"Aku nak ajak kau main lari-lari dalam bilik taknak"

"Huwaa takut!"

Yussuf tergelak. Seketika dia bagai terlupa.

"Awak gelak-gelak kenapa?"Wana merapatkan sedikit dirinya dengan Yussuf.

Tak boleh rapat sangat,bahaya.

"Takut ke? Takut dengan aku?"

Kan! Kan aku dah kata!

Membulat matanya bila Yussuf menarik lengannya.

Terhantuk kepalanya di dada Yussuf.

"Kan dah dapat"bisik Yussuf perlahan.

Mama! Taknak!

Yussuf merampas sudip di tangan Wana. Berlari pun setia pegang sudip dia.

Dia memegang kedua pipi Wana sebelum ditarik.

"Aku nak makan"

Wana mengguling mata. Buat penat jantung je berdebar lama-lama.

"Takut ke sayang?"tangan Yussuf melingkar di leher Wana.

Dengan sengaja Yussuf menarik Wana lebih rapat ke arahnya.

Hampir saja Yussuf mencium dia.

Smirk.

"Pucat sangat ni sayang. Nak aku tolong? Hm?"

Wana pasrah. Dia tak boleh lari.















"Betul boleh ni?"

"Boleh cikgu"Maisarah melempar senyuman,meyakinkan cikgunya yang dia boleh bawa buku latihan sebanyak 31 buah itu.

Ragu-ragu cikgu itu memandangnya. Yelah,badan Maisarah itu kecil saja. Tak nampak macam budak tingkatan satu pun.

Orang mesti ingat budak tu baru sekolah rendah.

"Cikgu ni,tak baik pandang rendah dekat saya"cebik Maisarah.

"Yelah,yelah. Nah,cikgu belanja"

Cookies and cream kitkat.

"Terima kasih cikgu!"perempuan mana je tak seronok dapat coklat?

"Sama-sama. Hati-hati bawa buku tu"

Maisarah mula mengangkat buku-buku latihan tersebut. Tidak berat,namun buku itu betul-betul berada di paras matanya.

Mak aih. Cemano nak jalan ni hah?

Tawakal jela. Lagipun sekarang masih waktu pembelajaran.

Penuh berhati-hati Maisarah naik ke tangga. Baru saja dia membelok,ada seseorang merempuhnya.

Ya,dia yakin orang itu yang merempuhnya. Kerana dia berhenti seketika mengambil nafas.

Berterabur buku-buku itu ke atas lantai. Maisarah memandang tajam seorang murid lelaki yang sedikit gempal di hadapannya itu.

"Oi! Buta ke?!"

"Excuse me! Awak yang buta! Awak yang rempuh saya!"

"Eh pompuan,yang kau dengan buku-buku kau ni ada dekat sini buat apa?"murid lelaki itu menolak kuat Maisarah.

Terlangkah Maisarah beberapa anak tangga ke belakang. Berderau darahnya.

Nasib baik dia sempat berpaut pada pemegang tangga. Kalau tidak memang sampai bawah dia bergolek.

Namun pergelangan kakinya terasa sakit. Terpelecok mungkin.

"Aduh"

"Padan muka kau perempuan. Lain kali jangan halang jalan aku"angkuh pelajar lelaki itu berkata sebelum menuruni tangga.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now