17🪐

2.1K 305 18
                                    

Bajunya dikibas sedikit,membiarkan angin masuk untuk menyejukkan badan.

"Tak,asal kedai ni panas nak mampus? Macam duduk dalam neraka siot" Harraz mula melipat lengan kemejanya sehingga paras siku.

"Engkau ni bercakap macam ada experience duduk dalam neraka aje gaya dia" Arjuna memandang Harraz atas bawah.

"Haah,memang pun. Aku pernah buat practical dekat sana. Engkau je tak tahu"

Semua yang ada dimeja itu terdiam. Bukan boleh melayan sangat bapak orang yang satu ini. Makin dilayan makin ditunjuk bodohnya itu.

"Ha kau,Feef. Asal kau beria keria sangat nak tolong siasat kes kematian anak Dato' Qhadir tu? Setahu aku kita tak pernah pun kenal dia. Bapak dia kot la"

Teh ais yang dipesan disisip hingga tinggal setengah.

"Maybe aku memang ada something dengan dia. Korang je yang tak tahu" jawabnya malas.

"Hek eleh,kerek engkau ni" Harraz memuncungkan bibirnya.

"Mana si bebal tu. Halamak,nak join orang lepak tapi lambat macam siput. Dia fikir dia VVIP ke?"

Seperti biasa kepala Harraz ditunjal oleh Arjuna. Kenapa lah member dia yang sorang ni mulut tak boleh nak behave sekejap? Macam mana lah si Armel tu jaga dia dekat rumah?

Selang beberapa minit kerusi berhadapan Afeef ditarik. Seorang lelaki berhoodie cream duduk di kerusi itu.

"Sorry,lambat. Aku ada hal tadi" katanya bersama senyuman nipis.

"Afiq Mustakim. Lama tak jumpa" tangan Adheen dijabatkan dengan tangan Afiq.

Afiq Mustakim. Sahabat? Hubungan mereka tidaklah serapat itu. Tapi,kalau kawan? Ya. Kawan satu sekolah menengah.

"How's life bro?" soal Arjuna ingin berbasa-basi.

"So far so good" tangan diangkat untuk memanggil pelayan.

"Yeke kau okay?Ke kau rindu arwah tunang kau? Macam makin susut je badan kau ni aku tengok" wajah Afiq dipusing ke kiri dan ke kanan oleh Harraz.

"Tunang aku? Ah,that Wildad girl. Pfttt. Aku? Rindu dia? Simpang malaikat 44 la jawabnya. Korang tahu kan aku ni tunang dengan dia pun sebab family aku desak je? Aku tak pernah pun suka dia. Dia tu dah la cerewet nak mampus. Pegang sikit pun tak boleh. Bosan betul. Sekarang ni dia dah takde,senang sikit hidup aku. Aman pun aman. Bebas pun bebas juga"

Ice latte yang baru tiba di meja dicapa lalu dibawa ke mulut.

Mereka yang lain memerhati Afiq dengan pandangan semacam. Silap besar Afiq cakap begitu dihadapan mereka. Afeef,Adheen,Que,Harraz,Arjuna dan Ashfi ni sudah lah jenis yang meletakkan wanita pada tangga teratas sekali dalam carta. Mereka sangat lah menjaga kehormatan seorang wanita.

Afeef menoleh ke arah lain.Beristighfar agar hatinya cepat sejuk. Tangannya rasa terlalu ringan untuk melayangkan penumbuk ke muka Afiq.

"So,kau dengan siapa sekarang?" Que yang tadinya focus pada smartphone mula bersuara.

"Aku dengan kawan baik si Wildad tu. Eva" gambar Eva pada lockscreen phonenya ditayang pada seluruh penduduk meja itu.

"Hera aku lagi cantik" kata Que perlahan.

"Tah dia. Bini aku kat rumah tu lagi boek doe" Harraz pula berbisik pada Que.

Mereka berdua tergelak kecil.

"Berapa lama dah kau dengan si Eva tu?" Arjuna angkat kening pada Afiq.

"Ada lah dua tahun? Aku kenal dia before aku tunang lagi" Afiq hanya layankan sahaja soalan yang diaju padanya.

Tanpa dia sedari,Afeef dan Adheen sudah merekod segala perbualan mereka. Mungkin akan berguna pada masa akan datang? Siapa tahu.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now