Afeef Benjamin yang mampu buat Wildad secair ini.

Afeef suka Wildad. Afeef baru sahaja buat pengakuan itu.

Wajah yang tadinya ceria kini kian berubah mendung. Fikirannya merewang jauh ke masa hadapan.

Kalau dia dah tiada di sisi Afeef nanti,apakah perasaan lelaki itu padanya akan berubah? Adakah lelaki itu akan baik-baik sahaja? Dan adakah tempatnha akan diganti dengan wanita lain?

Wildad tersenyum tipis. Membuang fikiran negatif itu jauh-jauh dari otaknya. Yang dia tahu,sekarang dia mahu ajak Afeef bahagia bersama walaupun sekejap.

HIS UNIVERSENơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ