Dia menolak Mimo dan dia sendiri mencari lokasi Farid.

Icon merah lokasi tepat pada alamat rumah Syaf. Mata Azka mencerlung pada skrin besar itu.

" Kalau kau apa-apakan anak aku, aku cari kau! Kau memang melampau! " Jerkah Azka.

Farid menutup panggilan tersebut dan melepaskan ketawa. Ugutan Azka sikit pun dia tak gerun. Mana taknya lelaki itu pernah jatuh melutut dihadapannya.

Pistol diacukan pada tubuh budak kecil itu. Dia melepaskan tembakan namun dia menghala pada tingkap rumah Syaf!

Prang!

Syaf terkejut dengan bunyi pecah pada tingkapnya dan diselangi dengan bunyi pistol.

Segera dia mendakap tubuh Luf. Budak kecil itu adalah yang paling penting berbanding dengan nyawanya.

Farid menghidupkan enjin lalu bergerak sambil menghamburkan ketawa. Namun entah datang dari mana sebuah kereta Toyata Harrier menghentam sisi kereta Satria Neo kuningnya.

Segera kepalanya menoleh kearah sisi kanan. Muka Ayyan yang menjelirkan lidah dan disisi Ayyan, Ad sedang fokus pada pemanduan.

" Hoi lahabau! Kau dah tembak cermin tingkap umah orang, kau nak berambus macam tu je? Kurang ajar betul kau ni!! " Jerit Ayyan.

Farid berdengus kasar. Dia menghentam sisi kereta Ayyan pula. Mujur kepala Ayyan tak terhantuk dekat kereta Farid.

" Sial betul! " Ayyan menarik pemicu pistol lalu dia melepaskan tembakan.

Farid mengelak dari terkena peluru Ayyan. Mudah baginya kerana jalan sudah menjadi satu jalan.

Ayyan merungut apabila tembakannya meleset kearah lain.

Dari arah hadapan, Shah menekan pedal minyak dan Leo mengeluarkan kepala mengacukan pistol kearah hadapan.

Farid yang perasan akan kereta yang berada dijalan bertentangan sedang mengacukan pistol kearah keretanya.

Dibahagian belakang kereta Ayyan masih lagi mengekorinya.

" Babi! " Jerkahnya.

Dia memulaskan streng kearah kiri. Dia masuk kekawasan ladang kelapa sawit dan meredah liku-liku didalam ladang itu.

Ad dan Ayyan menukar tempat duduk. Kini Ayyan pula yang memandu dan Ad memasang soket peluru untuk mission gun kesayangannya.

Leo dan Shah sama-sama memerhatikan sekitar ladang sawit itu untuk mencari jejak Farid.

" Mana pergi dia ni? Haish! Sehari tak menyusahkan orang tak boleh ke? " Shah merungut sambil matanyanya meliar kearah kiri dan kanan.

" Sepupu kau punya koncolah pun. Sebab tu menyusahkan je.." balas Leo.

" Itu dulu, sekarang aku nak mengaku dia sepupu pun macam tak sesuai je.." Leo menghamburkan ketawa.

" Kau tak sayang ke Ain tu? " Soal Leo.

" Masa kecik sayanglah, bila dah besar ni..dia pula menyusahkan aku sayang pun tak ada. Nak mengaku sebagai sepupu pun fikir dua tiga kali sebab bodoh dia tak dapat dibendung. " Selamba sahaja jawapan Shah.

Dari 500 meter mereka sudah dapat tangkap kelibat kereta satria neo Farid.

Ad menjulurkan kepala keluar dari tingkap. Mission gunnya dihalakan kehadapan.

Gabungan Shah dan Leo sama-sama membantu Ad. Leo juga menghalakan pistol kearah kereta Farid.

Leo melepaskan beberapa das tembakan namun meleset mengenai bonet kereta Farid.

CDTM 2Where stories live. Discover now