Sembilan puluh empat

Start from the beginning
                                    

"Anak mak su dah meninggal."

"Innalillahiwainnalillahirajiun." ucap Kamal Kai. Dia terkejut dan sedih dalam masa yang sama.

"Abang Halim macam mana?" Changbin mencuri pandang Seungmin yang sedang ditenangkan Jeongin.

"Pak su tengah nangis."

"Yelah, mesti dia sedih sangat tu."

"Haah, bang. Kita semua tak sangka perkara macam ni pula yang jadi."

Minho membuka mata setelah dua hari tidak sedarkan diri, dia mengebilkan mata beberapa kali sebelum terpandang Seungmin yang tidur di kerusi sambil memegang tangannya.

Gerakan kecil dari jarinya membuat Seungmin terbangun.

"M-Mirah." jelas terlihat raut terkejut Seungmin apabila melihat Minho sudah sedarkan diri.

"Sekejap, aku nak panggil doktor." Minho menahan tangan Seungmin. Dia menanggalkan topeng oksigen dengan susah payah semata-mata hendak bertanya.

"Halim, mana anak kita?" tanya Minho dengan suara serak, tangannya memegang perut yang tidak lagi buncit. Seungmin mengalihkan pandangan daripada membalas tatapan Minho.

"Tunggu sini, a-aku panggilkan doktor."

Seungmin keluar dan membiarkan Minho tertanya-tanya tentang anaknya. Doktor tiba dan memeriksa keadaan Minho.

"Keadaan puan Umairah dah semakin membaik, mungkin beberapa hari lagi dia dah dibenarkan pulang." ujar doktor itu selepas Minho selesai diperiksa.

"Doktor, mana anak saya? Saya nak tengok anak saya." Minho tetap berdegil mahu melihat anaknya walaupun sekarang dia sendiri belum cukup kuat. Doktor itu memandang Seungmin.

"Anak kita dah tak ada, Mirah." beritahu Seungmin.

"A-Apa?"

"Anak kita dah meninggal dua hari lepas."

Minho tergamam, dia tak mahu percaya. Baru tengah hari tadi dia sibuk memilih baju-baju untuk anaknya.

"B-Bohong! H-Halim, tak lawaklah! Mana anak aku?!" marah Minho, matanya berair.

"Aku tak bohong, Mirah. Aku pun masih belum dapat terima kenyataan yang anak kita dah tak ada." kata Seungmin. Minho menangis sambil meremas perutnya sendiri.

"Hiks b-bohong! A-Anak aku belum mati hiks..." pandangan Minho teralih kepada doktor.

"D-Doktor pakat dengan Halim hiks tipu s-saya, kan? A-Anak saya hiks hidup lagi, kan?" tanya Minho.

"Maafkan saya, puan. Encik Halim tak berbohong."

"JANGAN TIPU AKULAH! FIKIR AKU BODOH KE?!" bentak Minho. Dia berubah agresif, Seungmin menahan isterinya kerana Minho ingin turun dari katil.

Minho memberontak. Minho mahu mencari anaknya.

"LEPASKAN AKU, HALIM! AKU NAK CARI ANAK AKU! KAU SOROKKAN ANAK AKU, KAN!" raung Minho.

"Mirah, aku tak tipu! Anak kita memang dah meninggal!" kata Seungmin bersungguh-sungguh, matanya sudah merah kerana menahan air mata. Seluruh badan Minho bagai kehilangan tenaga.

"A-Anak aku hidup lagi hiks... Dia belum meninggal."

...

Sejak pemergian anaknya dua minggu lalu, Minho lebih banyak mendiamkan diri dan termenung. Perangainya berubah dalam sekelip mata.

"Mirah." Minho menghiraukan panggilan Jeongin sehinggalah Jeongin memegang bahunya yang membuat agak tersentak.

Lama dia pandang wajah Jeongin. Sedar tak sedar air mata mengalir.

Han FamilyWhere stories live. Discover now