1🪐

6K 393 2
                                    


Jam di dinding sudah beranjak melepasi angka 12. Jari yang tadinya lincah bergerak di atas papan kekunci iMac kini sudah berhenti. Badan yang sudah seharian letih bekerja diregangkan.

Meja yang sedikit bersepah dengan kertas dan fail dikemas semula. Segala barang peribadi miliknya diambil. Tali leher yang masih setia memeluk lehernya dilonggarkan. Dua butang teratas kemeja putih yang dipakainya dibuka.

Kepala disandarkan pada kerusi kulit empuk kepunyaannya. Batu sahaja mata ingin ditutup,rasa itu hadir kembali. Nafas dihela lemah. Ini bukan sesuatu yang baru dan ini bukan kali pertama.

Dianugerahkan deria keenam dalam diri sejak kecil sudah membuatkan seorang Afeef Benjamin sudah lali dengan perasaan dan naluri yang satu itu. Walaupun dia tidak dapat melihat kelibat 'sesuatu' itu,tapi dia dapat merasakan kehadiran makhluk lain yang berada disekelilingnya.

Screen Ipad yang bercahaya saat notification menerjah masuk membuatkan dirinya mengerling sedikit ke arah alat nipis berbentuk segi empat itu. Jam sudah menunjukkan 2:00 pagi.

Wajahnya diraup sekali. Akhirnya kunci kereta di ambil dari dalam laci meja sebelum kaki mengatur langkah meninggalkan firma guaman miliknya. Bekerja sebagai lawyer bukanlah satu perkara yang mudah.

Audi R8 miliknya meluncur laju membelah jalan yang sunyi tanpa sebarang kereta. Pandanganya terarah kepada sebuah stesen bas berdekatan saat lampu isyarat bertukar merah. Kening dikerutkan saat melihat seorang gadis bertudung sedang menekup mukanya di atas lutut.

Akal dan hati berperang sesama sendiri. Mahu ditegur,tapi risau itu bukan manusia. Kalau tidak ditegur,jatuh kasihan pula. Akhirnya,Afeef buat keputusan untuk berhentikan kereta di hadapan stesen bas itu.

Pintu tempat duduk pemandu dibuka. Lengan kemeja sudahpun dilipat hingga ke paras siku.

"What are you doing here alone,little girl?" soalnya senada.

Gadis itu sedikit tersentak. Kepalanya diangkat memandang Afeef yang masih berdiri statik dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slack.

"A-awak...boleh nampak saya?" soalnya separa terkejut.

Afeef kerutkan kening. Soalan apa ni?

"Normal lah kan aku nampak kau? Kenapa kau halimunan ke?"

"Tak. Awak tak normal bila awak boleh nampak saya" makin bingung Afeef jadinya.

Gadis itu menoleh ke arah kiri dan kanan. Seperti sedang memastikan tiada sesiapa yang melihat mereka berdua ketika ini. Bibir dikemam rapat.

"Saya akan terangkan dekat awak kenapa awak tak normal. Tapi bukan dekat sini"

"Dahtu,dekat mana?" pintas Afeef laju.

Gadis itu tidak teragak-agak menunjukkan jari telunjuknya ke arah kereta Afeef. Afeef tayang wajah musykil.

"Jangan risau,saya tak buat benda bukan-bukan" gadis itu memberi jaminan.

Afeef angkat bahu dan mempersilakan gadis itu untuk berjalan ke arah keretanya.




"So,kenapa aku tak normal bila aku boleh nampak kau?" soal Afeef sebaik sahaja pintu kereta ditutup.

"Sebab jarang ada orang boleh nampak orang yang dah mati" jawab gadis itu perlahan.

Tubuh Afeef mengeras. Matanya dikerling ke sebelah. Atau lebih tepat ke arah gadis itu.

"Kau bergurau? Tak lawak tau pukul 2:00 pagi ni" kedengaran agak serious nada yang Afeef gunakan.

Gadis itu hela nafas perlahan.

"Awak tak percaya? Then,cuba awak google,pasal kes kematian anak Dato' Qhadir" jawabnya bersahaja.

Entah mengapa laju sahaja Afeef mengambil Iphone miliknya dari atas dashboard. Icon safari ditekan sebelum jari menaip laju mecari maklumat tentang kes yang disebut tadi.

Mata ralit membaca beberapa maklumat yang terpapar pada screen smartphone berjenama Apple itu. Jari Afeef berhenti berlari-lari di atas screen saat terpandangkan aku gambar di dalam artikel yang dibacanya.

Gambar seorang gadis yang bernama Wildad Sufina.

Ditenung gambar itu lama. Lalu gadis disebelahnya pula dipandang. Afeef tegup liurnya yang terasa berpasir.

Muka. Mereka. Sama. Sebijik.

Wahai semesta,apa yang sedang terjadi?!

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now