8🪐

2.1K 320 7
                                    

Bunyi pintu dibuka menggunakan kata laluan dari luar menyentakkan Wildad yang sedang berada di ruang tamu. Tidak sampai beberapa saat,kelibat empat orang jejaka mula kelihatan dan melangkah masuk ke dalam kondominium milik Afeef.

"AFEEF SAYANG....WHERE ARE YOU?!" jerit Harraz di muka pintu.

Serta-merta kepalanya ditampar kuat dari belakang oleh Arjuna.

"Kau islam ke tak? Masuk rumah orang pun tak bagi salam. Dah tak bagi salam,bising lagi. Lahabau betul perangai" panjang lebar lelaki itu berleter.

Gaya macam bapak-bapak.

Harraz tarik muncung sedepa. Wajahnya ditoleh ke arah seorang lelaki yang rambutnya agak panjang dan diikat gaya messy bun.

"Que...Juna tampar aku..." rengeknya.

"Sedap tak kena tampar? Padan lah. Memang patut dia tampar kau. Anak aku pun tahu jaga adab dekat rumah orang" makin mencuka wajah Harraz.

Adheen dibelakang pula hanya diam memerhati kebodohan sahabatnya. Kaki dibawa ke arah tangga untuk naik ke tingkat atas. Langkah Adheen diikuti oleh yang lain.

Wildad hanya memerhati gerak-geri mereka. Mulanya nak marah juga kerana mereka seperti tidak mengetahui kewujudannya. Tetapi,bila diingat semula,memang mereka tidak tahu pun.

Wildad kan hantu. Tambahan pula hanya Afeef yang dapat melihatnya. Jadi,Wildad biarkan sahaja dan ikut naik ke tingkat atas.

"Bro,kau okay tak? Jarang-jarang kau demam ni" Wildad hanya memerhatikan Adheen yang sedang meletakkan sehelai kain basah di atas dahi Afeef.

"Rumah kau ada barang basah kan?" Afeef jatuhkan kepala.

"Tunggu kejap,aku buatkan bubur" Que melintasi Wildad lalu meninggalkan bilik itu.

"Nak bubur juga"

"Tak payah. Kau nak kau order foodpanda"

Wildad geleng kepala. Memang Arjuna ni babysitter kepada Harraz agaknya.

Setengah jam berlalu,Que kembali bersama dulang yang mempunyai semangkuk bubur dan segelas air bersama ubat.

Dulang tadi diletakkan diatas night stand.

"Aku lupa Que pandai masak" kata Arjuna lalu mendudukan Afeef supaya bersandar di kepala katil.

"Dulu kan dia selalu masak untuk arwah Hera" balas Harraz pula.

Suasana diantara mereka diam sebentar.

"Isn't it a taboo to say her name out loud?" soal Adheen perlahan.

Arjuna mencerlung tajam ke arah Harraz. Harraz pula tegup liur. Tahu yang dirinya sudah tersalah cakap.

"No,it's okay. I'm good" jawab Que.

Cincin dijari manisnya dipandang bersama stu keluhan kecil.

Suasana kembali sunyi. Mereka membiarkan Afeef makan dengan tenang.

"Thanks doe datang" ucap Afeef selepas meletakkan mangkuk buburnya di atas night stand.

Wildad mengambil keputusan untuk masuk ke dalam biliknya. Membiarkan manusia-manusia di dalam bilik itu berborak rancak.

Biasalah,lelaki bila dah buka meja. Mana tahu apa itu maksud berhenti.

Dengan tidak sengaja,Wildad terhempas pintu biliknya sedikit kuat membuatkan orang diatas terkejut.

"Bunyi apa tu?...." Harraz memandang Arjuna disebelahnya

"Angin kot...." jawab Arjuna.

"Siang-siang takde hantu kan?" Arjuna pandang Adheen dengan wajah sedkit berkerut.

Adheen angkat bahu. Matanya melirik sekilas ke arah Afeef yang santai berborak dengan Que.

"Feef...." panggilnya perlahan.

"Mana ada angin kuat macam tadi dalam rumah aku. And untuk soalan korang,maybe betul dalam rumah ni ada hantu"

Empat orang lelaki itu tegup liur. Afeef pula sudah gelak jahat dalam hati selepas melihat wajah cuak mereka.

HIS UNIVERSEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora