Sembilan puluh empat

Start from the beginning
                                    

Thanks, Farish.
16:39
read √√

👍
16:39
read √√

Pintu wad kecemasan dibuka selepas sejam kemudian, semua mata terus memandang seorang doktor yang keluar dari situ.

"Doktor, macam mana keadaan isteri dengan anak saya?" tanya Seungmin, cemas. Doktor itu menurunkan penutup mukanya dan memandang Seungmin.

"Encik Halim, harap encik dan keluarga tetap bersabar dan dapat terima berita yang saya nak sampaikan." katanya.

"Kenapa, doktor? Anak dengan isteri saya selamat, kan?' tanya Seungmin lagi.

"Kami dah cuba lakukan yang terbaik untuk selamatkan anak encik tapi nampaknya Tuhan lebih sayangkan dia. Pembedahan tu tak berjaya, bayi encik telah disahkan meninggal dunia." semua terkejut terutamanya Seungmin. Bayi yang lagi berapa bulan bakal melihat dunia sudah pergi.

Seungmin bahkan tidak berpeluang langsung mendengar suara tangisan daripada anak yang sudah lama ia nantikan kelahirannya.

"Macam mana dengan keadaan menantu saya?" tanya Jeongin.

"Puan Han masih belum sedarkan diri, dia kehilangan banyak darah dan stok darah golongan O di hospital ni tak cukup untuk disalurkan ke puan Han. Kami perlukan perderma darah secepat mungkin." jawab doktor itu.

"Ambil darah saya, doktor." Seungmin menawar diri.

"Halim, kau tak boleh. Darah kau jenis B." ujar Yongbok buat hati Seungmin terhenyak. Dalam situasi gawat macam ni dia tak mampu menolong isteri sendiri.

"Doktor, darah saya jenis O. Biar saya dermakan darah untuk Mirah." Hyunjin memandang Jisung untuk meminta izin dan Jisung mengangguk.

"Baik, puan boleh ikut nurse untuk menderma darah." kata doktor itu sambil menunjuk seorang jururawat yang berdiri di sebelahnya. Hyunjin pergi mengikut jururawat tersebut.

Seungmin terduduk, dia menutup muka yang sudah berlinangan air mata.

"Halim." Jeongin mengusap bahu Seungmin yang bergetar. Wajar Seungmin menangis, cahaya mata pertamanya pergi meninggalkan dia.

"A-Anak Halim dah tak a-ada, mak. H-Halim t-tak sempat nak a-azankan anak Halim, mak." lirih Seungmin.

"Sabar ye, nak. Ni semua kententuan Allah." pujuk Jeongin. Chan terkebil-kebil, dia tak faham keadaan sekarang.

"Ayah... Apa yang jadi ni? Kenapa pak su menangis?" tanya Chan. Jisung rasa mungkin lebih baik jika ia jujur.

"Pak su nangis sebab anak pak su dah tak ada, Ayyan."

"Tak ada?" tanya Chan. Jisung mengangguk. Dia mencangkung untuk menyamakan tinggi dengan anaknya.

"Anak pak su dah meninggal dunia, dia dah tinggalkan kita semua." jelas Jisung. Bibir Chan mencebik dan matanya berair.

"S-Sepupu A-Ayyan dah t-tinggalkan Ayyan? A-Ayyan dah tak ada sepupu?" Jisung mendukung Chan yang sudah mula menangis dan pergi untuk menenangkannya. Changbin memberi jarak yang besar antara dia dan Seungmin sebelum menelefon Kamal Kai.

"Assalamualaikum, bang. Akak Aina dah sedar?"

"Waalaikumussalam, belum tapi doktor kata tak lama lagi nanti dia sedar."

"Baguslah kalau macam tu."

"Riz, macam mana keadaan akak Mirah dengan anak dia?" tanya Kamal Kai.

"Mak su kurang darah, mummy tengah dermakan darah untuk mak su. Anak mak su pula..." Changbin menggigit bibir bawah, berita buruk ini terasa sangat sukar untuk dikhabarkan.

Han FamilyWhere stories live. Discover now