Gambar itu gambar Yuhaira dengan Zaim semasa kecil. Zaim mengendong Yuhaira yang berusia dua tahun di halaman rumah. Lelaki itu mengenali Zaim semasa kecil. Dia ternganga. Jantungnya berdegup dengan kencang. Dia masuk semula ke dalam bilik Nek Mah. Dia mengamati wajah Nek Mah.

"Allahuakhbar!" dia terduduk dengan mata terbuka luas melihat sekujur tubuh Nek Mah yang kaku tak bernyawa itu. Dia telah melakukan dosa yang begitu besar!

Dia segera keluar dari bilik. Nafasnya turun naik. Wajahnya tegang. Tangannya menggigil ketakutan. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ini? Nek Mah sudah mati ditangannya. Yuhaira pula bakal menjadi sasarannya. Tidak! Dia tidak akan menyasar Yuhaira. Yuhaira perlu diselamatkan dari ancaman orang itu. Telefonnya berdering. Dia melihat nama yang tertera di skrin lalu angkat panggilan itu.

"Macam mana?" suara perempuan bertanya.

"Aku dah bunuh neneknya."

"Perempuan tu macam mana?"

"Dia tak ada."

Panggilan dimatikan.

Dia segera keluar dan pergi dengan keretanya.

#

ESOK pagi, Amir datang ke rumah Nek Mah untuk memberikan gulai yang dimasak oleh emaknya. Dia mendapati pintu rumah Nek Mah tidak berkunci. Bau darah yang kuat memasuki rongga hidung Amir lalu Amir masuk ke dalam. Setibanya dia di bilik Nek Mah, Amir terduduk tidak percaya dengan apa yang dia lihat

Nek Mah terbaring mengiring dengan mata terbuka. Darah kering sekeliling Nek Mah. Amir tak terkata. Telefon segera dikeluarkan dari kocek seluar.

"Hello, polis. Saya...."

#

JEFRI bergegas mendapatkan Ashraf di kafe.

"Mana Yuhaira?" tanya Jefri cemas.

"Kat sungai. Kau kenapa ni?" tanya Ashraf bila melihat Jefri cemas semacam.

"Kau kemas barang kau sekarang juga! Kita check out hari ini!" tegas Jefri.

"Kenapa pula? Kita baru aje sehari kat sini."

"Kau jangan cakap banyak, Ash. Ikut apa aku suruh!" ujar Jefri. Dia mendapatkan Yuhaira di sungai.

Di sungai, Yuhaira dan Lina masih bermain air sungai walaupun airnya masih sejuk. Airin dan Haqeem pula awal lagi sudah pergi kerana ada kerja kena buat.

"Yuhaira..." lemah kaki Jefri mendekati Yuhaira.

"Ya, Datuk?" Yuhaira pandang Jefri dengan wajah cerianya.

Berat mulut Jefri mahu memberitahu berita ini kepada Yuhaira.

"Nenek..." Jefri berjeda. Sungguh dia tidak tergamak mahu memberitahu Yuhaira.

"Kenapa dengan nenek?" tanya Yuhaira.

Ashraf datang. Dia mendapat tahu berita kematian Nek Mah melalui ASP Razlan.

"Jef, beritahulah Yuhaira." ujar Ashraf. Jefri takut mahu memberitahu namun dia terpaksa juga memberitahu Yuhaira.

"Kemas barang kita. Kita balik." Ujar Jefri.

"Kenapa nak balik pula? Kita kan bercuti dua hari kat sini?" tanya Yuhaira.

Jefri tarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan.

"Nenek meninggal dunia." Ucap Jefri mengejutkan Yuhaira.

Amir menghubungi Jefri awal pagi tadi memberitahu keadaan Nek Mah. Jefri terkejut besar mendengarnya. Dia tidak menyangka Nek Mah akan pergi dalam keadaan begitu tetapi Jefri sudah agak kejadian ini pasti akan berlaku juga. Apa yang Nek Mah bayangkan sudah terjadi padanya. Pembunuh itu tidak lain tidak bukan, Ruhaila! Hanya Ruhaila yang sanggup membunuh Nek Mah kerana takut rahsianya terbongkar!

TUAN JEFRI 2 - YUHAIRAWhere stories live. Discover now