14🪐

2.1K 308 3
                                    

Afeef memandang sepinggang kek red velvet dihadapnnya. Lalu anak mata hitamnya naik melihat Wildad pula. Gadis itu hanya tersengih menampakkan barisan giginya dengan wajah yang ditongkat pada tangan yang berada di atas meja.

Afeef berdecit geram. Mulutnya dimuncungkan kedepan. Tangan naik berpeluk tubuh. Menampakkan bicepsnya yang boleh mengancam iman. Sengaja nak tunjuk protes pada cik Wildad Sufina kita.

"Kau yang teringin,kenapa aku yang kena makan?" soalnya dengan nada yang tidak berpuas hati.

Mereka berada di penjuru paling hujung di dalam cafe Starbuck.Tersorok dari mata-mata yang memerhati.

"Saya kan tak boleh makan"

"So,apa kena mengena dengan aku?" laju sahaja Afeef membalas.

"Jadi,awak kena lah tolong makan kan untuk saya" wajah 10 sen ditayang pada Afeef.

Afeef mengeluh lemah. Kenapa mudah sangat dia mengalah dengan Wildad? Pinggang yang berisi kek red velvet tadi ditarik menghampiri dirinya.

"Nasib sayang" Afeef bergumam perlahan sambil menyuakan sudu ke arah mulutnya.

Wajah Afeef berkerut menahan rasa manis di dalam mulutnya. Ketahuilah bahawa Afeef dan benda manis memang tidak akan pernah berkawan.

Sedang mulutnya mengunyah saki-baki kek red velvet yang masih tersisa di atas pinggan, Iphone milik Afeef menjerit minta untuk diangkat. Nama si pemanggil dikerling sebentar lalu ditunjukan pada Wildad.

Eva

Wildad angkat bahu ke atas tanda dirinya tidak dapat mengagak mengapa Eva menelefon Afeef. Dengan malas dan terpaksa Afeef menjawab panggilan itu. Iphone dilekapkan pada telinga.

"Yes?"

"Hm,okay"

"Kejap lagi i sampai" dan panggilan tamat.

"Let's go" kata Afeef pada Wildad.

"Pergi mana?" soalnya penasaran.

"Rumah Eva" Wildad bungkam ditempatnya.








"Saya taknak masuk" Wildad berpeluk tubuh.

Afeef lepaskan tali pinggang keledar yang membaluti tubuhnya. Badan kekar itu berpusing ke arah Wildad. Sebelah tangan diletakkan di kepala kerusi tempat duduk Wildad.

"Give me the reason why you don't want to go in"

"Sebab dekat sini lah saya meninggal" hujung sweatshirt miliknya dikuis menggunakan jari.

Afeef tegup liur. Nafas ditarik lalu dihembus kasar.

"Aku janji tak lama pun kita masuk. Please,Wildadz Takkan kau nak bagi aku berdua je dengan dia dalam rumah tu" pintanya.

Wildad gigit bibir bawahnya. Jujur dia takut. Trauma. Badannya menggigil kecil. Tetapi,perlahan-lahan kepala dijatuhkan.

Setiap langkah yang diatur terasa berat sekali. Tangan kasar Afeef mula menekan loceng rumah teres milik Eva. Beberapa minit menunggu,akhirnya pintu hadapan rumah itu terbuka.

Eva keluar dengan hanya memakai lingerie satin bewarna putih dengan rambut yang disanggul tinggi. Mendedahkan leher jinjangnya. Di kepalanya pula ditampal cool fever.

"Ah,you're here. Jemput lah masuk" suara Eva sayup-sayup kedengaran di telinga Afeef dan Wildad.

Badannya diketepikan sedikit. Memberi ruang untuk Afeef melangkah masuk. Afeef turunkan pandangan. Namun kakinya tetap melangkah masuk.

"Duduk lah,i nak naik mandi kejap" lengan kekar Afeef cuba diraih.

Wildad ketap gigi. Eva dipandang dengan pandangan besar kecil. Rasa nak ganyang sahaja wajah tak siap itu.

"Ada bilik lebih tak. I nak tumpang solat jap" Afeef leraikan pegangan Eva.

Eva tunjukan jarinya ke arah satu pintu. Afeef tidak berlengah terus melarikan diri ke dalam bilik itu diikuti oleh Wildad.

Pintu bilik dikunci dari dalam.

"She's seducing you" hambur Wildad yang bersandar pada pintu.

Tangan dilipat ke dada. Mata mencerlung ke arah Afeef.

"Then,what? Are you jealous?" Afeef tayang senyum senget pada Wildad.

"Saya? Jealous? Untuk apa? Kita buka-" belum sempat ayat itu habis,Afeef sudah memotong terlebih dahulu.

"Try to continue your words with 'kita bukannya ada apa-apa'. I dare you Wildad Sufina" nadanya ditekan.

Mata memandang tepat ke arah anak mata bundar milik Wildad.

Wildad tegup liur. Mulut dikunci rapat. Kepala ditoleh ke tepi. Tidak sanggup melihat ke arah Afeef yang nampak sedikit bengis dari biasa.

Apa? Betul lah kan apa yang Wildad cakap? Dia dengan Afeef memang tak ada apa-apa. Kan?

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now