9🪐

2.1K 288 13
                                    

Tangan dan kepalanya diketakkan di atas stereng kereta. Kepala ditoleh ke arah Wildad yang duduk disebelahnya.

"So,apa motif kau ajak aku datang sini?" soalnya dengan suara serak.

Wildad pandang Afeef bersama sengihan kecil.

"Awak kan tak sihat. Jadi,saya bawa awak keluar ni supaya awak boleh hirup udara segar. Barulah awak boleh cepat baik dari demam" jawabnya.

Afeef hela nafas perlahan. Mujur hari ini dirinya lebih bertenaga dari kemarin. Kalau tidak,jangan harap dia mahu ikut Wildad datang ke pantai seperti sekarang. Sudah lah dia yang memandu.

"Dah jom keluar" pelitup muka miliknya diambil dari dalam dashboard lalu dipakai.

Wildad berlari keluar dari kereta meninggalkan Afeef seorang diri. Kakinya laju menerpa ke arah gigi air. Membiarkan kakinya dibasahi air laut.

Afeef hanya mampu gelengkan kepala. Nasib orang lain tidak boleh lihat Wildad. Kalau tidak,mahu mereka kata Afeef bawak kanak-kanak riang datang pantai. Tangannya diseluk ke dalam poket hoodie lalu berjalan menghampiri Wildad.

Afeef berdiri beberapa tapak di belakang Wildad. Tidak membiarkan dirinya berada berdekatan dengan air laut. Bagi orang lain,mungkin Afeef sedang menikmati pemandangan matahari yang sedang terbenam. Tapi kenyataannya,Afeef sedang memerhatikan tindak-tanduk Wildad yang kelihatan comel dimatanya.

Selepas beberapa minit,Wildad medekati Afeef.

"Dah puas main laut?" tanya Afeef dan mendapat anggukan dari Wildad.

Wildad duduk disebelah Afeef. Jarinya menguis-nguis pasir pantai sebelum melorek sesuatu.

A+W.

Dilukis bentuk hati disekeliling tulisan itu. Afeef kerutkan keningnya.

"What is that?"

"Afeef plus Wildad" jawab si gadis selamba.

Hujung bibir Afeef ternaik mengukir senyuman.

"You already fall for me,liltle ghost?" ada nada bergurau di dalam soalan itu.

Wildad angkat bahu. Mata kembali memadang keindahan alam didepannya.

"The sunset is beautiful isn't it,Afeef?" soalnya.

"The sunset do look beautiful. But i found something more mesmerizing"

Saat Wildad menoleh ke sisi,anak mata Afeef sudah bersedia untuk meyambutnya. Kelip-kelip Wildad memandang Afeef. Pipinya terasa sedikit berbahang.

"Kenapa....pandang saya macamtu?" anak mata bundar milik Wildad naik menikam manik hitam milik Afeef.

"You know what Wildad,you got a pretty pair of eyes" puji Afeef tanpa sedar.

Makin memerah pipi gadis kecil itu. Akhirnya,Wildad pandang hadapan semula. Makin dilayan si Afeef,makin tak keruan hatinya nanti.

"I saw the whole universe in your eyes,Wildad. My damn universe" kata-kata itu hanya terungkap di dalam hatinya.










Sangkaan Wildad yang mereka akan pulang ke rumah selepas habis bermain di pantai meleset saat kereta mewah Afeef membelok masuk ke dalam sebuah shopping mall selepas selesai menunaikan solat di masjid berdekatan.

"Awak nak beli apa?" soal Wildad sambil berjalan beriringan dengan Afeef.

Sudah lama rasanya gadis itu tidak menjejakkan kaki ke dalam mana-mana shopping mall.

"Saja. Cuci mata" Iphone ditangannya masih dibelek.

"Afeef,jalan tengok depan" tegur Wildad.

Afeef hanya berdehem perlahan. Sehingga tiba-tiba....

Splashh!!!

"Told you so" Wildad sudah gelengkan kepala.

Bunyi itu berjaya mengubah perhatian Afeef. Hoodienya yang sudah basah dilihat sekilas.

"Buta ke,huh?! Jalan tu lain kali pandang de-" tengkingan wanita itu terhenti saat Afeef mendongakkan kepalanya.

Wildad juga menoleh ke arah wanita itu. Tubuhnya mengeras.

Tak mungkin...

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now