Sembilan puluh enam

Start from the beginning
                                    

"Lah, habis tu nak panggil kau apa?"

"Cupcake! Ayyan pula akak Ad boleh panggil Sugar!" jawab Jongho sambil tersenyum manis, begitu juga dengan Chan. Doyeon berdecit.

"Perangai macam babun tak layak kena panggil macam tu. By the way, mana nenek aku?" tanya Doyeon.

"Ada tu kat dapur, tengah buat kek dengan abang Ayyaz." jawab Chan.

Doyeon melangkahkan kaki ke dapur.

"Oh patutlah Ad bagi salam nenek tak jawab, tengah berasmara dana dengan tiang ni rupanya. Aduh sakitnya mata Ad tengok hiks yelah Ad kan single." tegur Doyeon.

"Eleh, Syakir ada je untuk kau." balas Mingi.

"Syakir terlalu baik untuk aku."

"Alhamdulillah sedar diri tu macam setan."

"Nek, sorry nek tapi Ad kena buat benda ni." Doyeon sempat meminta maaf sebelum mengambil seketul mentega beku dan membalingnya ke dahi Mingi.

Buk!

"Aduh!"

"Yayaz! Yayaz okey tak?" Chaeyoung memeriksa dahi Mingi yang sudah menjadi merah.

"Huhuhu yayang, dahi Yayaz sakit. Huhuhu..."

"Ciannya dia."

Doyeon segera menghampiri dua kanak-kanak itu semula kerana dia hampir termuntah melihat Mingi merengek manja dengan neneknya. Tak sedar diri badan tu dah macam hantu galah masih nak menggedik.

"Wei, jomlah buat aktiviti yang ekstrim sikit. Main masak-masak tak best. Macam pondan je korang ni." ajak Doyeon.

"Jomlah, kita pun dah lama teringin nak cuba berenang dalam gunung berapi." sahut Chan.

"Sekarang aku baru faham kenapa Riz asyik nak buang kau, Yan. Ada adik tak ada otak, nasib baik aku tak ada adik."

"Akak Ad nak buat aktiviti apa?" tanya Jongho.

Ting

"Kejap, ada yang mesej aku." dia membaca mesej itu lalu menyeringai. Jarinya lincah membalas mesej tersebut.

"Siapa tu kak?" tanya Chan.

"Mangsa buaya aku." Doyeon duduk di antara Chan dan Jongho lalu memandang mereka sambil senyum penuh maksud tersirat.

"Korang nak aku ajar macam mana nak jadi buaya?"

"Nak!" sahut Chan semangat.

"Tapi umi kata tak baik jadi buaya." tolak Jongho.

"Alah tak payahlah bagitahu mak kau fasal ni, benda ni cuma aku, kau dengan Ayyan je tahu. Lagipun ni untuk suka-suka je." hasut Doyeon.

"Ermm, bolehlah."

"Bagus!"

"Bang, macam mana nak confess kat perempuan?" tanya Changbin semasa dia sedang lepak bersama Jaehyun, Chanhee dan Changmin.

"Kau datang kat dia pastu cakap, "Oi perempuan, aku nak hati kau. Kalau tak boleh bagi hati at least bagilah buah pinggang. Aku nak jual sebab nak beli iPhone."." jawab Chanhee.

"Pakai otak kalau nak jawab, tolol." Changmin menolak kepala Chanhee, kasar betul cadangan itu. Kang tak fasal-fasal perempuan tu bagi penampar percuma.

"Kau tanya kat siapa?" tanya Jaehyun.

"Kat abang Uwais lah. Takkan kat abang Syahmi dengan abang Hamzah pula? Diorang kan single." ujar Changbin.

"Single is better daripada couple buat maksiat." balas Chanhee. Jaehyun tersentap dalam diam. Ayat menusuk ke kalbu.

"Mi, sakit..."

Han FamilyWhere stories live. Discover now