Dia berjalan lagi dan kali ini ia terhenti apabila melihat San sedang bergurau senda bersama seorang gadis. Baru kelmarin gadis bernama Syahirah itu pindah ke sekolah mereka dan kebetulan dia ditempatkan di kelas yang sama dengan San. Doyeon seperti orang bodoh memerhatikan mereka dari jauh.

Dia tersentak apabila botol mineral sejuk menyentuh tangannya.

"Kau nak share masalah kau dengan aku?" tanya seseorang yang memegang botol mineral tersebut.

...

"Nampaknya Enab dengan Ayyaz dah berbaik." ujar Jisoo. Mereka berkumpul di pondok taman tanpa Chaeyoung.

"Baguslah tu, takdelah sendu lagi member." sahut Jeongin. Nasib baik mereka belum membuat ritual ke atas Mingi lagi. Lisa memasukkan keropok ke dalam mulut dan mengunyahnya beberapa kali.

"Rasa-rasanya kita boleh merasa tak macam Enab tu rasa?" tanya Lisa. Jennie mencubit peha Lisa dengan kuat.

"Hei, manusia! Ingat laki kau hidup lagi!" marah Jennie.

"Aloh, baru nak pasang lagi satu..."

"Kau fikir kau tu jantan boleh pasang dua tiga empat lagi? Kau jangan nak jadi Abuja sangat eh. Aku ketuk kepala kau kang." Lisa memeluk Jisoo apabila Jennie sudah mengangkat terompah kayunya. Seram.

"Lepas ni ceria baliklah si Enab. Muncul baliklah bangang dia nanti." kata Jeongin. Muka Chaeyoung nampak je sopan dan ayu tetapi bila tengok perangai, dia dua kali lima sahaja dengan Lisa.

"Haah, aku dah boleh bayang aksi aksi bangang dia buat nanti. Last benda mengarut dia buat, dia dengan Mona pergi makan lilin kat kek hari jadi cucu aku. Makan dengan penuh keyakinan pula tu." sokong Jisoo.

"Hei, aku fikir tu biskut tahu!" ujar Lisa.

"Biskut amende yang boleh terbakar?!" tanya Jisoo, pening lah dengan wanita asal Thailand ini.

"Biasalah, Timah. Otak Mona kan sebesar kuaci." perli Jennie. Lisa mencebik.

"Bapak ah, aku menyesal sia kawan dengan korang. Nak balik Thailand lah aku macam ni."

Somi duduk di bangku sambil memerhatikan ibu bapa datang menjemput anak-anak mereka. Sudah 30 minit kelas berakhir, cuma tinggal dia dan Chan sahaja. Hyunjin sudah memaklumkan padanya bahawa dia akan terlambat sedikit untuk mengambil Chan.

"Cikgu Aina."

"Ya, Ayyan?" Chan menghampiri Somi lalu dia memandang perut buncit cikgunya dengan polos.

"Dalam ni ada adik eh?" tanya Chan.

"Haah, ada adik." jawab Somi sambil mengelus perutnya sendiri. Sedar tak sedar kehamilannya sudah memasuki bulan keenam. Mungkin tak lama lagi dia bakal mengambil cuti mengandung.

Chan meletakkan telinga di perut Somi.

"Hello, adik? Helloooo..." sapa Chan.

"Cikgu, adik tak balas pun." rungut Chan.

"Adik tengah tidurlah, Ayyan."

"Ohh, maksudnya Ayyan kacau adik tidur lah ni? Sorry, adik." ucap Chan sambil mengusap perlahan perut Somi.

"Cikgu nak tahu tak, dulu perut mama pun pernah jadi macam cikgu Aina. Ayyan selalu tengok pak su usap-usap perut mama sebelum pergi kerja." cerita Chan. Somi tersenyum kecil. Terselit juga rasa sedih di hati.

"Tapi sekarang perut mama dah kempis, mummy kata sebab adik yang duduk dalam perut mama dah tak duduk situ lagi."

"Ayyan tahu adik tu kat mana sekarang?" tanya Somi. Chan mengangguk.

Han FamilyWhere stories live. Discover now