Sembilan puluh lapan

Start from the beginning
                                    

287 likesumairahmeowho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

287 likes
umairahmeowho

bini kau cantik? ada bela kucing dengan mengkarung tak? tak? HAH LEMAH!

view all comments...

spearb_riz GAMBAR LAST TU ASAL MACAM TU?!
umairahmeowho ASAL TAKLEH? TU KAN KELAS YOGA KUCING!
jujuyeoncats @umairahmeowho bukan begitu kak... ಥ‿ಥ

imyourmoon_hyungseo kenapa post gambar last tu acik 😭
umairahmeowho kenapa ramai mempersoalkan gambar last tu? ಠᴥಠ
imgojes_new gambar tu menganggu pandangan manusia dan boleh mengakibatkan trauma kepada kucing sebab acik gambar diorang macam tu 😭

QueenMunah MIRAH, WARDAH MASUK RUMAH AKU LAGI! KAU AMBIK ANAK KAU SEKARANG!
umairahmeowho JAP AKU DATANG 🏃‍♀️

abahganteng apa semua ni miskah? ಠᴥಠ

ayyaz_nekenab penatlah tengok perangai acik Mirah ni

bbangyounghoon ganas juga si Wardah tu eh acik Mirah

Di rumah Hyunjin, Wardah sedang ketakutan kerana dimarahi oleh si empunya rumah.

"Kak, Wardah kan kecil lagi janganlah marah-marah dia." ujar Minho sambil membelai anaknya. Hyunjin mengepalkan tangan, kalau tak disebabkan dia geli dengan Wardah sudah lama rambut Minho ia tarik.

"Macam mana aku tak marah?! Dia pergi masuk dalam baju abang Li! Kecil-kecil dah menggatal dengan laki orang! Kang aku bakar tak memasal jadi mengkarung panggang!" marah Hyunjin. Kesian Jisung sedang kemurungan dalam bilik sebab dinodai oleh seekor binatang.

Minho terkejut, anak daranya sudah berani berperilaku tidak elok!

"Wardah, kenapa buat macam tu?!" Minho bertanya kepada Wardah.

"Mak su, mak su tahu kan Wardah tak boleh bercakap?" tanya Changbin, menyedarkan Minho tentang fakta itu. Minho berdecit.

"Kau diam, bocah."

"Cih." Changbin sambung bermain game. Tiba-tiba Chan mendekati Minho dan menadah tangan, tanpa perlu disuruh Wardah sudah berpindah ke tangan kanak-kanak itu.

"Ayyan, jangan sentuh binatang tu! Gelilah!" marah Hyunjin.

"Tapi Ayyan tengok dia comel je. Tengok ni mummy." kanak-kanak itu menunjuk mengkarung pada Hyunjin. Hyunjin cepat-cepat menarik Changbin dan berlindung di belakangnya.

"Mummy, mummy lupa ke Riz pun takut binatang tu?" tanya Changbin.

"At least kalau binatang tu bergerak dia masuk dalam baju kau bukan baju aku." jawab Hyunjin, Changbin memandang ibunya dengan wajah tak percaya. Sampai hati betul.

"Ayyan tak takut pun kat Wardah. Kau je yang melebih, kak." kata Minho. Dia melihat Wardah sedang duduk manis di atas kepala Chan.

"Wardah jom balik."

Han FamilyWhere stories live. Discover now